Kenaikan
harga minyak masak disebabkan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga
minyak masak mengikut harga pasaran adalah isu yang sangat sensitif di
kalangan rakyat Malaysia.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan adalah perkara yang tidak boleh dibawa main dan saya percaya perut-perut yang lapar boleh menyebabkan kerajaan sesebuah negara digulingkan dari tampuk kuasa.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan adalah perkara yang tidak boleh dibawa main dan saya percaya perut-perut yang lapar boleh menyebabkan kerajaan sesebuah negara digulingkan dari tampuk kuasa.
Saya pasti ada yang terbeban dan tipulah kalau kata tak ada langsung yang terbeban ditambah dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel bagi bulan November.
Banyak yang naik minyak apabila kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak tetapi tak banyak yang tahu berapa kerajaan belanjakan setiap tahun untuk menampung subsidi minyak masak tersebut
Subsidi minyak masak atau lebih dikenali sebagai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) [1] adalah skim yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu mengawal harga minyak masak untuk pengguna di samping untuk menampung kerugian yang dialami pengilang dan pembungkus minyak masak akibat kos minyak sawit mentah yang tinggi
SUMBER : http://syahir521.blogspot.my/2016/11/subsidi-minyak-masak.html
COSS mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2007 sebagai salah satu langkah-langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
COSS ditampung oleh kerajaan melalui kenaan cess ke atas syarikat-syarikat pengusaha ladang kelapa sawit dan pengeluar minyak kelapa sawit. [2]
Berikutan dengan itu harga minyak masak di Malaysia lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara serantau ASEAN [3]: *Data setakat April 2014 kerana itu kali terakhir dikemaskini oleh KPDNKK:
Perbandingan Harga Negara ASEAN: KPDNKK |
Sejak 2010 (data terawal tersedia), kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 billion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak untuk pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Angka-angka
peruntukan untuk COSS oleh kerajaan di atas boleh disemak di dalam
Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diaudit setiap tahun oleh
Jabatan Audit Negara di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM):
- Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2010 (m/s 92) [4]
- Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2011 (m/s 99) [5]
- Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 (m/s 93) [6]
- Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2013 (m/s 103) [7]
- Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2014 (m/s 112) [8]
- Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015 (m/s 125) [9]
Peruntukan perbelanjaan tahunan untuk COSS di atas selari dengan pergerakan harga minyak kelapa sawit (MPOB) hantaran tempatan/local delivery sepanjang 2010–2015. [10]
Harga Minyak Sawit Mentah (MPOB): BNM Monthly Statistical Bulletin |
Sepanjang
tahun 2012 harga minyak sawit turun dan kekal pada paras di bawah
RM2,500 setan seiringan dengan itu peruntukan perbelanjaan untuk COSS
juga berkurang dari 2012 hingga 2014 dan kemudiannya meningkat semula
pada tahun 2015.
Jadi
sedikit sebanyak kita semua sudah faham apa itu subsidi minyak masak
atau Skim Penstabilan Harga Minyak (COSS), berapa peruntukan tahunan
yang disediakan oleh kerajaan untuk subsidi minyak masak ini dan juga
kenapa peruntukannya berubah setiap tahun.
Seterusnya
mari kita lihat perbelanjaan bulanan isi rumah di Malaysia untuk minyak
masak menggunakan data daripada Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2014 yang dibanci dan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. [11]
Perbelanjaan Penggunaan Minyak dan Lemak Isi Rumah Malaysia: Jabatan Perangkaan Negara |
Menurut
bancian yang dijalankan Jabatan Perangkaan Negara ke atas isi rumah
seluruh Malaysia, setiap isi rumah secara purata membelanjakan RM17
sebulan untuk minyak masak dan perbelanjaan isi rumah untuk minyak masak
adalah 0.5% daripada keseluruhan perbelanjaan bulanan isi rumah
Malaysia.
Saya
tidak boleh bercakap mewakili pihak orang lain, mungkin ada yang
membelanjakan untuk minyak masak lebih daripada RM17 setiap bulan dan
ianya bergantung kepada saiz isi rumah itu sendiri.
