Siapa yang di Malaysia tak tahu Anwar Ibrahim merupakan banduan yang terbukti bersalah melakukan jenayah LIWAT dan sedang menjalani hukuman penjara. Malah tersebar luar Anwar Ibrahim dikatakan berskandal dengan lelaki, anak dara, bini orang, janda malahan CHINA DOLL pun dikebasnya... Hebat sekali Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS apabila mengeluarkan surat menjemput peserta hadir ke Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim... pemikiran apa yang ingin diselami ya hurmmmm....
Sayu hati bila membaca deretan komentar
di dalam aplikasi WhatsApp, tentang surat yang didakwa dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Rata-rata menyatakan rasa malu dan
kesal.
Kadang-kadang, pelik juga mengapa JAIS
memilih individu seperti Anwar Ibrahim untuk diselami pemikirannya,
sedangkan ramai lagi tokoh agama baik dari kalangan anak negeri, atau
sekurang-kurangnya memberi sumbangan yang besar kepada negara, atau
kepada dunia Islam sejagat.
Apa jasa Anwar Ibrahim kepada Selangor?
Sekadar apa yang penulis faham, Anwar Ibrahim adalah bekas Penasihat
Ekonomi Selangor yang “bergaji RM1”, tidak termasuk elaun. Mungkin juga
boleh diambilkira jasanya sewaktu “Langkah Kajang”, yang akhirnya
menobatkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Apakah JAIS sebenarnya mahu guru-guru
dibawah kendaliannya menyelami kekusutan minda dan citarasa Anwar
Ibrahim juga? Al-maklum sahaja, kesongsangan Anwar Ibrahim bukanlah satu
rahsia, seperti mana yang pernah diucapkan oleh Mahathir dan diputuskan
oleh mahkamah. Tentu agak mencabar untuk memahami pemikiran Anwar
Ibrahim bukan?
Apa yang menjadi kebimbangan penulis,
individu yang menandatangani surat arahan tersebut. Adakah beliau juga
dilanda kekeliruan yang maha dahsyat, sehingga bertindak sedemikian?
Atau, beliau terpaksa menurut arahan dari “seseorang” yang lebih
berkuasa?
Sebagai seorang Muslim, penulis merasakan
ada pihak yang sedang tertawa terbahak-bahak dengan apa yang sedang
JAIS lakukan. Betapa hinanya Islam, dengan mengambil individu seperti
Anwar Ibrahim yang aktiviti songsangnya dibuktikan di mahkamah, sebagai
“role model” untuk dikaji pemikirannya.
Pelik bin ajaib, rasanya sejuta kali
berfaedah sekiranya mereka mengarahkan guru-guru tersebut menghadirkan
diri ke seminar pemikiran Ridhuan Tee Abdullah, berbanding seminar
pemikiran Anwar Ibrahim. Kisah Nabi Luth, bukan semata-mata kisah untuk
diceritakan kepada anak cucu tanpa mengambil ikhtibar daripadanya.
Kita berharap agar Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) selaku badan penasihat yang mempunyai kuasa yang lebih
tinggi dari JAIS, menyiasat kesahihan surat berkenaan. Kita percaya,
MAIS tentu lebih rasional dan faham bahawa Islam itu meliputi
keseluruhan cara hidup, bukan sekadar agama untuk dianuti semata-mata.
Penulis juga berdoa, agar surat seperti yang penulis terima dan kongsikan di atas adalah rekaan semata-mata dan palsu.
Memalukan sungguh jika ianya benar!
SUMBER : http://www.mykmu.net/2016/11/jais-arah-guru-sertai-seminar-pemikiran-anwar-ibrahim-wowww/
2 comments:
Mahkamah dunia tu kau..mahkamah akhirat belum tau lagi bang
hahaha... nak bukti apa lagi bang... dah jelas lagi tersuluh BERSALAH MELIWAT dah jadi banduan PELIWAT pun saudara islam madani kita ni.
Bukan itu sahaja saudara.... banyak dah TERBUKTI jelas kes dan skandal seksualiti melibatkan bro ANUwar Ibrahim ni.... nak sebut satu-satu jenuh...
Allah SWT jelas meletakkan undang-undang dan peraturan bagi manusia sebagai khalifah bg menjalankan pentadbiran dimuka bumi. Maka terguna pakailah undang-undang bagi menegakkan hak didunia ini TANPA PERLU MENUNGGU mahkamah akhirat seperti yang saudara anon katakan itu...
Saudara membela Anwar semacam kenal benar ANUwar... percaya 100% sampai ANUwar ni macam maksum di mata anda bila segala pertuduhan dan sabitan tu tidak percaya hingga sanggup meletakkan soal Akhirat.
Kami kenal manusia bernama anwar ibrahim ni... malah kami semua terlibat zaman reformasi dahulu... salah seorang kami keluarganya kenal rapat dan baik dengan Anwar ni... so jangan lah melulu taksub meletakkan setia tu... buka mata hati insyaAllah saudara nampak kebenarannya.
"hidayah milik Allah"
Post a Comment