Monday, November 16, 2015

YAPEIM DISERANG DAN DIFITNAH RENCANA LICIK DIDALANGI AGEN DAP KAFIR HARBI DAN MUNAFIKUN PKR

Serangan terancang terhadap institusi ISLAM terus menerus dilakukan secara tersusun dan licik lihat sahaja Tabung Haji difitnah kredibelitinya, wang Zakat dipertikai agihannya dan terkini YAPEIM pula diserang hebat dengan mengheret pimpinan serta menteri yang bertanggungjawab... yang sedihnya serangan dan fitnah ini menggunakan umat islam sendiri yang menjadi agen kepada DAPpiggy... 

Apapun kerajaan harus membersihkan Institusi Agama yang telah lama bersarang kakitangan yang menyokong pembangkan serta menjadi agen munafik yang terus menerus membocorkan dan memanipulasi maklumat untuk disalur kepada pembangkang menjadi peluru yang merobek maruah kerajaan.

Ketua PKR Johor Bahru, Akmal Nasir dengan egonya enggan minta maaf kepada Jamil Khir kerana menfitnah sebaliknya mencabar Jamil Khir untuk mengheretnya ke mahkamah.

Konon-kononnya dia mempunyai bukti-bukti kukuh dan Jamil Khir sudah terperangkap, sekaligus membuktikan bahawa para pemimpin UMNO adalah rasuah dan menyelewengkan wang rakyat.



Persepsi dalam kemelut YAPEIM ini mudah... Rafizi dan Akmal Nasir membayangkan wang potongan gaji kakitangan awam yang disumbangkan kepada YAPEIM untuk kerja-kerja kebajikan dan kepentingan umat Islam, telah diseleweng untuk membiayai kehidupan mewah Jamil Khir dan Ahli Lembaga Pengarah YAPEIM.

YAPEIM digambarkan juga sebagai badan yang hanya bergantung sepenuhnya daripada potongan gaji kakitangan awam tanpa sedikit pun, gambaran tentang anak-anak syarikat serta cabang-cabang perniagaan YAPEIM disebut atau disentuh. Malah pendapatan tahunan YAPEIM daripada Ar-Rahnu atau pajak gadai Islamnya sahaja mencecahkan RM100 juta.

Kenyataan angkuh Akmal berbunyi,

"Saya bukanlah orang yang menyeleweng wang tersebut. Saya tidak tahu untuk apa saya harus meminta maaf. Itulah sebabnya saya tampil ke hadapan untuk meminta Jamil menerangkan mengapa dia menggunakan wang tersebut." (RUJUK SINI)

Semalam, dalam kenyataan rasminya, Jamil Khir Baharom menafikan sebarang salahlaku atau penyelewengan wang YAPEIM dan menuntut Akmal Nasir meminta maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam atau bakal disaman fitnah.






Sebagai maklumat saya baru sahaja selesai membuat polis repot di Balai Polis Putrajaya berkaitan tuduhan keji dan fitnah oleh Pengarah Now.Saya juga telah mengarahkan Peguam saya untuk mengambil tindakan undang undang keatas pemfitnah #Now. Saya selesai membuat repot polis pada jam 3 45 petang. Terima kasih atas keprihatinan semua keatas saya.


Isu YAPEIM yang didedahkan oleh Rafizi Ramli menggunakan Akmal Nasir ini bukan susah sangat nak difahami.

Isunya di sini adalah SISTEM KEWANGAN ISLAM yang perlu diruntuhkan dengan apa cara sekalipun. Untuk menghancurkan sistem tersebut, perlulah dinaikkan sentimen kemarahan dan ketidakpercayaan kepada mana-mana individu dan badan itu sendiri.

Sudah berkali-kali kita lihat bagaimana DAP berusaha mempertikaikan zakat, hibah zakat mahupun peruntukan untuk institusi agama Islam yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Tabung Haji juga sebagai contoh, cuba dimusnahkan dan kredibiliti Tabung Haji cuba diragui dengan menimbulkan persepsi kononnya wang penyimpan telah digunakan untuk membiayai hutang negara seperti dalam kes tanah TRX.

Awal sebelum kewujudan Rafizi Ramli dan Akmal, Lim Kit Siang mengetuai serangan ke atas PNB, khususnya Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera yang dikatakannya sebagai tidak adil kepada masyarakat Malaysia.

Isu YAPEIM dan Jamil Khir Baharom sebenarnya memerlukan penyelesaian yang lebih bijak dan lebih tuntas. Tindakan juga harus diambil terhadap penfitnah, dan tidak lagi bersandarkan kepada 'SEMANGAT' semata-mata seperti yang ditunjukkan oleh Jamil Khir Baharom dalam kes fitnah yang dibuat oleh Sam Ketot ke atasnya.

Walau penjelasan atau keputusan daripada siasatan ke atas YAPEIM dibuat nanti, persepsi negatif sudah lekat iaitu YAPEIM telah digunakan untuk menyelewengkan wang orang ramai. Kemusnahan telah pun dilakukan walaupun penjelasan demi penjelasan dibuat sepertimana yang berlaku dalam isu 1MDB.

Rakyat Malaysia sudah terlalu gila untuk percaya kepada kebenaran kerana kebenaran bagi mereka adalah tuduhan palsu dan fitnah!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.