Monday, November 29, 2010

ISLAM DILACURKAN DALAM KONGRES PKR 2010


TV3 menyiarkan ucapan wakil AMK Kesavan yang secara terang terangan MENGHINA DAN MEMPERMAINKAN ISLAM. Beliau menipu perwakilan dengan tafsir songsangnya dan yang peliknya orang Islam dan seluruh perwakilan dalam Kongres PKR bersetuju dengan Kesavan.

Mana Yusuf Qardawi PKR? mana PAS yang kata perjuangkan Islam... jangan main bangsatlah PAS dan mereka yang berkopiah konon Islamik sangat tu! ini Islam yang kamu relakan untuk dilacur, dirogol dan diperkosa bukan Islam demi kekuasaan di dunia... kenapa tak tegur???

Rujuk Video di artikel ini di blog Taiping Mari -




ANWAR PENING KERANA HINDU BACA QURAN

ayat dan tafsir sebenar ialah;

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Tafsiran yang dibaca oleh Kesavan Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal , agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun." - Kesavan

NAMPAK TAK BETAPA AYAT SUCI AL-QURAN SEWENANGNYA DIPERMAINKAN DAN DAJJALKAN BUKAN ISLAM...

ORG ISLAM PEMBANGKANG PULA BODOH MERELAKAN MALAHAN MENGIYAKAN SAHAJA KESUCIAN ISLAM DILACURKAN...

KALAU ANDA ANGGAP DIRI ANDA ORANG ISLAM... MASIH MAHUKAH KITA SOKONG PAKATAN RAKYAT? BERSUBAHAT MENJAHANAMKAN ISLAM???

TEPUK DADA TANYA IMAN...



MELAYU DAN KETUANANNYA DI GADAIKAN PAKATAN RAKYAT : DYMM SULTAN SELANGOR DUKACITA



SULTAN DUKACITA Melayu gadaikan perkataan Melayu

SHAH ALAM, 29 Nov: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.

Nik Aziz tidak bangga berbangsa Melayu

Pada 18 Sept lepas, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah.

Beliau memberitahu, kerajaan Pas Kelantan telah menghabiskan wang sebanyak RM7 juta untuk membina sebuah masjid dengan reka bentuk Cina di Rantau Panjang dalam usaha menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengadakan Pameran Cheng Ho yang disertai ramai peniaga Cina Muslim bagi tujuan sama.

Wan Azizah Menyarankan Agar Ketuanan Melayu Wajib Ditinggalkan

Manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyarankan agar konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

Tiada Masalah Dengan Bangsa: Datuk Md. Alwi

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'.

"Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam.

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenal. Maknanya Allah jadikan bangsa, itu fakta.

"Saya tidak tahu apa maksud dia (Nik Abdul Aziz) kata tidak bangga dengan Melayu. Memanglah kita tidak setuju kalau bangsa itu dilebihkan tetapi tidak salah (menyebut bangsa) sebab Rasulullah sendiri kata 'ana Quraisy'," katanya

Md. Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, kejayaan yang dinikmati hari ini disebabkan hak-hak keistimewaan Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

"Saya rasa Nik Abdul Aziz terlupa apa yang dia, anak-anak dia, orang Pas dan Melayu dapat hari ini adalah kerana Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan Melayu dan pada masa yang sama juga Islam dapat berkembang sehingga hari ini.

"Ini adalah perjanjian tetapi pada masa yang sama hak kaum lain tidak akan terhalang. Dasar itu memang tepat sebagai timbal balas kepada apa yang orang Melayu berikan sebelum merdeka dahulu," katanya.

TERBARU ELIZABETH WONG BOGEL LAGI!


Rakan memberitahu telah tersebar gambar panas baru Elizabeth Wong bogel lucah... namun dia masih tidak memperoleh gambar berkenaan dan sedang mencari he he he... bagi saya takkan dia tidak serik lagi??? atau ini taktik beliau semata-mata raih populariti dan simpati... mungkin juga bukan dia... namun rakan-rakan boleh baca dari blog berikut yang turut memaparkan berita sama... betulkah perkara ini... iskh iskh iskh... ???

KITA TUNGGU SAPA YANG KENA DEDAH!

Sumber : RBF

Gambar Elizabeth Wong Bogel Tersebar Lagi

Berita Ringkas
Saya diberitakan satu lagi gambar bogel elizabeth wong telah tersebar.

Dikatakan gambar yang tersebar kali ini dirakam ketika dia sedang mandi dalam kolam jakuzi dan cuba menutup bahagian dadanya apabila menyedari gambarnya dirakam.

Difahamkan MMS gambar tersebut mula tersebar sejak semalam.

Saya akan cuba mendapatkan berita lanjut.

Sumber : TheUnSpinner

Minah hadapi Monday Morning Blues


Penat berkonvensyen dua tiga hari ini, ye? Hai tak serik kau!

You gonna get the bigger blues sooon ....

Sumber : Medan Info Kita

Foto Siapakah Ini..?? Kenapa Beliau Tak Serik Serik..??



