Saturday, November 20, 2010

GEMPAR! - P. JENAPALA BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PKR SAMAN PKR

MalaysiaKini - Kes Jenapala saman PKR didengar Khamis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan hari Khamis untuk mendengar permohonan yang dikemukakan bekas setiausaha agung PKR P Jenapala bagi menghalang parti itu daripada mengumumkan calon timbalan presiden yang menang dalam pemilihan parti itu.

Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh tersebut dalam kamarnya hari ini.

Permohonan itu akan didengar didengar di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mahkamah tidak akan mendengar permohonan injunksi yang dipohon oleh Jenapala bagi menghalang PKR daripada mengumumkan keputusan pemilihan jawatan timbalan presiden pada hari itu, lapor Bernama.

Dalam pada itu, peguam PKR bersetuju untuk tidak membuat pengumuman sehingga kongres parti itu diadakan pada 28 November di Shah Alam.

Tindakan itu dibuat mengikut Perkara 14(3) dalam perlembagaan parti berkenaan, kata peguam parti itu Ranjit Singh.

Jenapala pada Khamis lalu memfailkan saman pemula untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah dan terbatal memandangkan beliau tidak dibenarkan untuk bertanding.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang PKR daripada mengumumkan calon yang dipilih ke jawatan berkenaan.

Jenapala mendakwa, beliau merupakan ahli seumur hidup parti itu dan tidak diberitahu secara rasmi berhubung pemecatannya daripada parti.

Atas alasan itu, beliau mendakwa masih layak untuk bertanding jawatan berkenaan.

Pada Jumaat, beliau dalam afidavitnya menyatakan bahawa mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution, tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.

Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 Sept lalu.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.