Friday, July 23, 2010

STRATEGI POLITIK TERHEBAT - KAJIAN PENDAFTARAN PENGUNDI : UMNO WAJIB TAHU

.
.
UMNO WAJIB TAHU... JANGAN JADI BODOH... STRATEGI TERHEBAT POLITIK DEMI MENJAMIN KEMENANGAN PRU 13... DARI SEGI STATISTIK UMNO DAN BN KINI KETINGGALAN...



MAKLUMAT AM:

Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

PAKATAN MENDAHULUI

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

PR DAN Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

STATISTIK DAN ANGKA PENDAFTARAN

‘Kek’ dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

PAS mendaftar 38,631 PENGUNDI BARU dan PKR mendaftar13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

SENARAI PENOLONG PENDAFTAR

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).


STRATEGI PENDAFTRAN MENGIKUT NEGERI

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini. Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

UMNO & BN FIKIRKAN SENDIRI... HARAPAN YANG UMNO & BN ADA MENGHADAPI PRU 13 DENGAN STATISTIK INI...

TENGKU NAN JANGAN BUAT KERJA SEBAB NAK MENGAMPU JE... KERJA BAGI MENANG UMNO & BN BUKAN SEBAB NAK SENANGKAN HATI PEMIMPIN TERTINGGI UNTUK DITIPU BAHAWA UMNO & BN KINI DILANDASAN BETUL WALHAL AKHIRNYA JATUH SEBAB KOBODOHAN SENDIRI...
.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Fakta yang menakutkan. Seharusnya UMNO mempergiatkan lagi usaha mendaftar. Komponen BN? Apa diharap padi seberang, entahkan jadi, entahkan tidak, apa diharap hatinya orang, entahkan setia, entahkan tidak....

Mohon link ke blog saya di:

http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Saya sudah link dan follow blog bro..

Terima kasih.

Anonymous said...

Itulah berkat doa...ahli2x pas semalaysia...biar jadi hamba dibumi sendiri...janji hati puas..biar sama2x tak merasa...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.