Friday, May 29, 2015

TUN MAHATHIR SUDAH LUPA BUAT KENYATAAN BOHONG ATAU KURANG TEPAT : BUAT LAPORAN POLIS BOLEH JADI MUFLIS

Mohon Tun jadilah manusia yang bertanggungjawab jangan main serkap sana sini kemudian tuduh dan buat kenyataan tak betul merata-rata.You dapat maklumat dari sapa ni... cuba you bagi tahu siapa feed you maklumat salah ni... jangan dengar depa sembang ja... you kena cek pastikan betul dulu baru boleh gebang sana-sini...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDCg-k3BDVo4ocIJhXfEnMQPbKtowbDyQ-HXmCzBBTAL9vN9gVzkb3a9AFyrbM7Yjp9ZtKsbUR5xjWGIKcZDHub3-ozsSPLiIkjE9o_0gHi4mx3eTbp058rusn3a2xkGIC3OkNlnPXHfk/s1600/mahathir-forehead1.jpg
Pening-pening.... Sapa lah bagi aku MAKLUMAT TAK BETOOOLLL NI!!!!!!!!


Dalam posting blog Tun Dr Mahathir bertajuk "Siapa Bertanggungjawab", baca di sini, Tun ada menulis seperti berikut:
11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.
Adakah Tun Dr Mahathir maksudkan orang berkenaan adalah Khairuddin Abu Hassan, suami Umie Aida, seorang dramatis terkenal? Ini kerana orang ini menepati ciri-ciri yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir iaitu seorang yang telah dimufliskan, seorang yang membuat laporan polis ke atas 1MDB dan rumahnya dirampas.

Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir, sesebuah Bank (dalam kes ini adalah CIMB Bank) tidak boleh merampas rumah yang dibiayainya kepada pelanggan melainkan pelanggan tersebut telah gagal membayar ansuran bulanan sehingga akaun berkenaan diklasifikasikan sebagai "Non Performing Loan (NPL)". Proses ini mengambil masa yang lama dan berperingkat-peringkat sehinggalah tarikh lelongan rumah berkenaan dibuat pada 10 Januari 2015.

Begitu juga dengan proses untuk memufliskan seseorang yang gagal menguruskan kewangan dengan baik. Beberapa langkah berdasarkan undang-undang perlu diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum membolehkan mereka untuk memufliskan seseorang. Ianya bukan mengambil masa yang singkat. 

Dakwaan Tun bahawa orang berkenaan dilelong rumahnya dan dimufliskan selepas membuat laporan polis adalah tidak benar sama sekali. Fakta yang sebenar adalah Khairuddin Abu Hassan bukan dimufliskan oleh Kerajaan Malaysia atau oleh 1MDB. Khairuddin Abu Hassan dimufliskan oleh rentetan tindakan saman oleh pihak bank kerana gagal membayar pinjaman rumah yang beliau hadiahkan kepada isterinya sewaktu perkahwinan dahulu. 


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/05/tun-dr-mahathir-kata-lagi-orang-yang.html#fKY2jed1mWXTYeM7.99

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.