BETULKAH DIA... AMACAM ADA SERUPA KA BODY AND MUKA DIA ?




Ups! sorry... tak sengaja bergambar gogel - adakah alasan ini akan diterima?

Apakah ada fatwa yang akan menyokong skandal beliau kali ini...

mungkinkah Muslimat PAS akan melakukan demo demi menyokong tindakan bergambar bogel dan sex life sebelum kahwin ...

TUNGGU DAN LIHAT!

PENDEDAHAN WAN AZIZAH MAKSUD ANWAR IBRAHIM ANUGERAH TUHAN

Anwar Anugerah Tuhan

Apa maksud sebenar Wan Azizah??? mari kita ikuti kebenaran disebalik "Anwar Anugerah Tuhan"... betapa bersyukurnya Wan Azizah dapat suami macam Anwar Ibrahim he he he...


Dipetik dari :http://jeffrydamien09.blogspot.com/

WAN AZIZAH : TINGGALKAN KETUANAN MELAYU

Salam Perjuangan

Benarkah dengan meninggalkan ketuanan melayu... melayu akan lebih maju dan berjaya...

Masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera akan dapat diatasi seperti ucapan Azizah...

Rasanya kalau tidak ada ketuanan melayu yang ditafsirkan menerusi perlembagaan melalui hak dan keistimewaan melayu... sudah lama melayu Malaysia menjadi Melayu Singapura... hilang segala-galanya bukan sahaja ekonomi dikuasai cina & kaum lain malahan kuasa nak takbir negeri serta berpolitik turut didominasi kaum lain... kalau kuasa pun dah tak ada jgn harap kita nak bantu bangsa sendiri bagi meningkatkan sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan seperti dicanang Wan Azizah...

kepada rakan semua jangan terperangkap dengan retorik politik lucah Wan Azizah... "UNDI MELAYU MAHU... TAPI HAK MELAYU NAK DIHAPUSKAN"... kepada yang rasa dirinya melayu... baik jangan undi dan sokong PKR... mereka nak hapuskan ketuanan melayu dan hapuskan hak kesitimewaan melayu... merelakan kaum lain pegang kuasa yang akhrinya akan menganiaya dan menjahanamkan masa depan keturunan kita pada masa depan...

MELAYU BERHENTI UNDI PKR DAN PAKATAN RAKYAT !






PETALING JAYA 27 Nov 2010 - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.

Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan. Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di Kongres PKR 2010 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Saturday, November 27, 2010

KONGRES PKR 2010 - KONGRES SYOK SENDIRI TAK ADA ORANG


Rakyat sudah sedar wajah dan tembelang sebenar PKR dan Pakatan Rakyat... kononnya PKR dan Pakatan Rakyat lebih baik daripada UMNO dan BN... sebaliknya mereka lebih teruk dan dahsyat malahan menyamun penuh rakus dan terang terangan tanpa rasa malu... nepotisme, kronisme, rasuah, skandal seks, salah guna kuasa - biasa bagi PKR dan Pakatan Rakyat. Kerana apa? pemimpin yang lakukannya kekal berjawatan malahan dibela kesalahan mereka oleh PKR dan Pakatan rakyat tanpa mereka dihukum sewajarnya...

Kini bukan sahaja rakyat... malahan ahli PKR sendiri sudah tawar hati dan menyedari kesilapan mereka menyokong PKR... ramai sudah keluar PKR... perpecahan dan persengketaan bermaharaja lela dalam PKR kini... yang tinggal hanya kroni pilihan Anwar dan Azmin yang menjelikkan ramai ahli PKR... yang tinggal hanya mereka yang gila kuasa, pangkat dan harta... dahaga imbuhan dunia...

Lihat sahaja keadaan Kongres PKR 2010 ini... adakah ini realiti parti yang dicanangkan mampu untuk ambil alih kuasa??? PKR kini menuju zaman kehancurannya...



Biasalah... mereka suka letak kesalahan pada orang lain walau itu salah mereka sendiri... salah media perdanakah ramai ahli PKR pulaukan kongres PKR 2010 hingga dewan kosong gila??? ala PKR biasala suka spin... jangan layan...

Tuesday, November 23, 2010

PEMBERSIHAN PKR OLEH AZMIN - PENGKHIANAT AZMIN & ANWAR DIBURU!


Salam Perjuangan...

Azmin sudah umumkan akan membersihkan PKR dari "pengkhianat"... istilah yang sama yang di katakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu menang pemilihan UMNO 1993 dengan menyingkirkan Tun Gaffar Baba - seorang patriot sejati...

