Monday, April 15, 2013

TERKINI - SENARAI CALON BARISAN NASIONAL AKAN DIKETAHUI HARI INI ATAU ESOK

Najib serahkan watikah, aku janji calon BN
 
Najib serahkan watikah, aku janji calon BN  
DATUK Seri Najib Razak ketika menghadiri Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebelum menyampaikan watikah perlantikan kepada ketua komponen BN di PWTC, hari ini. - Foto Effendy Rashid
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menyerahkan surat watikah dan aku janji calon BN kepada pemimpin parti komponen dan Pengerusi BN negeri, lima hari sebelum penamaan calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Sabtu ini.
Beliau menyampaikan surat watikah itu di Ibu Pejabat UMNO di Bangunan Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

BN ketengah 33 peratus muka baru kerusi Parlimen, 49 peratus DUN: Najib

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU), manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata ia bagi memenuhi kehendak pengundi dengan memberi gambaran bahawa UMNO dan BN sedia melakukan perubahan. Najib berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat watikah kepada pemimpin komponen BN dan Pengerusi BN negeri di ibu pejabat BN, Bangunan Dato Onn di sini, sebentar tadi. 

Senarai calon BN yang terbaik untuk PRU-13, kata Najib

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyifatkan senarai calon BN yang dipilih kali ini adalah yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

BN turut senarai calon sedia ada bagi kuatkan jentera: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) turut membariskan calon sedia ada yang mempunyai pengalaman luas bagi menguatkan lagi jentera BN menghadapi PRU-13.

"Sememangnya amat penting untuk kita lakukan pembaharuan... dengan mandat baru yang bakal kita terima, kita perlu ada mereka yang mampu tadbir kerajaan untuk berkhidmat demi rakyat.

"Jika semua muka baru dan tiada pengalaman, ia akan membantutkan aspirasi kerajaan untuk membentuk kerajaan yang kuat dan memenuhi kehendak rakyat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah kepada parti komponen BN dan Pengerusi BN negeri di Pejabat BN di Bangunan Dato Onn di sini, sebentar tadi.

4 comments:

Anonymous said...

berdebar-debar jantung kuuuu... malu tapi rasa mahuuuu ah ah ah...

tungguu terus menungguuu... debar berdebar buat ku raguuuuu.... ah ah ah

jadi ka tak jadi...
jadi katak jadi...

LIRIK DANGDUT CALON - Jakarta mari he he he

Anonymous said...

ha ha ha... minta IWAN cipta lagu... he he... dgr2 calon sibuk sms dan call ketua perhubungan ha ha ha... aku conform dah jd calon... ha ha ha korang.... apa tunggu lagi. CALL jgn x call ya!!!!

Kata NIK AZIZ

Anonymous said...

ada satu calon je aku tahu... PARLIMEN PEKAN PAHANG sah DS Najib Bertanding ha ha ha...

Anonymous said...

Camna melayu nak kuat,pasal bedza partipun saling fitnah,hingga buat vidio yang mengaibkan sesama orang melayu,umno fitnah pas,dan sebaliknya.Retorika persatuyan orang melayu hanya gimik sahaja,kerena orang melayuada sifat tamak dan bongkak,bukan DAP ataoi MCA,MIC yang fitnah melayu tapi Umno sendiri yang buat plan fitnah dibawah telunjuk mamak,siapa Papagomo yang boleh menghuru harakan negara ngan fitnah dia.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.