Thursday, April 9, 2009

BUKAN SALAH MCA PENGUNDI CINA PILIH PEMBANGKANG : DASAR CINA TAK BERTANGGUNGJAWAB

Salam Perjuangan
.
Kebangsatan MCA semakin terserlah nyata... MCA kini dah jadi DAP dari segi ideologi, pemikiran dan perjuangan... bezanya DAP diluar BN... MCA semakin tersasar dan hilang arah tidak lagi menjadi MCA seperi dahulu yang RASIONAL, MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN JANGKA PANJANG, KONSEP MENANG-MEMANG DAN BERPEGANG KEPADA ASAS PEMBENTUKAN SERTA KEMERDEKAAN PARTI SERTA NEGARA JUGA SETIAKAWAN.
.
Ketua Pemuda MCA ,Datuk Dr.Wee Ka Siong berkata punca kekalahan di Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tidak wajar diletakan atas bahu MCA.
.
Sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan supaya melakukan perubahan seperti diiingini masyarakt Cina.Tentunya antara perubahan yang di ingini oleh Ka Siong ialah untuk melantik seorang Cina menjadi Timbalan Perdana Menteri.
.
Bahawa beliau menimbulkan pekara ini dalam masa kempen pilihanrya kecil kedua kawasan itu bukan suatu langkah yang berhemah kerana MCA tahu kenyataan dan idea sebegitu hanya meningkatkan harapan masyarakat Cina kepada sesuatu yang diketahui oleh mereka sukar untuk mendapat tolak ansur dari orang Melayu atau dari UMNO. Beliau membangkitkan soal yang sangat sensitif.
.
Kenyataan ini Ka Siong tidak membantu untuk mendapat sokongan masyarakat Cina tetapi menambahkan kemarahan orang Cina kerana MCA cuba menjual apa yang sudahpun diperjuangkan oleh DAP. Mencari populariti atas isu popular yang orang lain hanyalah menampakkan bahawa MCA sudah hilang kepercayaan dirinya dan juga sudah hilang identitinya..
.
MCA adalah parti yang sudah bengkrap dan demikian juga MIC dan inilah parti komponen UMNO. Parti yang tidak boleh diharapkan oleh UMNO ketika dalam keruncingan sebaliknya sejarah menunjukan bahawa UMNO pernah menyelamatkan MCA malah Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama Malaysia pernah meletakan jawatan Perdana Menteri untuk membantu memenangkan Presiden MCA Tun Tan Siew Sin dalam menghadapi cabaran dari penderhaka MCA Dr. Lim Chong Eu( Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang).
.
Kalau MCA mahu jadi macam DAP lebih baik UMNO berkawan dengan DAP.
.

2 comments:

myjourney said...

"Kalau MCA mahu jadi macam DAP lebih baik UMNO berkawan dengan DAP" seperti mana yang saya fikirkan juga.... adalah lebih baik demikian jika parti komponen sengaja ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan ini....

PaKMie said...

Inilah dikatakan Politik...
Apa2 boleh terjadi...ari ni esok tdk sama.

Pakmie juga berpandangan spt saudara. Umno sdh banyak bertolak ansur dgm mMCA sehingga Umno tertekan dikalangan kaum melayu/umno sderi...

Pakmie.blospot.com

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.