Monday, April 22, 2013

PRU13 PAKATAN RAKYAT MAIN BANGSAT!!! TAK SERIK BUAT FITNAH GUNA SURAT PALSU TUN MAHATHIR LAGI!!!


Tahun 1999 dahulu, surat ini sangat popular. Penulis yang merupakan sebahagian daripada 'tenaga kerja' menawan Kajang dan Bandar Baru Bangi pada waktu itu, menjadikan surat ini sebagai senjata utama.


Surat ini telah diletakkan di setiap surau di seluruh Bandar Baru Bangi dan sebahagiannya pula diletakkan di Masjid UKM serta Masjid Bandar Baru Bangi. Keyakinan kami pada waktu itu yang surat ini adalah tulen, memang 100%.

Internet masih baru. Salinan dibuat dan penyebaran menggunakan Tripod dan Geocities terpaksa dibantu dengan menggunakan kaedah manual dan konvensional.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik pada surat tersebut sekaligus membuktikan bahawa ianya adalah SURAT PALSU yang kemudiannya 'terpaksa' ditarik semula dari edaran kerana ia jelas memalukan dan mencacatkan operasi pendedahan terutama di kawasan seperti Bandar Baru Bangi yang didiami oleh kebanyakannya oleh ORANG BEROTAK!!!

Salah satu daripada ciri-ciri utama surat Tun Dr. Mahathir ialah, paling ketara, pada pembukaan surat, akan ditulis gelaran penerima surat tersebut dengan tulisan tangan. Begitu juga pada akhir surat tersebut, ditulis dengan tulisan tangan Tun Dr. Mahathir sendiri.

Surat-surat Tun Dr. Mahathir mempunyai ciri-ciri itu sebagai 'rukun wajib'. Sedangkan surat yang dipaparkan oleh pecacai PKR itu pula, langsung tidak mempunyai sebarang tulisan tangan kecuali tandatangan yang sebenarnya pada salinan yang asal terdapat garisan hitam berbentuk kotak empat persegi halus yang menandakan ia adalah tampalan bersama-sama tulisan nama MAHATHIR MOHAMAD.

Surat yang dipaparkan oleh pecacai PKR yang masih muda dan kurang berpengetahuan itu sudah dibuktikan sebagai SURAT PALSU semenjak tahun 1999 lagi dan sekarang, dia kembali mengulangi semula penipuan tersebut dengan harapan, rakyat Malaysia terutama sekali pengundi muda tidak akan mengetahui penipuan berkenaan.

Satu lagi ialah gelaran HONORABLE yang terdapat pada ayat pembukaan surat tersebut. Perlu diingat, Tun Dr. Mahathir berorientasikan pendidikan dan pelajaran Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah British. Bermakna ejaan sebenar bagi HONORABLE yang sepatutnya ditulis adalah HONOURABLE, bukannya HONORABLE. HONORABLE adalah ejaan untuk mereka yang terlalu terpengaruh dengan Bahasa Inggeris Amerika yang banyak menghilangkan huruf 'U' untuk membezakan Inggeris Amerika dengan Inggeris Britain.

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya seorang fasik datang kepada kamu dengan membawa berita, periksalah dahulu, (takut nanti) kamu mengenakan satu kaum dalam keadaan jahil (tiada maklumat tepat) lalu kamu menjadi kesal atas tindakan kamu” (Al-Hujuraat: 6 ).


KENYATAAN RASMI TUN MAHATHIR

1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.
2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.
3. The Malaysian Coat of Arms at the top is not similar to the one on all my letters from the Prime Minister’s office.

4. The address at the side of the Coat of Arms is not the same as on my official paper. Often no address is printed, only “Prime Minister Malaysia” on the top right-hand corner.
5. The contents of the letter is totally different from the one I sent to Ehud Barak. Unfortunately, the Government of Abdullah Ahmad Badawi refuses permission to reproduce my letters to Israeli Prime Ministers condemning them for their oppression of the Palestinians. This action by the Abdullah Government will lend credence to the letter that is being circulated.
6. I deny categorically that the letter which is being circulated with annotation “Sumbangan kakitangan JPM untuk Rakyat Malaysia” originated from me. This is the kind of dirty tricks that my detractors have to resort to because they have found nothing to blacken my name with.

klik SINI - BACA ISI KANDUNGAN SURAT SEBENAR!

klik SINI - BACA KOMEN EHUD BARAK YANG MASING INGAT KANDUNGAN SURAT DARI TUN MAHATHIR MOHAMAD

Sekarang ANDA FIKIR SEDALAMNYA... masih mahukah menyokong dan memberikan UNDI ANDA kepada kumpulan manusia MUNAFIK dan MEMPERGUNAKAN Islam demi matlamat politik semata-mata... 

FITNAH,PEMBOHONGAN dan PENIPUAN mainan dan makanan ruji harian mereka... APAKAH Nasib masa depan negara dan anak cucu anda semua jika kita UNDI mereka ini dan bagi peluang mereka memerintah negera...

TOLAK dan SINGKIR Pakatan Rakyat - PAS DAP PKR
KITA SOKONG dan UNDI Barisan Nasional Demi Masa Depan Negara

1 comment:

Anonymous said...

tak habis-habis... konon sokong ISLAM... macam ni ka??? tabur fitnah merata-rata...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.