KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
TERKINI - SENARAI CALON BARISAN NASIONAL AKAN DIKETAHUI HARI INI ATAU ESOK
Najib serahkan watikah, aku janji calon BN
DATUK Seri Najib Razak ketika menghadiri
Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebelum menyampaikan watikah
perlantikan kepada ketua komponen BN di PWTC, hari ini. - Foto Effendy
Rashid
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib
Razak sebentar tadi menyerahkan surat watikah dan aku janji calon BN
kepada pemimpin parti komponen dan Pengerusi BN negeri, lima hari
sebelum penamaan calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Sabtu ini.
Beliau menyampaikan surat watikah itu di Ibu Pejabat UMNO di Bangunan Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 33 peratus calon
muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU), manakala 49
peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Datuk
Seri Najib Razak.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata ia bagi memenuhi
kehendak pengundi dengan memberi gambaran bahawa UMNO dan BN sedia
melakukan perubahan.
Najib berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat
watikah kepada pemimpin komponen BN dan Pengerusi BN negeri di ibu
pejabat BN, Bangunan Dato Onn di sini, sebentar tadi.
Senarai calon BN yang terbaik untuk PRU-13, kata Najib
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib
Razak menyifatkan senarai calon BN yang dipilih kali ini adalah yang
terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
BN turut senarai calon sedia ada bagi kuatkan jentera: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN)
turut membariskan calon sedia ada yang mempunyai pengalaman luas bagi
menguatkan lagi jentera BN menghadapi PRU-13.
"Sememangnya amat penting untuk kita lakukan pembaharuan... dengan
mandat baru yang bakal kita terima, kita perlu ada mereka yang mampu
tadbir kerajaan untuk berkhidmat demi rakyat.
"Jika semua muka baru dan tiada pengalaman, ia akan membantutkan
aspirasi kerajaan untuk membentuk kerajaan yang kuat dan memenuhi
kehendak rakyat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah
kepada parti komponen BN dan Pengerusi BN negeri di Pejabat BN di
Bangunan Dato Onn di sini, sebentar tadi.
4 comments:
Anonymous
said...
berdebar-debar jantung kuuuu... malu tapi rasa mahuuuu ah ah ah...
tungguu terus menungguuu... debar berdebar buat ku raguuuuu.... ah ah ah
ha ha ha... minta IWAN cipta lagu... he he... dgr2 calon sibuk sms dan call ketua perhubungan ha ha ha... aku conform dah jd calon... ha ha ha korang.... apa tunggu lagi. CALL jgn x call ya!!!!
Camna melayu nak kuat,pasal bedza partipun saling fitnah,hingga buat vidio yang mengaibkan sesama orang melayu,umno fitnah pas,dan sebaliknya.Retorika persatuyan orang melayu hanya gimik sahaja,kerena orang melayuada sifat tamak dan bongkak,bukan DAP ataoi MCA,MIC yang fitnah melayu tapi Umno sendiri yang buat plan fitnah dibawah telunjuk mamak,siapa Papagomo yang boleh menghuru harakan negara ngan fitnah dia.
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
4 comments:
berdebar-debar jantung kuuuu... malu tapi rasa mahuuuu ah ah ah...
tungguu terus menungguuu... debar berdebar buat ku raguuuuu.... ah ah ah
jadi ka tak jadi...
jadi katak jadi...
LIRIK DANGDUT CALON - Jakarta mari he he he
ha ha ha... minta IWAN cipta lagu... he he... dgr2 calon sibuk sms dan call ketua perhubungan ha ha ha... aku conform dah jd calon... ha ha ha korang.... apa tunggu lagi. CALL jgn x call ya!!!!
Kata NIK AZIZ
ada satu calon je aku tahu... PARLIMEN PEKAN PAHANG sah DS Najib Bertanding ha ha ha...

Post a Comment