Friday, April 10, 2009

JAWATAN MCA BERTAMBAH : KABINET BARU NAJIB

Salam Perjuangan...
Kalau kaum cina tak mahu juga menyokong BN lepas ni kita tak payah bagi langsung jawatan kepada MCA... Harap presiden MCA malu... dan berusaha keras lepas ni tarik keyakinan rakyat dan bukan galakkan kaum cina tuntut benda benda bangsat daripada kaum melayu... peribadi penulis tak bersetuju langsung jawatan ditambah malahan sepatutnya dikurangkan... tapi saya yakin Najib ada perancangan sendiri...
Jawatan untuk MCA bertambah
Oleh THOMAS
CHONGpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 9 April - MCA mengekalkan empat wakil dalam Kabinet manakala jawatan timbalan menteri untuk parti tersebut ditambah daripada enam kepada tujuh orang. Gerakan pula yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet turut menerima berita menggembirakan apabila Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengekalkan jawatan Menteri Pengangkutan manakala Naib Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai kekal Menteri Kesihatan. Datuk Seri Ng Yen Yen yang sebelum ini menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula bertukar portfolio kepada Menteri Pelancongan.

Seorang lagi Naib Presiden MCA, Datuk Kong Cho Ha yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dinaikkan pangkat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Beliau menggantikan Datuk Ong Ka Chuan yang kalah dalam pemilihan parti.Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah terlibat dengan skandal klip video seks tidak tersenarai menganggotai Kabinet.

Untuk jawatan timbalan menteri pula, tujuh jawatan yang diperuntukkan kepada wakil MCA ialah di Kementerian Kewangan; Kementerian Pelajaran; Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Luar. Antara muka baru MCA yang dilantik timbalan menteri ialah Senator Heng Seai Kie (Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan) dan Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Luar).

Datin Paduka Chew Mei Fun yang pernah menjadi Setiausaha Parlimen kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dilantik sebagai timbalan menteri.Wakil MCA bagaimanapun tidak lagi dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri walaupun jawatan itu sebelum ini dipegang MCA.

Dalam pada itu, Gerakan mengekalkan dua jawatan timbalan menteri iaitu melalui A. Kohilan Pillay (Kementerian Luar) dan Datuk Tan Lian Hoe (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.