Friday, November 16, 2012

BERITA MUKTAMAR PAS : PAS WILAYAH AKUI HARAKAH PENYEBAR FITNAH DAN PEMBOHONGAN TERBESAR





PAS Wilayah Persekutuan hari ini menegur bahawa sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.


Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.


Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.


Read More, HARAKAH MEDIA PEMFITNAH


 
Jika golongan yang menegur media dan lidah rasmi PAS bukan dari parti itu sendiri, barangkali boleh diandaikan sebagai tidak perlu diambil berat.

Namun apabila PAS Wilayah Persekutuan menegur HARAKAH sebagai media yang tiada kredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya ... ini merupakan satu tamparan paling hebat.

GWM mampu mengandaikan betapa 'terbakarnya' hati para editor HARAKAH dengan penghinaan dan cacian sebegitu rupa oleh puak-puak PAS sendiri.


Tiada kredibiliti ... Menyimpang ... Adusss ...


Mustahil PAS Wilayah Persekutuan sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa melainkan HARAKAH sememangnya sinonim dengan FITNAH.


Sebut sahaja HARAKAH ... pasti FITNAH adalah menu utama pengisian berita.


Sebut sahaja FITNAH ... maka HARAKAH adalah lokasi utama penyebaran berita palsu dan tidak boleh dipercayai 100 peratus.


Terlalu banyak artikel dan berita yang disiarkan tidak lebih sebagai tempat pembiakan dan penyebaran fitnah dalam HARAKAH ... Terlalu banyak.


Media HARAKAH semakin kerap dan gemar melakukan FITNAH dan mengaibkan sesama umat Islam.


Cukup sekadar beberapa artikel dan berita dibawah ini mendefinasikan HARAKAH TEPAT DARI SUMBER FITNAH


KUALA LUMPUR: Gambar pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya minggu lalu oleh http://omakkau.blogspot.com ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-35.


Read More FITNAH, Mengapa budak ni tak mahu bersalam dengan Rosmah?


Amat memalukan ... portal KLPOS terpaksa memberikan penjelasan cukup jelas bagaimana gambar-gambar dari sumber KLPOS telah dijadikan bahan fitnah oleh HARAKAH dan cybertrooper pembangkang.


Isu gambar membabitkan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sekumpulan pelajar Tahfiz ketika mengunjungi Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mencetuskan kontroversi.


Ianya berikutan tindakan sebilangan blogger politik yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat menggunakan gambar milik KLPOS sebagai serangan peribadi seterusnya memberi gambaran serta persepsi negatif terhadap beliau.


Sewajarnya fakta maklumat terperinci dan sahih dilakukan pihak blogger-blogger berkenaan kerana laporan tersebut dilihat tidak menceritakan keadaan sebenar.


Read More, HARAKAH MEDIA PEMFITNAH YAHUDI


Gambar yang menunjukkan pelajar tahfiz bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak diambil semata-mata mahu mensensasikan betapa hinanya isteri Perdana Menteri ini sehingga tidak ada pelajar tahfiz mahu bersalam dengan beliau.


Begitu juga dengan satu artikel yang secara jelas HARAKAH melakukan fitnah untuk mengaibkan wanita ...



Ini adalah artikel dan gambar yang dimanipulasi para editor HARAKAH sewaktu PRK Kerdau tempohari.


Contoh terbaik media yang mendakwa berpandukan kepada Islam dan 'Tepat Dari Sumber'.


Fitnah HARAKAH sebenarnya tidak hanya tertumpu pada golongan di luar PAS. Pemimpin PAS juga turut menjadi bahan FITNAH HARAKAH atas arahan syaitan-syaitan bisu.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyelar lidah rasmi parti itu, Harakah, kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang.

Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah.


Kontroversi itu mula timbul apabila kenyataan beliau yang juga Menteri Besar Kedah bahawa Abdul Hadi tiada locus standi untuk campur tangan dalam isu Kuin ditafsirkan sebagai biadab oleh Harakah.


“Wartawan Harakah yang tulis itu faham tak apa itu locus standi? Wakil Perlis (perwakilan Perlis yang bangkitkan isu itu) pun faham ke tidak maksud locus standi.




“Locus standi ini maksudnya keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang dan dalam kes Kuin ini hanya pengurusan kolej sahaja yang ada locus standi.


“Bukan pihak lain termasuk tuan guru (Abdul Hadi),” katanya semasa diberi slot khas untuk menjelaskan kontroversi tersebut semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-57, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Azizan turut menyelar perwakilan Pas Perlis kerana bertindak menyerangnya secara terbuka tanpa mendapat maklumat tepat terlebih dahulu tetapi kemudian mahu merayu pula.


Malah, beliau menyamakan perbuatan perwakilan Perlis tersebut sebagai sama dengan perbuatan memukul kepala beruk.


“Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh (pukul) kepala beruk ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk itu pejam mata baru dia bagi sekeh, lepas itu dia gosok balik,” katanya.


Sehubungan beliau secara seloroh memberi amaran kepada perwakilan Perlis bahawa kerajaan negeri Kedah akan mengambil semula negeri Indra Kayangan kerana ia hak Kedah.


“Saya cadang nak ambil balik Perlis, saya nak ambil dengan Pesuruhjaya Pas negeri sekali. Hang (kamu) mai (mari) dok (tinggal) Kedah balik, pasal Perlis ini hak Kedah,” jelasnya.


Inilah media yang menjadi bahan rujukan utama ahli dan penyokong PAS. Saban hari ahli dan penyokong PAS disuapkan dengan artikel FITNAH dan ditelan hidup-hidup oleh jemaah Parti Adat & Sosialis ini.


Tidak hairanlah mengapa Hadi Awang selaku Presiden parti, menyebut HARAKAH sebagai media BODOH.


 
Hanya melalui FITNAH, PAS terbukti mampu menarik sebilangan sokongan dan undi umat Islam yang terpana dengan pembohongan.

Sejarah tidak pernah berbohong ... HARAKAH kerap kali dan gemar berbohong dan memFITNAH terhadap umat Islam.


Media yang sepatutnya menganjurkan ukhwah Islamiyah dan perpaduan di kalangan umat Islam sudah menjadi media pemfitnah tegar, lebih jijik dari media pro kerajaan.


Apa lagi mahu dibuktikan mengenai HARAKAH ini, nyata sudah menjadi BAHAN PENYEBAR FITNAH umat Islam terbesar ...


FITNAH yang dilakukan secara sengaja tidak terbatas di luar PAS, malah turut merangkumi puak-puak serban dan kopiah dalam parti itu sendiri.


Tidak tahulah jika PAS Wilayah Persekutuan sudah dibayar UMNO untuk memburukkan lidah rasmi parti itu.


Silap haribulan ... itulah tajuk utama HARAKAH untuk esok hari ... Tak mustahil.


PAS Wilayah Persekutuan sudah dibayar UMNO! ... Gila lah ...

ARTIKEL ASAL : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/11/harakah-lebih-jijik-lebih-fitnah-dari.html

1 comment:

usin said...

akhbar yg dari muka depan sampai muka belakang penuh dgn sifat2 jahat, hasad dengki dan busuk hati. apa bezanya majalah lucah dgn harakah jika kedua-duanya membawa dosa?

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.