Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN SUDAH DIBUBARKAN : SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA MOGA ALLAH MEMBANTU SETERUSNYA MEMENANGKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Parlimen bubar hari ini  
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. - Foto TV3
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara.
Sebelum itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jam 8.25 pagi dan meninggalkan istana kira-kira 45 minit kemudian.


Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Hadir sama ketika pengumuman itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.

Dalam pengumumannya, Najib berkata, beliau sudah menghadap awal pagi tadi dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen ke-12.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) difahamkan akan mengeluarkan kenyataan media hari ini dan dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 5(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.