Friday, July 23, 2010

PERPADUAN UMNO PAS & MELAYU ISLAM : MENGAPA DAN KENAPA


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” Surah Al-Hujurat ayat ke 12.

BERSATULAH UMNO + PAS - KERANA APA ??? -

Orang kata susah tapi inilah realiti kenapa kita perlukan penyatuan ini.

Mari Kita bagi tau bahasa mudah... bahasa penulis yang daif dan kurang cerdik berbanding pemimpin UMNO & PAS... kita minta UMNO + PAS bina pakatan baru yang bakal memperkasakan MELAYU & ISLAM itu sahaja... kerana apa??? nak tau sebab utama adalah lebih 2/3 kerusi Parlimen sekarang menurut kajian adalah majoritinya diduduki orang melayu Islam...

Kalau UMNO & PAS bersatu dan mengharungi pilihan raya dengan meletakkan kesemua calon melayu di kesemua 2/3 kawasan yang majoritinya melayu... kempen bagai nak gila sokonglah calon melayu Islam... rasanya tiada masalah UMNO+PAS menang bergaya dalam PRU 13 nanti...

Lebih manisnya kemenangan ini tanpa bantuan kaum lain hanya kaum Melayu Islam... yang mana ini menidakkan dan menutup peluang kaum lain untuk cuba ugut atau kekang UMNO atau PAS dari hendak melakukan apa-apa yang dirasakan terbaiki buat melayu dan Islam...

Bayangkan dengan 2/3 kerusi Parlimen Dimiliki MP Melayu Islam rasanya mudah tak nak pinda rang undang-undang... bina dasar & polisi yang menguntungkan Islam dan membuat keputusan yang selari dengan syariat Islam tanpa mengharapkan golongan kafir Cina & India....

Masa itu Melayu Islam perkasa sama sekali (superior)... cina dan india tak akan berani meminta... dan waktu itu kita rombak segalanya... kita akan minta kembali hak kita yang sepatutnya eklusif milik bumiputera yang dah kita beri kepada cina & india dan kita laksanakan dasar dan gerak kerja bertujuan mengangkat martabat Islam ke tempat tertinggi... sapa nak kacau kita waktu tu... Melayu Islam PERKASA (Superior)...

Kesimpulan penyatuan Melayu Islam (UMNO+PAS) menjamin, memelihara dan memulihkan hak kaum bumiputera Melayu Islam serta memberikan jalan agar Islam dimartabatkan syiarnya di tempat yang teratas di Malaysia...

APA LAGI YANG PEMIMPIN UMNO & PAS MAHU...


ARTIKEL BERKAITAN

23 Julai 2010 : Pelan Damai untuk UMNO dan PAS

Oleh Nasrudin Hasan -

Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan , sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman , makmur , sejahtera , adil , telus , saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa melayu itu sendiri . Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam.

Nota Nasrudin: Itulah pelan damai untuk UMNO dan PAS yang saya maksudkan . Jika ini berjaya , maka kebimbangan UMNO mengenai masa depan kuasa politik orang melayu akan dapat dijawab dan diatasi dan melayu Islam akan menjadi lebih kuat di dalam Pakatan Rakyat . Saya mohon Pelan Damai ini diterima sejujurnya oleh semua pihak . Aslim Taslam : Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Ameen Ya Rabbal A'lamin .

Nota Penulis :

Ha kan macam keling... kejap ok... kejap tak ok... tetiba amik jalan selamat turut libatkan idea penyatuan ini dengan kemasukan dalam Pakatan Rakyat... Apa cerita??? Betullah kau ni tak ada prinsip dan pendirian... sanggup jual maruah & perjuangan demi nak puaskan hati pemimpin
atasan PAS yang cetek Ilmu dan hati mereka yang Allah sudah tutupkan dari menerima hidayah perpaduan...

Jelas UMNO takkan tinggalkan BN... kenyataan "
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan , sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat" adalah GILA SAMA SEKALI...

kita minta UMNO + PAS bina pakatan baru yang memperkasakan MELAYU & ISLAM... bukan ajar UMNO masuk Pakatan Rakyat... Jahanam kau Nasrudin... kau sengaja buat kenyataan ini sebab tau UMNO confirm takkan masuk Pakatan Rakyat... bila UMNO kata "TIDAK" kau putar belit kata penyatuan ini gagal sebab UMNO tolak...