"pengkhianat" yang dimaksudkan adalah mereka yang tidak sehaluan dan bertentangan dengan "dream team" beliau... maka selepas ini akan ada yang kena turun pangkat... di sabotaj... dipaksa letak jawatan dan campak merata-rata atas nama operasi membersihkan PKR dari "pengkhianat"...

berjuang demi dapatkan keadilan- pengkhianat!
laporkan salah guna kuasa semasa pemilihan - pengkhianat!
tidak puas hati keputusan pemilihan - pengkhianat!
sokong calon lain - pengkhianat!

senang cerita seluruh ahli PKR adalah "PENGKHIANAT" dalam pandangan mata Anzmin & Anwar... maka akan teguhlah kronisme & nepotisme dengan terlantiknya pemimpin anak beranak... Azizah & Izzah serta Anwar... didokong oleh Azmin and the gang... jadilah PKR - PARTI ANAK BERANAK ANWAR hu hu hu...

kepada yang terkena dan di"cop" pengkhianat jangan susah hati atau kecewa... kerana sebaik sahaja anda menyokong dan mengundi PKR sememangnya anda sudah menjadi PENGKHIANAT kepada Islam, Melayu dan Malaysia... hidup PKR he he he!


MalaysiaKini : Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

NONEBercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

[Baca berita penuh]

MAZLAN ALIMIN : TERUS FITNAH FELDA - MARI KITA SAMAN MEREKA!

Salam Perjuangan,

Kebangsatan dan kecelakaan Mazlan Alimin Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri serta menerusi ANAK terus menerus menabur fitnah terhadap FELDA... apa masalah kau sebenarnya Mazlan jadi orang yang tak mengenang budi??? mak bapak kau tak cukup ajar kau ke? pada aku lebih baik kau terus terang apa dendam kesumat kau dengan FELDA sampai tahap bangsat macam ni kau cuba sabotaj FELDA...



"I Sanggup Tadah Jubor Untuk U DSAI Asalkan I Di Pilih Menjadi Calon Pada PRU 13 Nanti"


PERNYATAAN AKHBAR MENGENAI PENYATA KEWANGAN FELDA

Tuesday, November 23, 2010

FELDA menafikan sekeras-kerasnya laporan yang disiarkan oleh akhbar HARAKAH bertarikh 5 – 7 Zulhijah 1431/12 - 14 November 2010 yang mendakwa FELDA tidak pernah membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen. Laporan yang disiarkan juga turut menyebut FELDA menyembunyikan kedudukan kewangan kepada umum dan mendakwa kewangan FELDA dikuasai oleh individu tertentu.

Dakwaan ini dibuat oleh Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri dalam akhbar berkenaan yang menyebut ‘ FELDA seperti juga Petronas tidak pernah membentangkan penyata kewangannya di Parlimen, sebaliknya kewangan FELDA dikuasai oleh individu yang sama……’

Adalah ditegaskan sejak ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA tidak pernah gagal untuk mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangannya di Parlimen. Setiap tahun Penyata Kewangan FELDA diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan telah memperolehi Sijil dari Ketua Audit Negara. Pengauditan Penyata Kewangan FELDA telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang telah diluluskan. Pengurusan Kewangan FELDA diurus secara teratur dan Penyata Kewangannya mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Selain itu juga Penyata Kewangan FELDA mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Kerajaan yang mewajibkan FELDA mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen sebelum 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan FELDA bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya memberi pernyataan yang beretika dan menghentikan sebarang bentuk tomahan terhadap FELDA. Fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan terhadap FELDA adalah untuk kepentingan tertentu dan justeru itu, warga peneroka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap FELDA.

Dikeluarkan oleh:

Ketua Unit Perhubungan Awam & Hal Ehwal Korporat FELDA


"Mazlan, sedarlah di mana engkau dilahirkan. Siapa yang membesarkan kau? Hasil pendapatan FELDA lah engkau dibesarkan. Dengan titik penuh ayah kau menyara hasil pendapatan FELDA."

Mengungkap kata2 abang kepada Mazlan - "Mazlan, kembalilah ke pangkal jalan."

GERAKAN PINGGIR DAN JADIKAN WAN AZIZAH BONEKA TELAH BERMULA!



Kalau nak tahu parti politik yang ada jawatan Presiden Tunggul ialah PKR.. mana letaknya kedudukan Presiden dalam organisasi PKR...

Media Permatang Pauh melaporkan,
Kononnya perjumpaan Rapat Umum di Auditorium MBSA, Shah Alam adalah diantara pucuk pimpinan parti PKR bersama ahli-ahli parti tersebut. Tetapi mengapa tak kelihatan langsung Wan Azizah selaku Presiden PKR?

Mengapa Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat PKR pula yang ditonjolkan dan menjadi keutamaan di Majlis itu? Bukankah Zaid Ibrahim pernah berkata yang jawatan Penasihat PKR ini langsung tak berkuasa didalam PKR?


Gambar Kak Wan Langsung tak ada... presiden apa tu??? tak ada power... tak dihormati...

Sebab itu nepotisme merosakkan sebuah organsasi dan pertubuhan.. tuduhan pembangkang macam-macam pada Rosmah Mansor... sebenarnya kes Anwar lebih teruk dari kes Rosmah.. Rosmah berada diluar parti dan kerajaan dan membuat kerja yang tidak berkaitan dalam parti dan kerajaan.. tetapi berbeza dengan Anwar dalam PKR.. bukan presiden yang buat kerja tetapi suami beliau yang masuk campur urusan parti...


