Tuesday, November 24, 2015

EDRA DIKUASAI SYARIKAT CHINA PAKATAN MAHATHIR DAN PEMBENCI 1MDB PUNCA ASET NEGARA DIJUAL



1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

2. Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 50% pengeluar tenaga di Malaysia manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya.

3. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk 'bailout' sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

4. Sebelum ini pengkritik dari Pro-Tun dan pembangkang menyatakan bahawa 1MDB bodoh kerana membeli 'besi buruk' memandangkan kesemua IPP sudah hampir tamat tempoh (expired). Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB. Mangkuk-mangkuk ni nak apa sebenarnya?

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.