Tuesday, November 29, 2016

KESIAN TAK SEMPAT MAKAN UBAT MAHATHIR CERAMAH MERAPU 700 RIBU CINA DIBAWA MASUK MENGUNDI





Dr. Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari baru-baru ini bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berunding untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Johor Baharu.


Warga China ini kononnya akan diberikan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Krubong Melaka pada 26 November 2016. Mahathir kini dah jadi serupa Anwar Ibrahim... manusia yang dia benci dan jatuhkan dulu...

TERINGAT ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh menerima hakikat kemenangan Barisan Nasional (BN) telah membuat tuduhan bahawa seramai 40,000 orang Bangladesh telah dibawa masuk untuk dijadikan sebagai pengundi.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehingga kini tuduhan itu tidak dapat dibuktikan pun.


LOGIK AKAL Jika 700,000 orang China, berapa banyak pula pesawat yang perlu disediakan?
Mengikut perkiraan mudah, jika menggunakan pesawat Airbus A380, mungkin lebih seribu pesawat diperlukan. Untuk rekod, sebanyak 319 Airbus A380 telah ditempah oleh pelanggan di seluruh dunia dengan 198 daripadanya telah diserahkan kepada 13 pelanggan, sehingga Oktober lalu.

Jadi bagaimana mahu menyediakan lebih 1,000 pesawat A380 untuk membawa masuk pengundi hantu itu?

Nampak sangat tuduhan fitnah itu berniat jahat dan Dr. Mahathir cuba mencari sesuatu yang sensasi walaupun ia jauh daripada fakta sebenar demi kepentingannya. Jika perkara itu boleh dilaksanakan, kenapa beliau tidak mengimport pengundi hantu untuk merampas Kelantan dari PAS ketika era pemerintahannya dulu?.

Kepada rakyat yang mudah terpedaya dengan apa yang keluar dari mulut Dr. Mahathir ini, silalah berfikir dengan logik. Berapa lama masa yang diperlukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat 700,000 kad pengenalan itu?

Berapa lama pula masa yang diperlukan oleh SPR untuk mendaftar mereka sebagai pengundi? Jumlah yang difitnah itu adalah 700,000, bukannya 700 atau 7,000 orang.

Janganlah kita cepat sangat terpedaya. Lain kali kalau beliau menyatakan demikian ketika sedang berceramah, bangunlah dan minta Dr. Mahathir memberikan bukti-buktinya, bukan sekadar cakap-cakap sahaja.

Ini kerana tuduhan itu sangat-sangat menghina akal pemikiran yang waras. Mahathir sudah mula mengarut yang bukan.

Apa sahaja cara sekarang mahu digunakannya untuk jatuhkan Najib. Nampak sangatlah politik "Super Ego" Machiavelli Mahathir. Semuanya dihalalkan untuk capai matlamat akhirnya.

1 comment:

Anonymous said...

tak ada nak komen ka... ngaku ja lah dia dah nyanyuk...
boboi punya pasal lah ni nak jd Pee YEmm sgt...
sampai nyanyuk dikerjakannya org tua tu.... hahahaha

Anwar kirim salam pada nyanyuk utk bawa masuk juga china doll dlm 700k pendatang seludup tu... lama tahan geram di sungai buloh katanya... kikikiki

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.