Azmin pula mula berangan menjadi Presiden sedangkan baru sahaja memenangi jawatan timbalan Presiden.... tak ishtihar pun lagi.. tapi berlagak dia MasyaAllah... Presiden pun dipinggir.. tak panggil langsung sertai Rapat Umum PKR Selangor... kalau kata Kak Zizah sibuk sangat.. apa sangatlah jawatan Kak Zizah.. Presiden PKR merangkap Isteri Aljuburi.. taklah sibuk sangat.. rasanya tak perlu Presiden nak wakilkan suami sertai majlis rasmi...


Demokrasi dan pengurusan organisasi yang baik sebenarnya dah berkubur dalam PKR.. yang ada hanyalah rejim diktator Aljuburi!!!


BADRUL HISHAM (CHEGU BARD) - CAMPUR TANGAN ANWAR IBRAHIM PEMILIHAN PKR 2010 AMAT SERIUS!



Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

SUMBER - Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

NONEMenurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

NONEBadrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

NONE Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

TAHNIAH! PEMENANG PEMILIHAN PKR 2010 - SAH ANDA PENJILAT TEGAR ANWAR IBRAHIM


Di sana sini, orang bercakap mengenai pemilihan PKR. Mana tidak jadi bualan, kalau dah sampai bersungguh-sungguhan. Buat malu saja.

Dah nampak jelas sangatkah lorong ke Putrajaya hingga jawatan dah jadi rebutan?

Penipuan, bayaran dan apa saja sanggup dilakukan.

Jawatan datang dengan peluang.

Peluang bertading di PRU. Peluang jadi Menteri bila ambilalih Putrajaya. Perkara kecil yang dilakukan di Selangor boleh dilakukan secara besar-besaran.

Artikel Malaysia Kini -
Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR

Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

azlanKeputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Begitu juga dalam persaingan kerusi nombor tiga apabila dimenangi oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diekori oleh ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Malangnya, hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden.

Berikut jumlah bagi tujuh calon teratas:

  • Nurul Izzah - 13,170
  • Tian Chua - 11,460
  • Fuziah - 8,891
  • Mansor - 8,477
  • Xavier - 6,984
  • Gobalakrishnan - 6,721
  • Yahya Sahri - 6,436

Sebanyak 17 calon bertanding merebut jawatan itu.

azlanKeputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.

Keputusan ini bermakna, kecuali Tian Chua, semua naib presiden yang terpilih merupakan muka baru.

Buat pertama kali juga, terdapat penyertaan wanita mengisi kerusi nombor tiga itu, bahkan bukan satu, tetapi dua wakil.

Bagaimanapun, tiada kaum India terpilih mengisi jawatan itu walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.

Satu-satunya penyandang yang mempertahankan jawatan itu R Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang tewas kali ini.

Bagaimanapun, masih terdapat dua kuota lantikan untuk kerusi itu.

Bagi pemilihan sayap Pemuda dan Wanita, difahahamkan dua penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan Zuraida Kamaruddin berjaya mempertahankan masing-masing.


HEBAT ... TERPILIH … MENJADI PENCACAI ANWAR IBRAHIM !


Tahniah kepada pemimpin pemimpin PKR yang secara tidak rasmi semakin terpilih untuk menerajui PKR. Jangan salah anggap, ucapan tahniah kerana mereka dengan cemerlang menjadi pencacai Anwar Ibrahim … itu sahaja.

kerusi terbang he he he

Rasanya tiada apa yang perlu mereka banggakan melainkan mendapat maki hamun dan sumpah seranah dari ahli ahli PKR sendiri. Jangan bicara mengenai beratus surat bantahan, kerana semuanya telah berada di dalam tong sampah ... sekadar hiasan kononnya PKR parti yang terbuka sifatnya.



’Satu Ahli Satu Undi’ sudah menjadi retorik baru Anwar Ibrahim untuk mengelak kemelut parti yang kononnya mempunyai ahli 400,000 orang. Yang mengundi hanya 1,870 ahli yang mengundi, tidak sampai pun 0.47% dari jumlah ahli.


Ada kata sebab itulah terlebih order Terlebih kerusi untuk dewan... he he he

Itu belum dicampur dengan pemilihan yang telah dibatalkan kononnya akan timbul kekecohan. Lebih teruk lagi dengan rentangan ’banner’


ANTARA SEPANDUK OLEH AHLI PKR...

”Urus 400,000 ahli dahulu sebelum urus 26 juta rakyat Malaysia”

”Selesaikan dahulu kes liwat sebelum bicara ketelusan pemilihan parti”

”Ketelusan yang tidak adil”

”Anwar dan Azmin pemimpin yang paling kotor, cakap tak serupa bikin, pilihan parti paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhinat” ...

Mengambil kesempatan turut mengucapkan takziah kepada ahli PKR yang masih belum matang dalam menilai politik sempit Anwar Ibrahim dan kroni kroninya.

Allah melaknati orang yang mumbazirin.