Bagi
saya secara peribadi ianya konsisten dengan penggunaan isi rumah saya
yang membeli minyak masak 5kg setiap bulan berharga lebih kurang RM13–14
sebelum subsidi dimansuhkan bermula semalam.
Seterusnya mari kita lihat perbelanjaan penggunaan isi rumah untuk minyak masak mengikut kelas kumpulan perbelanjaan:
Perbelanjaan Penggunaan Minyak dan Lemak Isi Rumah Malaysia Mengikut Kelas Perbelanjaan: Jabatan Perangkaan Negara |
Semakin tinggi kelas perbelanjaan sesuatu isi rumah semakin tinggi perbelanjaan ke atas minyak masak sesuatu isi rumah tersebut.
Secara
logiknya isi rumah yang berpendapatan tinggi akan membeli lebih banyak
minyak setiap bulan lebih daripada isi rumah yang berpendapatan rendah.
Oleh
yang demikian isi rumah yang berpendapatan tinggi ini akan menerima
lebih banyak subsidi minyak masak daripada kerajaan berbanding isi rumah
yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain
daripada itu restoran-restoran, kedai-kedai makan di luar sana juga
menikmati subsidi minyak yang disediakan kerajaan dan kumpulan isi rumah
yang kebiasaannya membelanjakan wang untuk makan di luar adalah
kumpulan isi rumah yang berpendapatan tinggi.
Perbelanjaan Makanan dan Minuman di Luar Rumah oleh Isi Rumah Malaysia: Jabatan Perangkaan Negara |
Isi
rumah yang berbelanja di bawah RM999 setiap bulan hanya membelanjakan
RM82 setiap bulan untuk makanan dan minuman di luar rumah manakala isi
rumah yang berbelanja lebih RM10,000 setiap bulan membelanjakan RM1,367
setiap bulan untuk makanan dan minuman di luar rumah.
Secara
tidak langsung juga kumpulan isi rumah yang berpendapatan tinggi
menerima subsidi minyak masak apabila mereka makan di luar rumah.
Apabila
isi rumah berpendapatan tinggi menikmati lebih banyak subsidi daripada
isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, subsidi minyak masak ini
boleh dikira sebagai regresif sama seperti subsidi pukal petrol dan
diesel dua tahun yang lepas apabila golongan yang membawa kereta mewah
import lebih banyak mengisi minyak berbanding golongan yang membawa
kenderaan tempatan ataupun golongan yang tidak mempunyai kenderaan
persendirian langsung.
Subsidi
pukal berbentuk regresif ini adalah tidak adil dan sepatutnya subsidi
disasarkan kepada golongan yang memerlukan dan golongan yang mampu
sepatutnya membayar pada harga pasaran.
Sebab
itu juga kerajaan meningkatkan bayaran BR1M kepada isi rumah dan
individu yang layak, supaya subsidi ini dapat disalurkan terus kepada
mereka yang memerlukan di samping dapat mengurangkan beban kepada isi
rumah yang terkesan apabila subsidi minyak masak dan subsidi-subsidi
pukal yang lain dihapuskan.
Saya
ada terbaca ada yang mempertikaikan kenapa subsidi minyak masak
dihapuskan sedangkan Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak
sawit terbesar dunia (kedua selepas Indonesia).
Walaupun
Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia,
hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperolehi oleh
kerajaan.
Kerajaan
Malaysia hanya mengutip cukai dan levi ke atas hasil kelapa sawit iaitu
duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa
sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit (palm kernel), levi
minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit.
Kutipan Hasil Kerajaan ke atas Kelapa Sawit: Perbendaharaan Negara |
Angka-angka hasil pendapatan sebenar di atas boleh disemak didalam Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan di dalam laman web Perbendaharaan Negara seperti pautan di bawah:
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011 [12]
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2012 [13]
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013 [14]
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2014 [15]
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015 [16]
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2016 [17]
- Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2017 [18]
Secara
purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi
ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi
minyak masak tahunan RM1 billion setahun.
Jadi
walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua
terbesar dunia, penjualan-penjualan berkaitan minyak kelapa sawit diraih
oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit dan kerajaan hanya
mengutip duti dan levi melalui jualan tersebut.
Hasil
pendapatan berkaitan kelapa sawit yang dikutip kerajaan tidak dapat
menampung subsidi minyak masak yang dibelanjakan setiap tahun.
