Tuesday, April 7, 2009

NGA KOR MING PERSENDA AYAT ALLAH : DAP BANGSAT, PAS BACUL, PKR CELAKA



Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping, Setiausaha DAP Perak) menyatakan "mereka sudah hilang sesat ajaran, saya walaupun seorang Kristian, tapi saya faham apa juga Surah Aura ayat ke-90" kata Nga Kor Ming (lihat sini). Kemudian Nga Kor Ming mentafsirkan "maksudnya..Allah menyuruh kita berlaku dengan adil dan penuh belas kasihan..betul tak?". Kemudian disahut oleh penyokong-penyokong PAS "Betul". Siapa yang menyesatkan siapa ini? SIAPA SUDAH SESAT????
.

Sebenarnya tidak ada Surah Aura dalam Al-Quran. Sebutan surah yang disebut oleh Nga Kor Ming adalah salah. Surah sebenarnya adalah Surah Al-Nahl, ayat 90, maksudnya "Sesungguhnya Allah menyeru berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajara kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya".
Nga Kor Ming kemudian mengulangi sekali lagi Surah Aura ayat ke-90 ketika berkempen di Bukit Gantang. (lihat sini). Nga sekali menyebut sebutan surah yang salah dan maksud yang salah.
.
Ini menunjukkan Nga Kor Ming sengaja mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran secara berulang kali. Nga berkata dia faham ayat Al-Quran dan mendakwa orang lain sudah sesat ajaran. Apa akan jadi kalau ada orang Islam yang mengambil Surah Al-Aura yang dibacakan oleh Nga ini?
.
Siapa yang sesat nanti, kalau baca surah yang tidak terdapat dalam Al-Quran? Di manakah ulama-ulama dari PAS? Mengapa PAS tidak menegur pun kesalahan yang dilakukan oleh Nga Kor Ming?
.
Malah orang PAS mengiyakan apa yang disebut oleh Nga Kor Ming. Bukan sekadar mengiyakan, malah ada orang PAS yang mendengar ceramah Nga Kor Ming turut bertepuk tangan (lihat gambar di atas). Apa komen Nik Aziz tentang Nga Kor Ming ini? Mufti Perak sudah menegur perbuatan Nga Kor Ming, dengarlah nasihat mufti.

IHSAN : ANGIN PERUBAHAN

2 comments:

penyokong pkr ampang said...

bang, dia kata surah an nahl la. cuma kita dgr mcm aura. biasa la, cina kan pelat sket. tapi sebutan al quran tu betul ape. cuma pasni kena 'improve' kan lg bacaan tu. tafsir tu pun lebih kurang sama jer makna. tu lah. len kali kalo nak tegur perati molek dulu

Anonymous said...

ish ish...adakah ko nk dgr je n percaya apa yg org cina ckp cmtu...naper ko leh backing umpama dia alim ulama yg berhujah...nape puak ko tak pertahankan langsung psl kalimah Allah sbb ko lebih suka ber"imam"kan oleh cina ni ke???dunia2 biler taksub, yg slh tetap diakui betui..

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.