Monday, April 1, 2013

BILA YA MALAYSIA TERPILIH JADI TUAN RUMAH OLIMPIK SEBAB NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN NAK BINA STADIUM OLIMPIK???


Jangan ketawa tau walaupun perut anda rasa geli sekarang seperti sedang digeletek dengan ribuan jari jemari ibarat ribuan janji yang MAHA MUSTAHIL ditunaikan yang sedang ditaburkan Pembangkang sekarang demi meraih undi... adakah anda rela terperdaya he he he... jom fikir panjang sikit... 

 Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat 'memberi kepercayaan' kepada satu lagi projek mega iaitu stadium bola sepak.
 
Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China. .Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.

Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.

Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menyelesaikan masalah air.

''Saya hari ini begitu gembira," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Angkatan Generasi Melayu Muda baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara kerajaan Kelantan. 

Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu.




No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.