Friday, November 12, 2010

MB KEDAH AZIZAN MENGAMUK PADA WARTAWAN : ISU KERAJAAN PAS KEDAH GAGAL BANTU ISU BANJIR - TAK BUAT KERJA KENAPA NAK MARAH

Buruk betul perangai MB yang satu ini, sudahlah buruk, dirakamkan pula oleh lensa kamera TV. Buletin Utama sebentar tadi menunjukkan bagaimana kurang ajarnya Azizan dalam mengelak soalan wartawan penyiaran mengenai perkembangan banjir di Kedah. Satu Malaysia yang menonton boleh nampak bagaimana Azizan cuba mengelak dengan memek muka yang meluatkan, takde Nur langsung selayaknya yang digelar ulamak.


Gaya macam Perdana Menteri sebab sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco, Azizan berdiri depan rostrum menjawab soalan-solan wartawan. Semua soalan dijawab termasuk mengenai projek udang Kerpan tapi sebaik soalan mengenai banjir diajukan, Azizan tiba tiba naik darah dan meninggalkan sesi soal jawab. Sebelum itu sempat mempersoalkan wartawan yang bertanya (kurang jelas apa yang dibebelkan) tetapi yang nyata tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Macam inikah gaya Menteri Besar, lebih lagi macam inikah gaya ulama pewaris Nabi? Mudah naik angin, mengelak dari menjawab soalan? Sebelum ini satu lagi MB pembangkang Nik Aziz telah menunjukkan perangai buruk langsung tak sama dengan perwatakkan Nabi Muhammad saw apabila bertengkar dengan seorang yang bukan ulamak tetapi yakin dan berani mempersoalkan keimanannya.



Yang Azizan tertekan sangat kenapa? Adakah cakap-cakap bahawa kegagalan kerajaan negeri menguruskan bencana banjir yang sangat hebat diperkatakan itu adalah benar? Sumbangan beratus ribu ringgit termasuk yang disumbangkan Selangor Darul Urut, kemana dihalakan? Yang nyata penduduk Kedah teruk terjejas hasil tindakan sambil lewa kerajaan negeri (nasib baik ada kerajaan pusat), itulah yang menjadi punca kenapa wartawan bertanyakan soalan. Nak jawab yang itupun tak mampu? Baik berhenti jadi MB kalau tak boleh nak jawab soalan senang macam tu.

Ataupun Azizan tertekan kerana mitos kejadian banjir adalah disebabkan oleh projek landasan berkembar sudah dibuktikan salah oleh KTMB? Itulah, jangan main sembur saja sebelum kaji apa fakta sekeliling. Yang nyata, banjir kali ini adalah yang terbesar dan terburuk, mudah saja nak kaitkan dengan bala oleh Allah swt tapi bukanlah pendek sangat akal ini untuk menghukum sedemikian.

Yang paling hampir ialah akibat pembalakan, sebelum ini Sik menerima balanya dan sekarang ditambah dengan taburan hujan yang tinggi, satu Kedah pulak mengalami masalah banjir. Landasan keretapi itu tidak ada kena mengena sebab banjir juga berlaku di Terengganu dan Thailand yang tidak terlibat. Sebelum ini sudah banyak didedahkan kerakusan kerajaan negeri menebang balak sehingga hasil balak menyumbang kepada kenaikan pendapatan kerajaan negeri. Nah, sekarang terimalah pembalasan tuhan akibat ketamakkan Azizan.

Kalau tidak boleh berhadapan dengan soalan wartawan, macam mana nak berdepan dengan rakyat nanti. Sekarang semua mangsa banjiryang terlibat sibuk membersihkan rumah masing-masing, selepas selesai agak Azizan kemana kemarahan itu akan dituju kalau tidak kepada yang lembap dan lambat memberikan bantuan, dalam kes ini kerajaan negeri Kedah.

NAK TAU LEBIH LANJUT BACA ARTIKEL DIBAWAH SITUASI SEBENAR KEDAH SEMASA BANJIR DAN TINDAKAN LEMBAB OLEH KERAJAAN PAS KEDAH...

Azizan Razak: MB Paling Sengal Ubi.

Kalau korang tengok semalam dalam berita astro awani kelmarin macam mana cara dia jawab soalan wartawan nampak sangat yang dia bersalah dan memang betul kerajaan negeri kedah di bawah pimpinan pas memang tak bantu mangsa banjir, kenapa azizan jawab cara orang bodoh dan macam nak bergaduh? jawapannya senang je, kalau dia jawab soalan tu elok-elok maka makin banyak la soalan yang press akan tanya, jadi untuk mengelakan press tanya banyak soalan, so dia jawab la dengan cara marah-marah dan kelam kabut, jadi press tengok macam dia tension so malas la nak tanya soalan kat dia lagi.

Tapi memang betul kerajaan pas kedah tak bantu mangsa banjir, masa aku ikut sukarelawan bn ke kedah hari tu, banyak penduduk merungut terutama di kampung kuala pai, padang terap, penduduk kata jangankan mb nak datang jengok mereka, malah ahli parlimen padang terap sendiri pun hanya datang sekali je tengok mangsa banjir kat sana, itu pun kata orang kampung dia langsung tak masuk ke dewan yang menempatkan mangsa banjir, hanya perhati dari luar aje, macam ni perangai ahli parlimen?

Pusat pemindahan mangsa banjir, kata penduduk sini, ahli parlimen padang terap, nasir zakaria hanya melawat tempat ini sekali sahaja, itu hanya berdiri di luar pagar.

Hari kedua aku ikut sukarelawan bn ke alor star di kampung selalu menanti, tempat tu memang teruk di landa banjir pasal kampung tu dekat sungai, kata penduduk kampung, pas hanya mampu pasang 3 biji khemah kemudian letak banner "pusat operasi banjir" tapi bila orang kampung datang nak mengadu nasib, haram sekor pun petugas pas tak ada kat situ, sampailah kami sukarelawan bn datang bantu, kata orang kampung lagi, nasib baik petugas syabas (syarikat bekalan air selangor) datang letak 3 tangki air kat situ, kalau tak mereka pun tak tahu nak ambik air bersih kat mana.

Macam mana pas nak bantu mangsa banjir, markaz mereka pun tak terurus, sepatutnya markaz di gunakan sebagai bilik gerakan banjir, bukan pacak 3 khemah di luar tampa petugas, ini markaz pas di kampung selalu menanti, alor star.

Jadi aku tak heran kalau DYMM Sultan kedah murka dengan kerajaan pas kedah, memang betul kerajaan pas kedah langsung tak membantu mangsa banjir, kalau ada pun hanya di berberapa tempat yang jadi kubu kuat pas, tempat lain pergi mamposs.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.