Apa hal pun, begini pengakhirnya pemilihan PKR 2010. Siap begini sekali ...


Hehehe ... inilah Reformasi! Reformasi! Reformasi! Dah pun basi.

PEMBINAAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR WAJIB DILAKSANAKAN!

Salam Perjuangan

Kepada pemimpin kerajaan terutamanya DS Najib Tun Razak... kenalah respon cepat sikit... cadangan penulis segala projek yang menjadi legasi dari ayahanda Tun Mahathir Mohamed yang ditangguhkan atau dibatalkan oleh PAK tidoLAH harus dikaji pelaksanaannya semula... selain impak kepada ekonomi, keperluan strategik negara turut signifikan bagi meneruskan projek berkaitan...

projek pembinaan jambatan harus menjadi keutamaan... rundingan harus dilakukan dengan singapura... takkan nak biarkan komplek dan kemudahan yang telah siap di johor jadi gajah putih sahaja...

apapun terima kasih DYMM Sultan Johor... kehendak Tuanku juga adalah kehendak rakyat Johor keseluruhannya... daulat tuanku!


MalaysiaKini - Sultan ulangi hasrat ganti Tambak Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

Monday, November 22, 2010

LAMBAIAN PENJARA BUAT ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT


Karipap Azizah Basah.. Keterangan Dr Razali Di Mahkamah Tadi Punca Wan Azizah Enggan Jawab Panggilan Telefon Faekah..??

Si Bangsat Anwar bukannya menerima "lambaian Ka'abah" tetapi sudah menerima "lambaian Penjara Sungai Buloh.."

Perbicaraan kes liwat Anwar keatas bekas pembancuh kopinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersambung hari ini dimana saksi kedua pendakwaraya memberikan keterangan.

Saksi kedua seorang pakar bedah, Dr Razali Ismail menjelaskan kepada Peguamcara 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bahawa tinggalan air mani dalam dubur Saiful masih boleh dikesan dalam tempoh 72 jam.

Menjawab soalan balas dari pihak pembelaan Sankaran Nair, Dr Razali memaklumkan kepada Mahkamah beliau telah memeriksa dubur Saiful pada jam 10 malam 28 Jun 2008 iaitu 56 jam selepas diliwat oleh Anwar.

Keterangan yang mengesahkan Si Bangsat Anwar tidak menggunakan kondom dan seorang yang 'suka tembak dalam' untuk memuaskan nafsu seks abnormal beliau...!

Sementara itu pada sesi pagi Mahkamah, Hakim telah memutuskan tidak memberikan nota klinikal 3 orang doktor yang memeriksa Saiful kepada pasukan pembelaan Si Bangsat Anwar. Mohamad Zabidin memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Perbicaraan ditangguhkan pada jam 4 petang.

Sinar dan cahaya sudah terbit dari Penjara Sungai Buloh kini semakin terang benderang melambai-lambai Si Bangsat Anwar agar segera datang..!!

ELIZA WONG NO 1 PEMILIHAN MPP PKR : LENGKAP PIMPINAN TERBAIK PKR - PENASIHAT LIWAT, PRESIDEN BISU, TIMBALAN DAYUS, NAIB KAKI JOGET & MPP RATU BOGEL

Sumber: Medan Info Kita

Eli Wong Tempat PERTAMA Kedudukan Pemiliha MPP PKR...! Penasihat Peliwat, Presiden Bisu, Timbalan Dayus, Naib Kaki Joget...MPP Ratu Bogel..!!!


Hancur lah masa depan PKR...! Semakin senang dan mudah untuk BN kuburkan parti yang hanya tahu memenuhi cita cita peribadi Anwar Ibrahim...., Saudagar MIMPI!

Kelmarin, bekas peguam Anwar sendiri yang sudah meninggalkan si peliwat itu, Yb Zulkifli Noordin dalam blognya meramalkan akan satu paku terakhir yang bakal menutup kemas keranda si Bangsat Anwar..!

Dalam proses pemilihan pimpinan PKR yang sudah hampir ke garisan penamatnya, Azmin Dayus dilihat tersenyum lebar bakal melabuhkan punggungnya yang pernah diguna Anwar itu dikerusi Timbalan Presiden...

Dalam perebutan kerusi Naib Presiden pula, anak sulung Si Bangsat Anwar, Nurul Izzah yang juga meminati JOGET seperti Papanya kini mendahului diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Batu, Tien Chua. Manakala Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula bersaing rapat untuk melengkapkan senarai Naib Naib Presiden yang dipilih oleh perwakilan parti yang sedang diliwat oleh Anwar ini.

Yang paling menarik adalah senarai 20 Majlis Pimpinan Pusat PKR [MPP]. ADUN Bukit terLANJANg, Elizabeth Wong kini menduduki tempat teratas, diikuti rapat oleh pengantin baru Ustaz Badrul Amin, ditempat ketiga Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Johari Abdul....