Kenyataannya GAGAL sebab manusia yang kononnya pejuang ISLAM namun sebenarnya dialah yang menyulitkan Islam itu sendiri... GAGAL sebab syarat yang mengarut diletakkan... syarat yang tak boleh diterima... UMNO tidak meletakkan syarat sebaliknya PAS... PAS yang sabotaj usaha ini... Moga Allah tunjukkan kebenaran... Amin


23 Julai : 'Pecat pemimpin temui Harussani' - Khalid Samad - MP Shah Alam

PAS diingatkan supaya bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi meminta beliau mengusahakan kesatuan parti itu dengan Umno.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya terlibat walaupun atas kapasiti peribadi, pemimpin berkenaan boleh dikatakan tidak wala' (setia)

"Ini kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan tolak perpaduan dengan Umno!" kata Khalid tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin itu.

NOTA : Inikah yang Islam anjurkan menolak perpaduan ummah dan menggalakkan perpecahan???


21 Julai 2010 : Isu PAS-Umno: Nasrudin perjelas tulisan di blognya

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mendakwa kenyataannya berhubung cadangan pelan damai dalam isu perpaduan antara parti itu dan musuh politiknya Umno telah disalahtafsirkan.

Katanya, pelan damai antara Umno-PAS yang dimaksudkannya ialah dengan menyeru terhadap nasihat Rasulullah berbunyi aslim taslam (terima Islam dan selamat), dan tidak khusus kepada parti politik samata-mata.

"Dengan itu, saya berlepas diri dengan apa jua percubaan, (oleh) siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam pelan damai yang saya cadangkan kepada seluruh umat Manusia dalam negara ini.

"Pelan saya mudah: aslim taslam, Islamlah nescaya kamu selamat. Selebihnya, no Islam no talk (tanpa Islam tiada rundingan)," katanya dalam blognya hari ini.

Setelah idea perpaduan itu ditentang kuat beberapa pemimpin kanan PAS, Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin berharap kedua-dua parti itu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan ditamatkan.

NOTA : Kejap sokong... kejap tak sokong... macam lalang dan orang yang tak ada pendirian kata Ketua Dewan Pemuda PAS... pemimpin apa tak ada pendirian... kena tegur sikit terus lari dari prinsip...


21 Julai 2010 : Tolak Harussani, ahli Umno diseru sertai PAS

PAS menolak cadangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menjadi perantaraan antara PAS dan Umno, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Sebaliknya, beliau menyeru ahli Umno "yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara" supaya keluar Umno dan menyertai PAS yang sedang membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat," tegasnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris menegaskan bahawa PAS bukan angkuh tetapi "itulah hakikat yang berlaku pada hari ini (ialah) Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh".

NOTA : Ini bukti PAS bukan ikut ajaran sebenar Islam... kenapa kerjasama dan usaha bersatu dengan saudara se-Islam yang sama-sama lafaz syahadah itu TIDAK... tetapi dengan Kafir Harbi yang berpendirian "Langkah Mayat Mereka Baru Tubuh Negara Islam" BOLEH?... Ulama pula di burukkan dan minta ditolak... kenapa??? hanya ulama PAS sahaja kah Valid??? ISLAM tang mana yang ajar macam tu...


21 Julai 2010 - PAS ulangi pendirian tak kerjasama dengan Umno

PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi pendirian PAS yang tidak akan bekerjasama dengan Umno yang didakwa menjadi sekutu zionis Yahudi.

“Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan telah melantik syarikat perunding Apco Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” katanya.

NOTA : Ni lagi satu manusia yang bertopongkan agama berajakan nafsu dan hati buas... Dah kata isu APCO fitnah... namun masih nak jaja... Senang cerita company APCO tak sama dengan APCO Worldwide... jelas kita tak mengkayakan Israel atau menguntungkan Israel... hanya kerana ada sorang yahudi dalam company tu nak bantai gila2 fitnah dan kaitkan UMNO... INI ISU LEBIH BESAR - MELAYU ISLAM hanya selamat jika bersatu... Isu kesatuan ummah... takkan usaha ni pun nak sabotaj... Islam ajaran mana kau pakai?



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.