berkaitan tuduhan tanah 1MDB dalam artikel sabotaj oleh maha "LUPA" telah dijelaskan mengapa pengambilan murah dan jual mahal ini. Pembelian ini dinilai oleh konsultan bebas dan selaras dengan harga pasaran memandangkan tanah itu "zero" dan byk isu perlu diselesaikan... jual mahal pula sebab dah dibangunkan infra bermacam... takkan itu pun x faham... apalah sangat jika dibandingkan skandal tanah lumba kuda - KLCC yang banyak sisi gelap disorokkan kroni-kroni u... jangan sampai kena bogel...
Sudahlah mahathir cukup-cukuplah... makin byk cakap makin nampak niat, tujuan dan kebobrokan diri tu... zaman maha firaun dah berlalu... biarlah segalanya berjalan dengan hala tuju sendiri kerana kami TAK RELA menjadi BONEKA KAMU LAGI!!!
1. Artikel terbaru yang disiarkan dalam blog Chedet bertajuk "Sabotaj" antara lain menyebut tentang pembelian tanah oleh 1MDB pada harga yang murah dan dijual kembali pada harga yang mahal . Apa yang dinyatakan ini seolah-olah mengimbau kembali peristiwa yang hampir serupa pernah berlaku pada tahun 1989 yang mana pada ketika itu syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang baru ditubuhkan (30 January 1989) telah membeli sebidang tanah milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.
3. Tanah milik STC kemudian dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang kemudiannya membuat permohonan untuk memindah status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Hal ini dilaporkan majalah Far Eastern Economic Review (13/6/91) dan Investor Digest keluaran Julai 1992. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak.
4. Akhbar Straits Times, pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar pada 18 Ogos 1989, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula-mula ditubuhkan. Beliau dikenali sebagai salah seorang sabahat karib kepada Perdana Menteri pada ketika itu , Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negara (1982-1987) dan Petronas.
5. Sehingga pada tahun 1991, nama Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah dari STC pada tahun 1989 . Adakah pembelian 39 hektar tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya bagi menambahkan kekayaan sahabat baik Perdana Menteri pada ketika itu ? Seperti yang dilaporkan akhbar New Straits Times pada 18/6/91 , Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Seri Kuda . Dianggarkan jumlah 51% kepentingan itu adalah sebanyak RM600 juta. Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49% kepentingan dalam KLCC Holdings Bhd dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion .
“MELAYU MUDAH LUPA … “
ARTIKEL ASAL : http://bidaman.blogspot.my/2015/11/sabotaj.html
No comments:
Post a Comment