Friday, July 30, 2010

MELAYU ISLAM DALAM BAHAYA - AMBIL IKTIBAR

Salam Perjuangan...

Allahuakbar... perpaduan... sukarnya melaksanakannya walaupun menyebutnya amatlah mudah...

kerana ketiadaan perpaduan diantara Hamas dan Fatah Israel bermaharaja lela di Palestin...

kerana tiada perpaduan diantara syiah, sunni dan kabilah lain di Iraq negara itu ditawan, dijajah dan diperkosa sewenangnya oleh amerika...

kerana tiada perpaduan diantara Taliban, Mujahiddin dan kabilah lain di afganistan negara mereka mudah diceroboh dan ditawan amerika...

kerana tiada perpaduan diantara negara arab, Israel bermaharaja lela tanpa akut dan segan di bumi anbiya'a dan masjid suci ke 3 ummat Islam di musnahkan secara senyap-senyap...

kerana tiada perpaduan dikalangan bangsa melayu di Malaysia apa rasanya akan terjadi... kini Melayu sudah tunduk kepada Cina... PAS membontoti DAP... UMNO terpaksa menjilat MCA & Gerakan... demi meraih sokongan... sokongan yang ditukar ganti dengan menjual maruah melayu iaitu mengorbankan hak keistimewaan melayu satu persatu...

lihatlah nasib melayu di singapore... itukah cerminan yang kita mahukan melayu malaysia suatu hari nanti... tiada kuasa politik... tiada kuasa ekonomi... tiada kuasa mempertahankan kebudayaan melayu... tiada kuasa mempertahankan Islam... malahan melayu singapore tidak dapat dibezakan dengan kaum cina, india dan asing lagi kerana buada dan jati diri emreka sudah musnah... dimusnahkan secara sistematik oleh kerajaan cina Singapore... lihat nasib melayu di penang habis jahanam musnah - DAP secara terangan dan sistematik memusnahkan melayu... lihat nasib melayu di selangor... mereka turut berjaya 'mengenakan' melayu... itu hanya hasil pengaruh DAP ke atas PKR... bayangkan mereka kuasai Malaysia???

Sudahlah PAS dan UMNO melayu & Islam perlukan penyatuan ini... UMNO dan PAS perlu kebebasan dari tekanan politik dan kuasa lain yang mempengaruhi hasrat dan rencana sebenar yang nak kita buat di tanah melayu dan tanah air kita ini... pembebasan ini hanaya dapat diperolehi dengan penyatuan UMNO dan PAS... kita bebas dari DAP.. MCA.. Gerakan...

Moga Allah membuka pintu-pintu hati pemimpin UMNO & PAS merealisasikan penyatuan ini demi ummat Mu... agama Mu dan dan negara Mu Malaysia yang mendaulatkan Islam...

Kepada Allah Berserah...

IKTIBAR

Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda akan datang suatu masa kelak "kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasiq, dan kamu meninggalkan jihad". Para sahabat bertanya, "mengapa begitu ya Rasulullah?"

Baginda tidak menjawab, sebaliknya menyatakan, "bahkan lebih teruk daripada itu akan berlaku". "Kamu akan melihat umat Islam meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar!". "Apakah akan terjadi begitu ya Rasulullah?". Baginda menambah, "bahkan lebih teruk daripada itu, kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi mungkar, dan yang mungkar menjadi ma'ruf!". "Begitu sekali ya Rasulullah?" Sahabat bertanya terkejut. "Bahkan, malahan lebih teruk daripada itu akan berlaku, kamu akan disuruh membuat yang mungkar, dan kamu ditegah daripada membuat yang ma'ruf".

Apa yang faham daripada hadis yang panjang ini ialah pada satu hari nanti umat Islam akan disuruh melakukan sesuatu yang ditegah Al Quran/Sunnah, dan kita akan disuruh melaksanakan sesuatu yang tidak menurut Al Quran/ Sunnah!! Nakuzubillah min zalik.

Saya teringatkan hadis tersebut, yang pernah dibaca oleh seorang ustadz dalam satu munaqasyah, apabila mengenangkan kita umat Islam yang tak habis-habis dirundung perpecahan. Dan yang paling teruk, kita sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan satu sama lain.

Kita lupa kepada sejarah. Itulah punca kejatuhan Kerajaan Khilafah Usmaniah, apabila sekumpulan badwi padang pasir yang kononnya mahu menumbangkan Kerajaan Khilafah Usmaniah yang didakwa zalim, rasuah dan banyak melakulan mungkar, sanggup bersekongkol dengan kafir harbi Eropah, terutamanya dari Britain. Akhirnya runtuhlah Kerajaan Khilafah Usmaniah yang berpusat di Istanbul. Peristiwa yang di abadikan dalam filem "Lawrence of Arabia" itu sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita, tetapi rupanya umat Islam akhir zaman ini memang umat yang mudah lupa pada sejarah.