PELIK! HERAN BIN AJAIB...! Yb Eli Bogel Wong tewas teruk di pemilihan cabang Petaling Jaya Utara, di cabang Sabak Bernam tempat Badrul Amin pula kita tak mudah lupa dengan kisah kerusi terbang melayang sewaktu mesyuarat pemilihan..., Yb Johari Abdul juga tumbang di cabang Sungai Petani dan tambah memalukan beliau dikalahkan oleh seorang tukang besi..!

Nah! Lihat sendiri caca merba parti yang sedang diliwat oleh Si Bangsat Anwar..! Orang orang yang tidak diterima oleh akar umbi peringkat cabang boleh menang besar di peringkat pusat..??

Nantikan ulasan Blog ini terhadap pembohongan yang dibongkarkan dalam sistem pemilihan PKR....


PAS & SALAHUDIN AYUB SENGAJA KELIRU DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM


Artikel : Saudara Zulkifli Noordin- http://zul4kulim.blogspot.com/

(Solat 'Eidul Adha di Masjidil Haram pada hari Selasa 10 Zulhijjah 1431 manakala di Malaysia pada Rabu 10 Zulhijjah 1431)

SALAH-TU-DIN!

Salam 2 all.


Saya agak terkejut dan dan macam tak percaya pulak bila membaca lapuran yang disiar oleh media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010 yang memetik kenyataan YB Salahudin Ayub bertajuk "PAS dakwa tarikh 'Eidul Adha sangat pelik". Salehudin memilih mengecam pihak berkuasa agama yang didakwa beliau saperti tidak tahu mengurus dan mentadbir perkara sekecil ini! Alasan yang diguna beliau untuk kepelikan itu ialah tarikh 'Aidil Adha di Malaysia "yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di 'Arab Saudi"?! Teman rasa yang kelirunya ialah Salahudin bukannya pihak berkuasa agama Islam! Yang peliknya perkiraan Salahudin dan bukan pihak berkuasa agama!

Pertama teman tidak pasti samada benar kenyataan lapuran tersebut yang mendakwa ianya mewakili PAS. Kadang-kadang ada media yang suka menggunakan tajuk yang mengelirukan. Mungkin kenyataan itu adalah pandangan peribadi Salahudin dan bukan PAS. Tambahan bila saya bertanya dengan beberapa rakan-rakan PAS mereka tidak tahu menahu mengenainya. Malahan ada yang kata "takkanlah kami ni kurang cerdik tak tahu nak kira sampai nak buat dakwaan terhadap pihak berkuasa agama macam tu!".

Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuquf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?!

Berdasarkan itu, tiada kekeliruan bagi perkiraan hari tasyriq. Di Sa'udi ianya dari hari Rabu, Kahmis & Juma'at. Manakala bagi Malaysia hari tasyriq ialah Khamis, Juma'at & Sabtu. Kat mana yang pelik dan kelirunya YB!? Sehingga meragukan! Teman pulak menjadi ragu dengan tahap ilmu dan pengetahuan Salahudin dalam isu perkiraan falaq ini! Dan Salahudin ialah Naib Presiden PAS yop, bukan Ketua Cawangan di Ulu Tembeling nun!

Takkanlah Salahudin tidak tahu beza antara hari wuquf dan 'Eidul Adha? Dan hari tasyriq adalah tiga hari selepas 'Eidul Adha, iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah. Di Malaysia ianya jatuh pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu; sedangkan di 'Arab Saudi dari hari Rabu, Khamis & Jumaat. Dan mengambil kira perbezaan kita dengan Sa'udi adalah 5 jam, maka perbezaan 'Eidul Adha hakikatnya kurang daripada 24 jam! Jadi kat mana peliknya sambutan 'Eidul Adha dan hari tasyriq di Malaysia berbanding Sa'udi? Apatah lagi Indonesia, Singapura dan Brunei juga menyambutnya sama dengan Malaysia. Jadi adakah mereka semua pun pelik, atau perkiraan Salahudin yang pelik?

Kata beberapa sahabat teman ulama' muda PAS, lapuran kenyataan Salahudin itu memberi gambaran seolah-olah PAS mengira ''Eidul Adha daripada hari wuquf?! Disitulah keluar kenyataan mereka "takkanlah ustadz-ustadz PAS tak cerdik langsung sampai tak tahu nak kira?". Ringkasannya mereka kata kenyataan itu tidak mungkin pendirian PAS, ianya mungkin perkiraan Salehudin sendiri. Wallahua'lam, teman pun tak pasti. Tapi yang pentingnya, PAS mesti menyatakan pendirian adakah kenyataan Salahudin dan tindakan beliau nak membawa usul tergempar di Parlimen mengenai tarikh 'Eidul Adha itu adalah pendirian PAS, atau hanya salahkira Salahudin seorang sahaja.

