Monday, November 23, 2015

GAMBAR OBAMA JUMPA BINATANG BELAAN DI MALAYSIA TERIMA DANA AMERIKA DAN YAHUDI

Bila Najib PM jumpa OBAMA dituduh dia proksi dan buat Malaysia tunduk pada Amerika walhal pertemuan "G to G" amat biasa lagipun Malaysia tuan rumah sidang ASEAN... APA YANG LUAR BIASA adalah apabila OBAMA bertemu "anjing dan babi" belaan Amerika di Malaysia yang terdiri dari NGO dan Pembangkang. Lepas kenyang di suap makan dari dana Yahudi dan Amerika bila TUAN BONEKA datang kenalah menyembah dan kangkang luas-luas...

Nile Bowie
Dakwaan Nile Bowie pada tahun 2013, dalam artikelnya yang bertajuk 'US seeks allied regime in Malaysia as millions funnelled to opposition' bahawa pembangkang di Malaysia dan beberapa NGO seperti Bersih merupakan 'anjing-anjing' tajaan Amerika di Malaysia semakin TERBUKTI BENAR!!!!
 
Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran kali kedua Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia, dan kali kedua pertemuan yang sama berlaku diantara Presiden dari negara Uncle Sam itu dengan NGO-NGO tajaan mereka disamping pertemuan dengan pemimpin pembangkang.
[Gambar Perjumpaan kali pertama pada tahun 2014 di Kuala Lumpur]
Sumber : Kedutaan U.S Kuala Lumpur

Jika pada tahun sebelumnya, 2014, Dr Ahmad Farouk Musa [Vice Chairman of BERSIH 2.0], Zuraida Kamaruddin [PKR], Kamaruddin Jaafar [IKD] kelihatan bersama dalam perbincangan dengan presiden tersebut. Tahun ini kita nampak muka-muka lain seperti Ambiga [Ex-Bar Council President, Bersih De Facto Leader], Cynthia Gabriel [Suaram], Maria Chin Abdullah [Bersih Chairman] dan lain-lain yang tak dapat dikenal pasti.

Edisi terjemahan tulisan Nile Bowie boleh dilayari disini.
 
Perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil telah diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah  Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan tenaganita.
 
Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.
Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.
CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.
 
Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.
 
Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.
 
Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.
 
Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.
 
Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.
 
Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.
 
Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.

MASIH BUTAKAH MATA DAN HATI ANDA DARI MELIHAT GAMBARAN SEBENAR PERMAINAN LICIK PEMBANGKANG YANG DI DALANGI YAHUDI DAN AMERIKA???

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.