Subsidi
minyak masak ini juga menggalakkan penyeludupan oleh pihak-pihak
tertentu yang tidak bertanggungjawab contohnya minyak masak peket 1kg
yang dijumpai berlambak digolok seperti dilaporkan berita baru-baru ini. [19]
Ada
yang bertanya kenapa kerajaan mahu menghukum rakyat Malaysia apabila
penyeludupan berlaku sedangkan kerajaan yang gagal menguatkuasa dan
mengawal sempadan sehingga minyak masak Malaysia berjaya diseludup ke
negara jiran.
Jika
kerajaan menambah penguatkuasaan ia juga akan melibatkan pertambahan
kos seperti penggajian pegawai-pegawai penguatkuasa yang juga akan
melibatkan kos yang tinggi.
Pemansuhan subsidi juga menghapuskan insentif untuk penyeludup dan pegawai-pegawai untuk memberi dan menerima rasuah.
Pemansuhan subsidi minyak masak adalah lebih efektif untuk mengelakkan berlakunya penyeludupan ke negara jiran dan mengelakkan kekurangan bekalan stok minyak masak akibat penyorokan stok oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun penguatkuasaan juga masih penting kerana minyak paket 1kg yang masih disubsidi pada harga RM2.50 sepaket dan minyak paket ini lah yang kebiasaannya diseludup ke negara jiran.
Pemansuhan subsidi juga menghapuskan insentif untuk penyeludup dan pegawai-pegawai untuk memberi dan menerima rasuah.
Pemansuhan subsidi minyak masak adalah lebih efektif untuk mengelakkan berlakunya penyeludupan ke negara jiran dan mengelakkan kekurangan bekalan stok minyak masak akibat penyorokan stok oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun penguatkuasaan juga masih penting kerana minyak paket 1kg yang masih disubsidi pada harga RM2.50 sepaket dan minyak paket ini lah yang kebiasaannya diseludup ke negara jiran.
Rasional pemansuhan subsidi minyak masak adalah jelas.
Tiada
siapa yang suka apabila berlaku kenaikan harga barangan asas seperti
minyak masak, tetapi ini adalah langkah terbaik untuk memastikan tidak
berlaku perkara-perkara seperti yang saya terangkan di atas dan wang
yang dijimatkan boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan melalui
bantuan tunai seperti BR1M.
Jika
harga minyak kelapa sawit turun pada masa depan, kemungkinan besar
harga minyak masak juga akan turun sama seperti harga minyak petrol dan
diesel di stesen-stesen minyak.
Semoga
dengan tulisan saya ini ramai yang akan memahami rasional di sebalik
pemansuhan subsidi minyak masak dan tidak menuduh kerajaan sebagai zalim
dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.
Setiap
tindakan itu ada kesan baik dan buruknya tetapi pemansuhan subsidi
minyak masak ini, bagi saya, adalah suatu tindakan yang positif dan akan
memberi faedah kepada ekonomi dan kewangan negara Malaysia pada jangka
masa panjang.
Rujukan:
[1] Skim Penstabilan Harga Minyak Masak: BERNAMA
[2] Kutipan Cess ke Atas Syarikat Perladangan Kelapa Sawit: MPOB
[3] Perbandingan Harga Negara ASEAN: KDPNKK
[4] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2010: JANM
[5] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2011: JANM
[6] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2012: JANM
[7] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2013: JANM
[8] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2014: JANM
[9] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2015: JANM
[10] Harga Minyak Kelapa Sawit Penghantaran Tempatan: BNM Monthly Statistical Bulletin
[11] Perbelanjaan Penggunaan Minyak dan Lemak Isi Rumah Malaysia: Jabatan Perangkaan Negara
[12] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011: Perbendaharaan Negara
[13] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2012: Perbendaharaan Negara
[14] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013: Perbendaharaan Negara
[15] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2014: Perbendaharaan Negara
[16] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015: Perbendaharaan Negara
[17] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2016: Perbendaharaan Negara
[18] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2017: Perbendaharaan Negara
[19] Minyak Masak Berlambak Di Golok: Astro Awani
No comments:
Post a Comment