Tuesday, November 23, 2010

PEMBINAAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR WAJIB DILAKSANAKAN!

Salam Perjuangan

Kepada pemimpin kerajaan terutamanya DS Najib Tun Razak... kenalah respon cepat sikit... cadangan penulis segala projek yang menjadi legasi dari ayahanda Tun Mahathir Mohamed yang ditangguhkan atau dibatalkan oleh PAK tidoLAH harus dikaji pelaksanaannya semula... selain impak kepada ekonomi, keperluan strategik negara turut signifikan bagi meneruskan projek berkaitan...

projek pembinaan jambatan harus menjadi keutamaan... rundingan harus dilakukan dengan singapura... takkan nak biarkan komplek dan kemudahan yang telah siap di johor jadi gajah putih sahaja...

apapun terima kasih DYMM Sultan Johor... kehendak Tuanku juga adalah kehendak rakyat Johor keseluruhannya... daulat tuanku!


MalaysiaKini - Sultan ulangi hasrat ganti Tambak Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.