Salam perjuangan
Mufti dah berikan arahan... tolong hormati sensitiviti ummat Islam dan Melayu... Agama Islam bukan boleh dijual beli macam PAS dan PKR yang telah menjual agama mereka kepada DAP demi kuasa... tolong hormati. Ummat Islam dah lama bersabar... kalau DAP teruskan kebangsatannya dan sanggup menjual kami pun sanggup membeli!
PETIKAN AKHBAR :
KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.
Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik. ''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.
Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.Sumber: Utusan Malaysia, 7 April 2009
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Tuesday, April 7, 2009
MUFTI ARAHKAN HENTIKAN PERSENDA AYAT ALLAH
Labels:
Ancaman Islam,
DAP Musuh Melayu,
Fakta Islam,
Mufti,
Politik Pembangkang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment