Friday, March 14, 2008

‘Saya tidak mahu jadi Senator’ : Pemimpin MIC Yg Sedar

KUALA LUMPUR 12 Mac – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan menerima jawatan Senator bagi membolehkannya dilantik semula sebagai menteri Kabinet dalam kerajaan yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Samy Vellu, beliau menerima secara terbuka kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput serta kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu.

‘‘Saya tidak mahu menjadi Senator atau menteri. Saya mahu menjadikan MIC sebagai sebuah parti yang berwajah baru. Itu fokus saya sekarang,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen tetapi kalah di enam kawasan termasuk di Sungai Siput.

Semalam, sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India di negeri Pahang mahu Samy Vellu dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya kekal dalam Kabinet.

Ketika ditanya mengenai gesaan segelintir pihak yang mahu beliau berundur daripada MIC, Samy Vellu menjawab: ‘‘Mereka yang berkata demikian harus letak jawatan dahulu, mengapa perlu saya berbuat demikian?”

Beliau menambah: “Pihak lain hanya tahu bercakap tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Presiden MIC dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat India.”

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.