Petikan dari sang kelembai:
KUALA LUMPUR 25 Mac “ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.
“Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan)” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini-Utusan Malaysia 26hb Mac 2008.
Jika rakyat kata bahawa “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling bodoh mungkin keterlaluan dan dianggap kasar tetapi apa yang dikatakan oleh dia nampak tidak cerdik dan tidak pandai dan adalah tahap terakhir sebelum dikatakan bodoh, sehingga beberapa SMS yang dikirim dan beredar menyebut dia sebagai Abdullah Bodohwi dan bukan Abdullah Ahmad Badawi.
Kenapa dia tidak dikira sebagai orang bijak dan sebaliknya sudah sampai ke peringkat bodoh dan menunggu masa ke arah dipanggil nyanyuk, kerana berdasarkan kenyataan di atas yang hanya ikut sedap mulutnya. Tidak ke dia selaku Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya yang bertulis:
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam.
Maka untuk tujuan apa Abdullah Hj Ahmad untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong? Sekiranya apa yang berlaku sekarang di Terengganu selepas majlis menghadap itu maka dengan sendiri Yang Di Pertuan Agong sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja kenalah bermesyuarat untuk menggugurkannya.Tetapi Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan dengan dibantu oleh Ayahandanya Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara atau Raja-Raja lain yang berpengalaman kemungkinan Yang Di Pertuan bagi perkenan menghadap kerana membincangkan perkara negeri Terengganu tidak mungkin akan berlaku, kecuali sambil-sambil menghadap dalam soal pentadbiran negara Abdullah Hj Ahmad menyentuh perkara Terengganu kemungkinannya ada tetapi itu pun menjadi satu kesalahan.
Abdullah Hj Ahmad sewajarnya mencari sebab musabab kenapa boleh berlaku insiden yang memalukan ini. Sudah beberapa kali ditulis dalam blog dan laman web oleh mereka yang mempunyai kebebasan akal dan fikiran akan perihal Abdullah Hj Ahmad ini bergantung akal fikiran dari anaknya Kamalludin dan menantunya Khariry Jamalludin. Itu sebab selaku ketua Parti, dia perlu mengambil iktibar bahawa cara menyelesaikan sebarang isu ialah dengan mencari puncanya.Punca di sini ialah tidak dilantik seseorang yang dicadangkan oleh Abdullah Hj Ahmad untuk menjadi Menteri Besar sebaliknya kerana masih lagi hendak bertahan atas nama prinsip, nama yang dicadangkan dikekalkan. Di sebelah Raja dengan kuasa Perlembagaan Undang-undang tubuhnya dia berhak untuk melantik sesiapa yang dipercayai dipersetujui atau disokong oleh ahli Dewan Negeri.
Majlis Pemangku Raja Terengganu yang dipengerusikan oleh seorang yang mempunyai hubungan darah dengan Sultan Mizan dan dibantu oleh orang yang berpengalaman termasuk bekas seorang Hakim, peratus kebodohan memang tidak ada, bila melantik seorang Ahli Dewan Negeri dari UMNO/Barisan Nasional menjadi Menteri Besar.Pelantikan itu menjadi kontroversi bukan soal Perlembagaan seperti yang dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad. Perhatikan senario yang berlaku di Perak dan Perlis. Keduanya ada ketegangan pada awal pelantikan Menteri Besar tetapi berakhir hanya dengan satu perkataan sahaja yang berbunyi “saya sokong”. DAP dan PKR yang kerusi lebih dari PAS yang dilantik menjadi Menteri Besar boleh diterima kerana Menteri Besar dari PAS di sokong oleh kedua parti yang berkenaan.
Begitu juga Dr Mohd Isa Sabu dengan selesa menjadi Menteri Besar Perlis kerana di sokong oleh Shahidan Kassim yang tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar.Eloklah Abdullah Hj Ahmad dari sibuk mempertahankan Idris Jusuh kerana orang yang difikirkan oleh anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bahawa dengan Idris Jusuh maka terjaminlah semua kepentingan perniagaannya di Terengganu khasnya perniagaan Patrick Lim dan Kamulllah Moer Hassan.
Pelantikan Ahmad Said menjadi Isu kerana dia tidak disokong oleh 23 orang Ahli Dewan Negeri yang dikurung oleh Idris Jusoh. Sekarang berpindah randah dari hotel ke hotel. Sewajarnya BPR dari pergi menyiasat Ahmad Said lebih baik pergi menyiasat semenjak isu MB Terengganu ini, hotel-hotel yang mereka tinggal siapa yang membayarnya?Kesimpulannya jelas membuktikan bahawa UMNO ini diperintah oleh orang dan bukannya organisasi atau Parti Politik.
Jika UMNO atau Barisan Nasional yang memerintah maka dia terjadi seperti di Pulau Pinang di tahun 1990 bilamana Gerakan kalah teruk dengan DAP dan kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan, masa itu Perdana Menterinya bernama Dr Mahathir Mohamed menyerahkan juga jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan kerana yang wujud adalah kerajaan Barisan Nasional.Setelah sekian lama hampir lima tahun dan kemudian dalam PRU ke 12 Barisan Nasional kalah, baharulah diterima pembuktian yang tidak boleh dinafikan bahawa di peringkat Kerajaan Persekutuan yang berkuasa dan memerintah bukan UMNO/Barisan Nasional tetapi orangnya bernama Abdullah Hj Ahmad.
Ini berlaku juga di Terengganu jika yang memerintah UMNO/Barisan Nasional sudah pasti mereka menerima Ahmad Said menjadi Menteri Besarnya tetapi kerana yang memerintahnya Idris Jusuh maka inilah isunya yang diseret Perlembagaan undang-undang tubuh negeri Terengganu.
Sang Kelembai: Bila dengar kisah Idris Jusuh mengurung atau menyimpan 23 ADUN Terengganu, teringat akan kisah Tun Mustapha Harun menyimpan ADUN USNO di Sabah, di Kuala Lumpur 32 tahun dahulu yang berkesudahan akhirnya setengahnya lompat juga ke Berjaya. Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Thursday, March 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment