Salam Perjuangan...
MCA dulu tuntut Jawatan TPM Cina... sekarang tak puas hati sebab dengarnya kuota MCA dalam kabinet baru semakin kurang... Kenapa tak puas hati??? besar sangat ke peranan MCA kepad BN??? Atau MCA nak ambil kesempatan...
.
.
KENAPA KUOTA MCA WAJAR DIKURANGKAN !
.
- MCA gagal bantu BN capai kemenangan PRU 12 kebanyakan calon BN tewas di kawasan dimana unidi cina penentu kemenangan... Calon BN kebanyakan menang di kawasan undi melayu penentu kemenangan.
- MCA gagal menarik kaum cina untuk mengundi BN sebaliknya kaum cina sekarang cenderong mengundi DAP.
- MCA tuntut macam-macam hak melayu untuk kaum cina dan kaum melayu telah berkorban beri kepada kaum cin seperti ekonomi, biasiswa, projek, penjawatan awam dan sebagainya... tapi apa yang melayu dapat sebagai balasannya... TIADA yg menguntungkan melayu LANGSUNG!
- Pemimpin dan Calon MCA dalam pilihanraya lepas ramai yang tewas dan kecundang sekiranya dilihat nisbah keseluruhan adalah tidak adil MCA mendapat kuota yang sama.
- MCA sudah tiada semangat tulen yg berlandaskan sejarah penubuhan negara tetapi sibuk dipengaruhi konsep kesamarataan dan malaysia malaysian DAP.
- MCA banyak kali mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dengan mengugut UMNO yang akhirnya menyebabkan UMNO terpaksa mengalah demi menjaga "hati" dan mengorbankan hak Melayu - apakah ini setiakawan???
- MCA gagal membantu melayu dari segi pengagihan semula ekonomi demi memenuhi kuota 30% melayu dalam ekonomi.
- MCA tidak membela UMNO atau melayu sewaktu DAP meninbulkan isu perkauman yang menyentuh hak keistimewaan Melayu.
- MCA bersekongkol dengan DAP menghentam UMNO demi berjuang melemahkan melayu dan merampas hak milik melayu secara terbuka untuk dinikmati kaum cina.
- MCA memiliki pemimpin dan pelapis extrem yang sudah tidak lagi memahami dan menghayati sejarah pengwujudan negara sebaliknya memiliki ideologi kesamarataan dengan mengetepikan konsep sosial kontrak.
- MCA harus diberikan pengajaran atas tatalaku dan tindakan MCA sepanjang dekad ini yang terus menerus mempersoal dan mempertikaikan hak melayu serta melupakan asas perjuangan asal yang dibawa menerusi BN dengan tidak lagi mempamerkan semangat setia kawan yang tulen.
- MCA memiliki rangkaian dan think tank yang sama serta perkaitan dengan DAP yang jelas mempengaruhi percaturan politik kaum cina keseluruhannya yang mana kaum cina tidak berpecah sebenarnya dimana situasi ini jelas merbahaya terhadap percaturan politik melayu kerana org melayu kini yang benar-benar berpecah.
- MCA perlu diuji kesetiaannya dan sekiranya MCA dapat menerima dengan baik jelas MCA masih lagi sahabat dan jikalau MCA memberontak dan mengugut maka kita sudah jelas siapa gunting dalam lipatan sebenar BN yg kesetiaanya boleh di ragui.
Teruskan perjuangan...
1 comment:
bangun dan teruskan pertahankan maruah kita..... Pada MCA dan DAP agama hanya lah umpama satu budaya jadi apa yang mereka perjuangkan adalah bangsa... jadi apa salahnyamelayu terus berpegang dengan apa kita ada dan agama yang kita junjungkan.... Harapnya satu hari nanti kita semua dapat bersatu semula
Post a Comment