Thursday, November 11, 2010

LADANG RAKYAT KELANTAN JAUH LEBIH ZALIM DARI TANAH RANCANGAN FELDA



MAZLAN ALIMAN DI CABAR SAMAN PAS ! ... BERANI ATAU TIDAK !

Sudah tibanya masanya Mazlan Aliman mengheret parti PAS ke mahkamah atas tuduhan tidak bertanggungjawab, tidak telus, gagal dan menindas para peserta Ladang Rakyat di Kelantan.

Sebagai Ahli Exco PAS Pusat, sudah sewajarnya beliau patut mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankan hak para peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi yang telah ditindas oleh Kerajaan PAS Kelantan sepertimana yang dilakukan olehnya untuk peneroka FELDA (kononnya).


Apakah beliau sanggup melihat nasib 300 peserta projek Ladang Rakyat Limau Kasturi terbiar dan tidak terbela malah di tipu bulat bulat oleh Kerajaan PAS Kelantan. Projek yang bermula pada tahun 2007, dan sepatutnya telah siap dalam tempoh masa setahun, gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.




Sehingga ke hari ini, nasib malang 300 peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi hanya menerima sijil semata mata ( sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan pada tahun 2007, Datuk Ahmad Yakob ) dan tiada tanah diperuntukkan kepada mereka. Malah para peserta projek ini tidak tahu sama ada wujud atau tidak Ladang Rakyat Limau Kasturi.


Ramai di antara para peserta projek Ladang Rakyat ini hidup melarat, tidak terbela dan di tindas oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Mazlan Aliman juga di cabar untuk mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan atas dakwaan pencerobohan tanah untuk projek Ladang Rakyat di kawasan Tanah Warisan Orang Asli di Pos Hendrope.


Beliau patut berasa kasihan kerana hanya dua orang asli sahaja yang menerima dividen RM 200 manakala bakinya adalah orang luar dan di kalangan orang parti PAS. Lebih malang lagi, tanah mereka telah dipajak selama 99 tahun kepada orang luar.


Mazlan Aliman wajib mendesak Kerajaan PAS Kelantan untuk mengeluarkan geran tanah secepat mungkin kepada para peserta Ladang Rakyat yang hanya menerima dividen bulanan RM 200 bagi tanah yang telah digunakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.



Beliau juga wajib mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan yang telah merampas tanah peneroka bagi tujuan projek Ladang Rakyat. Kerajaan PAS Kelantan masih lagi tidak membayar pampasan kepada mereka yang terbabit.

Apakah Mazlan Aliman ini berani bertindak atas kebenaran dan menjadi hero bagi rakyat yang ditindas hasil dari projek Ladang Rakyat di Kelantan. Apakah beliau tidak mahu dilihat sebagai hero untuk orang asli di Gua Musang di mana tanah warisan mereka dirampas oleh Kerajaan PAS Kelantan.


Atau Mazlan Aliman sebenarnya adalah seorang yang pengecut ! Hanya berani mendakwa FELDA zalim kepada peneroka tanah tetapi sekelip mata menjadi bacul bila terlalu ramai manusia yang teraniaya oleh projek Ladang Rakyat di Kelantan!

Beliau seharusnya sudahpun membuka mata dan pemikiran seluas luasnya ...


Apakah FELDA masih terus di anggap zalim walaupun para peneroka sudah diberi tanah dan mempunyai geran 10 ekar bagi satu keluarga.

Apakah FELDA masih di anggap zalim jika peneroka bebas mengusahakan tanah malah tanah boleh diwarisi turun temurun.

Apakah FELDA masih di anggap zalim jika kebajikan peneroka di jaga. Para peneroka juga menerima elaun bulanansehingga RM 1,500 sebulan malah sudah ada yang menjadi jutawan.

Bagai langit dan bumi beza nikmat dan faedah yang diterima oleh peneroka FELDA jika dibandingkan dengan para peserta Ladang Rakyat Kelantan!

Mengapa Mazlan Aliman masih berterusan berdendam dengan FELDA. Apakah FELDA telah menganiaya keluargnya dan berlaku penindasan ke atas keluarga beliau.


Jika abang kandungnya mengaku betapa beliau berterima kasih kepada FELDA atas faedah yang diterima selama ini, apa sebenarnya berlaku kepada Mazlan Aliman.

Apa sebenarnya Pengerusi ANAK (Persatuan Anak Anak Peneroka FELDA) ini mahu lakukan. Membela nasib peneroka FELDA atau mahu mencari nama di dalam PAS Pusat.

Mazlan Aliman di anggap bacul dan penakut jika tidak mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan atas penindasan terhadap mereka yang teraniaya di bawah projek Ladang Rakyat di Kelantan.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.