Akhirnya yang tewas dan hina ialah Islam dan umatnya sendiri. Lihatlah Islam di Turki, lihatlah umat Islam di Iraq, Afghanistan,

Hari ini kesilapan yang sama sedang kita lakukan. Samada di Mesir, Afghanistan, Kuwait, Iraq, Pakistan dan lain-lain, termasuklah di Malaysia. Umat Islam berpecah dan sanggup bersekongkol dengan kafir harbi demi memuaskan nafsu serakah mereka untuk menumbangkan saudaranya sendiri. Dan sebagaimana yang dilakukan oleh badwi padang pasir di Hijjaz tahun 1940an, begitulah yang kita juga buat ditanah air sendiri.

Atas sebab itulah saya sangat sedih melihat Dr. Hassan Ali terpaksa memberi penjelasan mengapa beliau pergi berjumpa dengan Sahibus Samahah Tan Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak. Beliau pergi dengan baik demi mencari jalan penyelesaian kepada kemelut perpecahan yang dihadapi umat Islam. Dan sebagai Mufti Tan Sri Harussani bersangka baik dan memberi cadangan untuk jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dikemukakan.

Dan mereka bertemu, berbincang dan bermuzakarah sesuai dengan seruan ALLAH didalam Surah Ali Imran ayat 103. Dan itulah peringatan Rasulullah sebelum wafat Baginda tentang keadaan umat Islam yang akan berpecah.

Tetapi apa yang mereka dapat. Maki hamun, caci maki, dilabel dengan pelbagai penghinaan dan macam-macam lagi ke'aiban. Apa yang mereka cuba buat itu suatu perkara ma'ruf, tetapi itu menjadi kebencian kepada segelintir umat Islam. Mereka lebih suka tidur sebantal dengan kafir harbi, kafir yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Sedangkan bersekongkol dengan kafir harbi itu suatu kemungkaran. Maka benarlah rupanya sabda Rasulullah saperti yang disebut dalam muqaddimah diatas tadi.

Pada saya, umat Islam kesemuanya harus bersatu. Tetapi bukan bersatu dari segi kepartian. Saya sendiri tidak bersetuju umat Islam hanya punya satu sahaja parti politik. Eloklah kita punya parti politik di pihak pemerintah, dan dipihak pembangkang. Kerana ada perkara yang pemerintah tidak boleh buat tetapi peranannya boleh dimainkan oleh parti pembangkang. Inilah yang dilakukan oleh pihak bukan Islam. Apa yang MCA/ Gerakan tidak boleh buat, maka DAP akan memainkan peranannya, asalkan menguntungkan kaum Cina. Begitu juga apa yang MIC atau PPP tidak boleh laksanakan, maka PKR akan memainkan peranan asalkan menguntungkan kaum India. Sepatutnya umat Islam berbuat perkara yang sama. Tetapi malangnya bagi umat Islam ia tidak menjadi begitu. Kita berpecah sehingga "berbunuh-bunuhan"!! Langsung tidak menguntungkan umat Islam. Dan bangsa lain tertawa melihat kita!

Tetapi pada saya, umat Islam sepatutnya bersatu dari segi isu. Kita boleh menjadi parti pemerintah ataupun pembangkang. Kita boleh berselisih dan bertikai dalam apa juga isu. Tetapi dalam isu membabitkan Islam dan umat Islam, kita wajib bersatu. Samada dalam isu murtad, isu perlaksanaan syariat, isu hukum-hakam, isu perunndangan dan kehakiman, isu muamalat, munakahat, isu halal haram dan banyal lagi isu menyentuh Islam dan umat Islam. Kalau timbul sesuatu isu, sepatutnya kita duduk bersama dengan para mufti dan ulama' dan berbincang untuk mencari kata sepakat. Kalau ada perbezaan hendaklah cuba diselesaikan didalam muzakarah. Dan apabila mengambil pendirian, hendaklah ianya atas satu suara satu pendapat. Kerana Tuhan kita satu, Nabi kita satu, kitab kita satu. Pasti kita boleh mengambil satu pendirian. Asalkan ianya berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Sekiranya kita boleh berbuat sedemikian, saya cukup yakin kaum lain akan menghormati dan gerun kepada kita. Bukan kerana kepandaian atau kehebatan kita, tetapi kerana apabila kita tunduk kepada perintah ALLAH, maka ALLAH akan menundukkan musuh Islam kepada kita.

Semoga kita umat Islam akan kembali kepada Al Quran dan Sunnah, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, dan menghidupkan semula semangat jihad di jalan ALLAH.

Ini adalah pendapat saya sendiri. Sekiranya pandangan saya ini bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah, maka terbatallah pendapat saya ini, sebaliknya ikutilah Al Quran dan Sunnah itu. Yang baik dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH memberikan keampunan kepada kita semua.

Wassalam.

Isnin
14 Sya'ban 1431
26 Julai 2010

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.