KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Tuesday, November 23, 2010
PEMBERSIHAN PKR OLEH AZMIN - PENGKHIANAT AZMIN & ANWAR DIBURU!
Salam Perjuangan...
Azmin sudah umumkan akan membersihkan PKR dari "pengkhianat"... istilah yang sama yang di katakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu menang pemilihan UMNO 1993 dengan menyingkirkan Tun Gaffar Baba - seorang patriot sejati...
"pengkhianat" yang dimaksudkan adalah mereka yang tidak sehaluan dan bertentangan dengan "dream team" beliau... maka selepas ini akan ada yang kena turun pangkat... di sabotaj... dipaksa letak jawatan dan campak merata-rata atas nama operasi membersihkan PKR dari "pengkhianat"...
berjuang demi dapatkan keadilan- pengkhianat!
laporkan salah guna kuasa semasa pemilihan - pengkhianat!
tidak puas hati keputusan pemilihan - pengkhianat!
sokong calon lain - pengkhianat!
senang cerita seluruh ahli PKR adalah "PENGKHIANAT" dalam pandangan mata Anzmin & Anwar... maka akan teguhlah kronisme & nepotisme dengan terlantiknya pemimpin anak beranak... Azizah & Izzah serta Anwar... didokong oleh Azmin and the gang... jadilah PKR - PARTI ANAK BERANAK ANWAR hu hu hu...
kepada yang terkena dan di"cop" pengkhianat jangan susah hati atau kecewa... kerana sebaik sahaja anda menyokong dan mengundi PKR sememangnya anda sudah menjadi PENGKHIANAT kepada Islam, Melayu dan Malaysia... hidup PKR he he he!
MalaysiaKini : Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula
Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.
Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.
Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.
"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.
"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.
Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.
[Baca berita penuh]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment