Tuesday, October 9, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PAS HIDANG ARAK


PAS sudah boleh bertolak ansur dengan meng"halal"kan hidangan arak pada majlis anjuran mereka. Apa sudah jadi dengan PAS??? inikah rupanya corak pemikiran ISLAM mahzab PAS yang HARAM boleh di"HALAL"kan semata-mata demi mendapatkan kuasa???


Majilis : Jamuan Makan Malam dan Ceramah Pakatan Rakyat Negeri Melaka

Tarikh : 6.10.2012 (sabtu)
Tempat : Taman Paya Mengkuang Kuala Sg Baru, Melaka
Masa : 7.30 malam 
Tetamu : 
1. Yb Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan )
2. Yb Tian Chua ( Ahli Parliman Batu )
3.Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ( Ahli Parlimen Bukit Gantang )
4. Y.B. Tuan Teng Chang Kim (ADUN Sungai Pinang )
5.YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
6. Tn Haji Adly Zahari ( Persuruhjaya Pas Negeri Melaka 
7. Yb Goh Leong San (ADUN Kesidang )
8. Shamsul Iskandar Mohd Akin ( Ketua AMK )



"Screenshot" gambar di atas diambil daripada laman sosial Facebook Pesuruhjaya PAS Melaka. Betullah seperti apa yang disampaikan kepada CTS melalui "Blackberry Messenger (BBM)", parti yang mengaku Parti Islam, PAS PIS PUS telah menganjurkan majlis makan malam dan ceramah dengan dipenuhi dengan minuman-minuman keras. Mana mungkin gambar yang diambil dari Facebook pemimpin PAS sendiri diubahsuai (superimpose). Botol-botol dan tin-tin arak berselerekan di atas kerusi dan meja sedangkan bendera parti Bulan megah berkibar di atas kepala. Pemimpin dan pengikut PAS marah apabila mereka diperli dengan "takebeer!" tapi lihatlah sendiri gelagat dan kelakuan pemimpin PAS Melaka. Demi undi daripada masyarakat Cina Melaka, prinsip perjuangan dan maruah Agama sanggup digadaikan. Tahniah PAS! Takebeer!


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.