Monday, May 11, 2015

MAZA DAH LAH BODOH TABUR FITNAH DALAM MASYARAKAT SUKA-SUKA HUKUM TANPA LIHAT FAKTA MUFTI APA MACAM NI???


Isu pembelian Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji Properties boleh dikatakan selesai. Dalam sidang media di Tabung Haji (TH) pagi ini, TH akan membatalkan projek hartanah dan menjual hartanah berkenaan kepada pihak yang ketiga, dengan tiada kerugian langsung kepada TH. Ada 3 pihak yang berminat hendak membeli hartanah berkenaan. Keputusan ini diambil berdasarkan setelah mengambil kira sensitiviti umat islam, YAB Perdana Menteri menasihatkan TH untuk menjual semula tanah berkenaan.

Rumah siap pahat masih berbunyi. Isu tiga orang kanan TH mempunyai kaitan dengan 1MDB pula yang dipertikaikan. Masyarakat nampaknya 'phobia' mendengar nama 1MDB. Segala yang berkaitan dengan 1MDB adalah merupakan najis mughalazoh. Haram dipegang dan kena samak. Lembaga Tabung Haji (TH) sememangnya terkenal kerana mempunyai urus tadbir korporat yang tinggi. Segala proses keputusan pelaburan akan melalui pelbagai peringkat yang turut mengambil kira isu percangahan kepentingan (conflict of interest).

Berbalik kepada tiga orang kanan TH berkenaan, mari kita lihat satu persatu. Tan Sri Ismee telah mengistiharkan kedudukan beliau sebagai Pengarah 1MDB untuk mengelakkan percanggahan kepentingan. Beliau malah tidak mengambil bahagian di dalam mana-mana proses penilaian dalaman dan telah menarik diri daripada terlibat di dalam semua proses membuat keputusan dalam mesyuarat panel pelaburan dan juga dalam mesyuarat lembaga pengarah.


Kedua, Datuk Johan Abdullah pula menjadi Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat 1MDB iaitu Endra Global Energy. Kedudukan beliau di dalam syarikat tidak ada hubungan dalam membuat keputusan di dalam 1MDB mahupun TRX Real Estate.

Ketiga, Tan Sri Samad yang merupakan Ahli Lembaga Pelaburan yang baharu sahaja dilantik menjadi Penasihat Khas kepada 1MDB. Beliau bukan Ahli Lembaga Pengarah yang boleh membuat sebarang keputusan di dalam syarikat berkenaan.

Masalah dengan masyarakat Malaysia termasuk Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis adalah suka menjatuhkan hukuman sendiri. Negara kita ada undang-undang. Kalau mana-mana pihak merasakan berlakunya salah guna kuasa atau penyelewengan berlaku di dalam Tabung Haji, laporan polis dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dibuat dengan segera. 
Adakah Datuk Dr Mohd Asri sudah membuat laporan berkenaan? Tidak? Kalau tidak kenapa sewenang-wenang nya menyebarkan fitnah? Bukankah Tuan seoarang Mufti Negeri?


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/05/drmazacom-mahu-ahli-lembaga-pengarah.html#1GUjHElsxQM4PcmQ.99

1 comment:

Anonymous said...

"MAZA DAH LAH BODOH TABUR FITNAH DALAM MASYARAKAT SUKA-SUKA HUKUM", setuju sangat dgn tulisan blogger ini.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.