Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) telah bertindak memberi salam dan membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam Al-Quran. Sila lihat video ini. Persoalannya siapakah yang mengajar Nga untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Nga membaca ayat Al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja?. Ajar pun tidak habis, malah bacaan pun salah. Seolah-olah mempermainkan Islam. Kalau PAS mahu benar-benar berdakwah, mengapa Nga tidak peluk pun Islam. Malah hudud pun DAP tentang.
.
Ini bukan kali pertama DAP membaca ayat Al-Quran. Pada 13 November, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri. Nizar memang tidak kisah ayat suci Al-Quran dipermainkan oleh kafir harbi ini? Orang PAS bangga? Hinggakan menyiarkan berita ini dalam Harakahdaily. (Baca kenyatan Harakahdaily ini). PAS mengajar DAP untuk menjadi semakin kurang ajar dan biadap terhadap Islam. Mahukah orang-orang PAS membiarkan perkara ini berterusan?
Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen DAP Beruas, ADUN Setiawan) telah menyampaikan salam kepada muslimin dan muslimat PAS pada Majlis Pengumuman Calon PAS di di Padang Taman Kota Jaya, Bukit Gantang pada 23 Mac 2009. (Klik Sini) “Kita perlu mengundi calon PAS kali ini, sekiranya tidak, undi kita akan memberitahu BN mereka boleh merampas kuasa dengan sesuka hati” kata Ngeh Koo Ham dalam majlis tersebut. Undi calon PAS atau calon DAP? Memang DAP sudah berani buat sesuka hati mereka untuk memberi salam dan menggunakan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka di atas pentas PAS.
Siapa yang ajar DAP berkelakuan sebegini? PAS sesuka hati beri restu kepada DAP untuk berucap sebegitu. Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) pun ada sama dalam majlis tersebut, mengapa dia tidak melarang dan menegur perbuatan Ngeh? Ada orang berkata Nizar adalah calon pilihan DAP, benarkah begitu? Pada 9 Februari 2009, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), mencadangkan agar nama Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Ngeh adalah antara orang terawal mencadangkan nama Nizar untuk bertanding di Bukit Gantang.
Mengapa DAP suka sangat kepada Nizar? Ada sesuatu yang Nizar berikan kepada DAP, hinggakan DAP terasa terhutang budi kepada Nizar? Kalau orang Melayu PAS dan PKR masih pilih lagi Nizar, siapakah yang paling gembira dengan pilihan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ngeh dan DAP.
FIKIR LA....
FIKIR LA....
No comments:
Post a Comment