Monday, November 16, 2015

JUAL ARAK BERLELUASA DAN HALALKAN JUDI TUJUAN DAP KUASAI BANDAR MENERUSI PILIHANRAYA BPT - HADI


SHAH ALAM : Pas memulang semula ‘paku buah keras’ kepada DAP selepas parti itu menuduh Pas mahu melakukan perkara jahat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan menghalang DAP daripada mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bertujuan mahu menyekat Cina menguasai bandar.


“Sebab itu kita (Pas) halang DAP daripada adakan pilihan raya PBT. Niat mereka mahu Cina kuasai bandar tanpa mempedulikan nasib kaum lain, kita tak akan benarkan.


“Jika bandar dikuasai DAP mereka halalkan arak dan judi kepada orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Ahad.
 

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya perlu berada dalam kerajaan negeri Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan ‘dasar yang tidak baik’ kepada rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengusulkan supaya mengkaji pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada diadakan.


“Sewajarnya pilihan raya PBT perlu dikaji berdasarkan sosiologi.


“Bandar mesti dihidupkan secara bersama oleh pelbagai kaum dan bukan terhad kepada orang Cina saja,” jelasnya.


P/S : BILA NAK TAHALUF SIYASI PAS-UMNO KAN LEBIH MUDAH NAK BERHADAPAN ANCAMAN BESAR UMMAH BERDAPAN KAFIR HARBI LAKNATULLAH NI....

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.