Friday, September 7, 2012

HARON DIN SOKONG DAN SETUJU PANDANGAN NASHARUDIN MAT ISA KEPADA PAS!

Kami menyokong sepenuhnya kenyataan dan prinsip perjuangan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang jelas merupakan pejuang ISLAM sejati. Moga ahli dan pengikut PAS dapat mengikut saranan Beliau yang jelas berlandaskan ISLAM dan kepentingan BANGSA.

Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata - Haron Din.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.

Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.


"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti.


"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya.


Read more, HARON DIN BERI AMARAN KEPADA SYAITAN BISU


Sudah masuk tiga kali Timbalan Mursidul Am Pas ini memberi sokongan secara terbuka terhadap Nasharudin Mat Isa.


Jika sudah tiga kali, sekaligus ianya adalah amaran keras buat syaitan-syaitan bisu dalam PAS oleh Haron Din.



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.