Kerajaan DAP pulau pinang telah MELANCARKAN banyak projek setelah menguasai Pulau Pinang. Pastinya rakyat pulau pinang gembira dan happy mengundi DAP kerana "KEJAYAAN" mereka. Antara projek-projek “berjaya” yang telah Kerajaan DAP Pulau Pinang lancarkan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi Pulau Pinang.
1. TAMAN TEMA : Selepas 8 bulan lebih taman tema air dilancarkan untuk menggalakkan pelancongan di Pulau Pinang, taman tema air itu bungkus.
2. GOLF RESORT : Selepas setahun melancarkan projek golf resort untuk meningkatkan pelancongan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, projek ini telah dibatalkan kerana tanah itu tidak cukup besar untuk padang golf.
3. HUB PERUBATAN : Selepas 6 tahun menganugerahkan projek untuk membantu membangunkan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan perubatan, tanah Taman Manggis itu masih lagi kosong.
4. PARKING BERTINGKAT : Tempat letak kereta ‘kancil’ akhirnya siap pada tahun 2015 selepas 7 tahun pembinaan dan menelan belanja 3 kali ganda daripada bajet asal. KLIA2 yang mula dibina selepas tempat letak kereta ‘kancil’ itu mula dibina, telah diselesaikan sebelum tempat letak kereta ‘kancil’ selesai.
5. TEROWONG : Projek Terowong Pulau Pinang telah ditandatangani untuk dibina pada tahun 2013 tetapi 3 tahun kemudian, laporan yang mahal yang bernilai RM305 juta itu masih tidak lengkap. Sementara itu, projek Xiamen University kampus Malaysia yang ditandatangani pada masa yang sama telah pun siap dan mula menerima pelajar pada awal tahun ini.
Begitu cekap sekali Tokong dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.
PULAU PINANG CATAT PERTUMBUHAN PALING RENDAH BERBANDING SEMUA NEGERI DI MALAYSIA: Tidak hairanlah pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sama ada paling rendah di kalangan semua 15 negeri (mengikut Gerakan) atau ke-3 paling rendah (mengikut Institut Pulau Pinang) bagi tahun 2008 hingga 2015.
Sementara itu, PM Najib baru sahaja membawa masuk RM144 bilion pelaburan dan projek dari China.
Satu-satunya perkara yang DAP mahu membawa masuk dari luar negara adalah abu Chin Peng –malah ini pun mereka telah gagal.
SUMBER : http://www.mykmu.net/2016/11/antara-kejayaan-dap-meningkatkan-ekonomi-pulau-pinang/
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment