Mungkin sebab masakan Marina tidak sedap dan muka saja berminyak, cakapnya hanya taik minyak, maka Tun Siti terpaksa usaha cari tukang masak baru.
Tukang masak ini lama Tun Siti kenal. Mereka berpisah pada tahun 1999 kerana dia ikut suami. Hampir 20 tahun lama tidak jumpa.
Sebelum berpisah, dia datang sendirian ke rumah Tun Siti untuk ucapkan selamat tinggal. Masa itu, Tun Siti nasihatkan jaga keluarga baik-baik. Rupanya dia dan anak-anak sekali ikut jejak langkah suami.
Namun begitu, ia tidak menjadi kerisauan kerana tukang masak ini faham perubatan dan pemakanan sihat sesuai untuk jaga kesihatan Tun-Tun.
Tun Siti ini seorang ibu yang sayang anak-anaknya terutama dengan Boboi.
Dia berjaya didik anak-anak menjadi orang yang hebat-hebat. Ada peniaga yang berdikari dan ber"daddy-kasi". Ada pemimpin yang sentiasa steady macam pengantin. Ada yang tidak faham perjuangan yang dibawa untuk budaya negara ini atau neraka.
Anak-anak angkat dan cucu-cucu lagi hebat melampau cemerlang, gemilang dan terbilang hingga tidak tersebut.
Pastinya, dari ramai-ramai adda yang lebih bertanggungjawab dari yang lain. Perniagaan dan keluarga stable.
Cuma ada sedikit salahlaku. Keadaan sudah dapat diselesaikan menggunakan kambing hitam. Keluarga sebelah bapa mertua itu rapat dengan pihak penguatkuasa.
Dia yang sentiasa ingat pada ibu bapa dan sering iring bapa ke mesyuarat yang penting-penting
Wow! Kagum dapat kekalkan rambut masih hitam
KREDIT : http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.my/2016/11/sudah-jumpa-orang-gaji.html#more
No comments:
Post a Comment