Thursday, July 29, 2010

JAWI PERNAH TERIMA ADUAN HUBUNGAN SULIT ANWAR - SHAMSIDAR TAHUN 1999

JAWI pernah terima aduan Anwar-Shamsidar 1999

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan telah menerima secara rasmi aduan berhubung dakwaan wujud hubungan sulit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin dan memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya.

Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAWI, Maizura Shamsuddin ketika dihubungi hari ini turut mengesahkan beliau sendiri telah menandatangani pada borang aduan rasmi yang ditulis tangan oleh Khairuddin Abu Hassan di pejabat JAWI pada 31 Disember lalu.

Borang 5 itu merupakan borang aduan rasmi yang mengandungi maklumat kepada pegawai penguat kuasa agama untuk diambil tindakan mengikut Subseksyen 54(2) Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut borang bernombor rujukan M 929/98 itu, aduan tersebut dibuat oleh Khairuddin pada 12.15 petang, Khamis lalu.

''Memandangkan kita telah menerima aduan rasmi, siasatan akan dijalankan,'' kata Maizura.

Kes itu akan disiasat oleh pegawai penyiasat JAWI, Abd. Khawi Che Abd. Rahman.

Sementara itu Khairuddin dalam kenyataan akhbarnya hari ini memberitahu aduan tersebut dibuat berdasarkan bukti terbaru penemuan kesan air mani Anwar dan Shamsidar pada tilam yang diperoleh dari Pangsapuri Tivoli Villa, Bangsar, seperti yang telah diumumkan oleh Pakar DNA, Lim Kong Boon, semasa perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah.

Khairuddin mendakwa tindakannya melaporkan perkara itu bertujuan menentang amalan kemungkaran yang dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau darjat.

Utusan Malaysia 1999

Apa jadi siasatan????

ORANG ANWAR DALAM JAWI SUDAH COVER LAH BRO...
ATAU ORANG AGAMA DI JAWI SUDAH ANGGAP ZINA BENDA MAIN-MAIN
ATAU WAKTU ITU ORANG AGAMA SENTIMEN SIMPATI KEPADA BAPAK ISLAM MADHANI ( DALAM FIKIRAN TAK MUNGKIN PAK SHEIKH MAIN BINI ORANG)
KALAU SEMUA DIATAS TIDAK BETUL... JAWI WAJIB JAWAB!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.