Ini adalah kerana membawa satu usul khas ke Parlimen untuk mempertikai sesuatu yang jelas akan memberi persepsi negatif kepada PAS sebagai sebuah parti beralaskan Islam. Teman cukup yakin ramai para ulama' dan ustadz didalam PAS yang cukup 'arif dengan persoalan falak dan perkiraan wuquf dan 'Eidul Adha itu. Dan sudah pasti mereka akan lihat kesilapan Salahudin dalam perkiraan dan tindakannya membawa usul khas tersebut. Untuk tujuan pengesahan, teman lampirkan dibawah kenyataan Ketua Pengarah JAKIM Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang jelas penerangannya.

Cadangan teman kepada Salahudin supaya menarik balik kenyataan beliau tersebut dan meminta maaf kepada pihak berkuasa agama atas kecaman yang beliau buat terhadap mereka dan akhirnya menarik balik usul khas yang telah beliau failkan tersebut. Nasihat teman kepada Salahudin, di masa hadapan kalau ada permasalahan saperti itu eloklah bawa berbincang dengan pihak berkuasa atau mereka yang arif terlebih dahulu, kerana bak kata orang lebih baik kita diam daripada bercakap, sebab bila kita buka je mulut orang tahu ketidakcerdikan kita nanti. Tapi Salahudin jangan risau, sebab kata seorang kawan Salahudin, ketidakcerdikan itu bukan satu jenayah! Cuma orang kapior gelak sakan lah tengok kita yop kerana isu remeh macam ni pun nak dibawa sebagai usul khas ke Parlimen oleh Naib Presiden pulak tu! Takkan soal raya pun jadi bahan politik kepartian yop!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
14 Zulhijjah 1431
21 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan lapuran media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010)

PAS DAKWA TARIKH 'AIDIL ADHA SANGAT PELIK

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan Ketua Pengarah Jakim Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz)

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

RAMAI PENGASAS & PEMIMPIN TERTINGGI PKR SUDAH KELUAR : ANDA BILA LAGI? FIKIRKAN KENAPA?

Adakalanya gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Begitu juga dengan PKR, parti politik yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Lihatlah wajah-wajah ini. Suatu ketika mereka adalah pemimpin PKR dan sebahagiannya adalah sahabat Anwar tetapi kini tidak lagi. Mereka dan ramai lagi pemimpin peringkat pertengahan dan cabang bertindak keluar kerana sebab yang sama – hilang kepercayaan terhadap ketua pembangkang itu.

Terbaru, tindakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim meninggalkan PKR kelmarin, mencetuskan tanda tanya besar tentang nasib parti itu. Siapa lagi yang akan keluar dan sampai bila PKR mampu bertahan?

Seperti biasa, Anwar dan orang kepercayaannya, Azmin Ali atau ada yang merujuk mereka sebagai rakan kongsi, sudah punya jawapan. Kedua-duanya akan mencari salah semua mereka yang meninggalkan parti. Malah ada yang dihina dan difitnah. Tetapi siapakah yang benar, sama ada Anwar bersama Azmin atau puluhan pemimpin serta ribuan lagi ahli PKR meliputi semua kaum yang bertindak keluar?

Tidak perlu ulas panjang untuk mencari jawapan. Renungkanlah di mana salahnya. Parti yang masih baru sudah ditinggalkan sebegitu ramai pengikut. Sebenarnya terlalu banyak isu melingkari PKR daripada integriti dan moral Anwar, dasar yang bercelaru sehinggalah kepada kelemahan pengurusan parti sebagaimana kegawatan pemilihan parti itu sekarang.


Tetapi yang lebih menarik untuk dikaji mengapa semakin kuat dorongan untuk keluar PKR. Seorang bekas pemimpin PKR memberitahu, Anwar seorang yang hipokrit dan melakukan perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan kewarasan. “Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya beliau, pasti terdorong kuat untuk membetulkan keadaan. Ini juga jihad,’’ katanya.

Awang menung panjang apatah lagi mendapat tahu satu demi satu kisah sisi gelapnya yang luar biasa. Keghairahan beliau mendapatkan campur tangan asing bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat, amat memalukan. Rasanya, Anwar adalah ketua pembangkang di seantero dunia yang paling bermasalah dan mempunyai isu moral yang serius. Awang bersyukur kebenaran makin terserlah.

Tahniah kepada semua yang berani menegakkan kebenaran dan meninggalkan Anwar. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Benar, ini juga jihad kita.

Saturday, November 20, 2010

GEMPAR! - P. JENAPALA BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PKR SAMAN PKR

MalaysiaKini - Kes Jenapala saman PKR didengar Khamis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan hari Khamis untuk mendengar permohonan yang dikemukakan bekas setiausaha agung PKR P Jenapala bagi menghalang parti itu daripada mengumumkan calon timbalan presiden yang menang dalam pemilihan parti itu.

Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh tersebut dalam kamarnya hari ini.

Permohonan itu akan didengar didengar di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mahkamah tidak akan mendengar permohonan injunksi yang dipohon oleh Jenapala bagi menghalang PKR daripada mengumumkan keputusan pemilihan jawatan timbalan presiden pada hari itu, lapor Bernama.

Dalam pada itu, peguam PKR bersetuju untuk tidak membuat pengumuman sehingga kongres parti itu diadakan pada 28 November di Shah Alam.

