Thursday, July 29, 2010

Surat Teoh dirahsia peguam untuk DAP mainkan perkauman

Benarkah Peguam Sembunyikan Surat Teoh Beng Hock??

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tampil pada hari ini untuk memberikan kenyataan berkenaan kredibiliti peguam yang mengendali inkues mendiang Teoh Beng Hock.

JMM telah mendapat maklumat bahawa peguam yang dilantik oleh pihak Kerajaan bagi mewakili mengendalikan inkues tersebut telah menyembunyikan satu maklumat penting yang tidak didedahkan dan dibentangkan untuk inkues tersebut.

Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik disebut telah menyembunyi 'surat berbahasa cina tulisan tangan Teoh Beng Hock yang menyatakan rasa tidak tenteram/gusar/bimbang tentang masalah yang melanda beliau. Dan di dalam surat tulisan mendiang Teoh itu, dia telah menerima ancaman dan mahu membunuh diri.’

JMM mendesak pihak berkuasa menyiasat segera mengenai kebenaran kewujudan surat tersebut supaya mendiang Teoh beng Hock dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat inkues yang adil dan peguam-peguam yang mewakili inkues tersebut tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda jahat di dalam memecah belahkan perpaduan di dalam negara.

JMM menyatakan kebimbangan mengenai sentimen mengapi-apikan kebencian masyarakat Cina terhadap SPRM dan orang-orang Melayu amnya. Tindakan beberapa golongan ini dilihat sangat berbahaya dan mengancam keselamatan negara.

Inkues yang dijalankan bagi menentukan sebab kematian mendiang Teoh Beng Hock ada unsur-unsur jenayah atau sebaliknya bagi tindakan pendakwaan jenayah telah diekploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memperburuk-burukkan SPRM sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pihak kerajaan dengan tujuan bagi meraih simpati daripada masyarakat Cina.

Maka kebenaran kandungan surat tersebut adalah penting untuk dijadikan bahan bukti di dalam inkues bahawa mendiang Teoh Beng Hock telah mendapat ancaman yang membahayakan diri beliau dan niat beliau untuk membunuh diri.

Kandungan surat yang ditulis oleh mendiang Teoh beng Hock adalah bahan bukti dan tidak boleh disembunyikan oleh mana-mana pihak.

Sekiranya benar ada perbuatan menyembunyikan surat ini oleh peguam tersebut, beliau wajib disiasat segera bagi mengenal pasti individu-individu dan organisasi lain yang terbabit dan tujuan serta agenda mereka berkomplot menyembunyikan surat yang ditulis sendiri oleh mendiang Teoh Beng Hock.

Sumber: Jaringan Melayu Malaysia
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.