Thursday, July 29, 2010

KES ANWAR LIWAT - SODOMI FARAH DIGUGURKAN DEMI ELAK ASPEK TEKNIKAL KES DICABAR

Peguam Negara: Farah Azlina digugur daripada pasukan pendakwaan kes Anwar

27/07/2010 9:31pm

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) — Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantic” dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa. — Bernama

ULASAN :-

Abdul Ghani bijak... bukan penakut... sekarang ini kita perlu elak segala punca yang memberikan ruang dan peluang kes Anwar liwat-sodomi dicabar untuk digugurkan... perlu diingat peguan kes Anwar Liwat & sodomi amat bijak... mungkin perkara ini merupakan rancangan mereka... sebab cara biasa dah tak boleh gugur jadi mereka cuba 'create' isu... perbesarkan dan dijadikan bahan dan jalan untuk mencabar kes ini supaya digugurkan...

Apapan bersabarlah... farah & saiful... tetapkan iman... Allah bersama orangyang benar... Percayalah Allah pasti membalas perbutan fitnah dan kejian mereka itu nanti...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.