Tindakan itu dibuat mengikut Perkara 14(3) dalam perlembagaan parti berkenaan, kata peguam parti itu Ranjit Singh.

Jenapala pada Khamis lalu memfailkan saman pemula untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah dan terbatal memandangkan beliau tidak dibenarkan untuk bertanding.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang PKR daripada mengumumkan calon yang dipilih ke jawatan berkenaan.

Jenapala mendakwa, beliau merupakan ahli seumur hidup parti itu dan tidak diberitahu secara rasmi berhubung pemecatannya daripada parti.

Atas alasan itu, beliau mendakwa masih layak untuk bertanding jawatan berkenaan.

Pada Jumaat, beliau dalam afidavitnya menyatakan bahawa mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution, tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.

Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 Sept lalu.

Friday, November 19, 2010

KENAPA CINA DAN INDIA TIDAK MAHU BERFIKIR SEPERTI DR THOMAS PHILLIPS MENDOKONG KONTRAK SOSIAL


Apa yang dikatakan oleh Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Phillips adalah benar dan tepat.



PETUALANG MELAYU DAN DAP PERLU MALU DENGAN DR THOMAS !

Penjelasan ringkas beliau sepatutnya mudah difahami oleh para pemimpin ‘racist’ DAP yang sering mempertikaikan hak hak keistimewaan bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi. Tidak terkecuali juga pemimpin MCA yang sering mengikut rentak politik DAP.


Dr Thomas Phillips menggesa semua rakyat agar mendukung Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi kontrak social bagi keadilan sosial dan perpaduan antara kaum di Malaysia.


Dr Thomas Phillips menyokong penuh Perlembagaan Perskutuan berhubung dengan kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi serta hak hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Apa yang lebih menarik, majlis tersebut menyokong penuh gesaan yang dibuat oleh Majlis Raja Raja agar Perlembagaan Persekutuan didukung dan tidak perlu lagi dipertikaikan apa yang sudah termaktub didalam perlembagaan tersebut.

Bukan hanya Professor DiRaja Khoo Kay Kim menyatakan hal yang sama dan bersetuju dengan gesaan tidak dipertikaikan Perlembagaan Persekutuan, Dr Thomas Phillips juga mempunyai pandangan dan pegangan yang sama.


Apa yang pelik, petualang Melayu yang mempunyai gelaran Dr dihadapan namanya masih lagi rakus membicarakan Perlembagaan Persekutuan. Mungkin Dr Petualang Melayu ini masih lagi seronok mengejar impian ke Putrajaya.

Masih terlalu ramai si bodoh dan si tolol dari pembangkang sering mempertikai apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak kurang juga dengan petualang Melayu yang sanggup menjadi ‘anjing suruhan’ DAP lantas mencabar artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


Petualang Melayu ini juga sanggup menggunakan anaknya untuk mencapai maksud menghalalkan cara. Atas dasar menarik sokongan dan undi bahkan mampu mencetuskan ketegangan antara kaum, anak perempuan petualang Melayu ini sanggup menganggap isu Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah dan ideologi dan bukannya undang undang atau perlembagaan.

Si Petualang Melayu yang disokong oleh DAP ini juga dengan bangga menyebut Hak Melayu hanya wujud selepas berlaku persetujuan mengenai kontrak sosial. Mengapa perlu ada interpretasi baru untuk perlembagaan ini?


Cukup mudah juak juak ini mempolitikkan Perlembagaan Persekutuan tanpa melihat sebab dan akibat (consequences) akan muncul.

Benar jika dikatakan rakyat telah matang untuk membicarakan soal perlembagaan setelah 53 tahun mencapai Kemerdekaan namun apakah rakyat benar benar telah ‘matang’ sepenuhnya.

Tindakan petualang petualang Melayu dan DAP mahu meminda perlembagaan tidak lain hanya mahukan kuasa memerintah dan kepentingan politik. Dan yang lebih malang apabila petualang Melayu ini menjadi ‘jurucakap’ kepada DAP.


Sudah nyata apa yang dilakukan oleh petualang Melayu ini hingga sanggup dikudakan oleh DAP telah melampaui batas dan norma pemikiran yang waras.

Dan yang paling terbaru, petualang Melayu ini telah berada di luar negara meminta bantuan untuk menjahanamkan agama, bangsa dan negara sendiri demi tembolok kuasa politik yang tiada kesudahan.


Dan soalan GWM kepada Kementerian Dalam Negeri bersama Menteri Amaran … apakah masih lagi mahu menunggu dan memberi amaran demi amaran. Atau mahu melihat sekali lagi pertengkaran dan pergaduhan tercetus …

Amaran … Amaran … dan Amaran! Apakah amaran KDN sama juga seperti amaran yang tertera di atas kotak rokok!


Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

http://www.malaysiakini.com/news/91407

http://www.kl-today.com/?p=3031

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

http://www.anwaraidc.com/2010/09/nurul-izzah-sahkan-pkr-mahu-perlembagaan-baru.html


KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.