Monday, March 10, 2008

Persepsi Sebenar PRU12

PM Yakin BN Mampu Peroleh Majoriti Dua PertigaKEPALA BATAS, 8 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini yakin Barisan Nasional mampu memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum kali ini.-- BERNAMAhttp://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319257
Posted by kudakepang at 3:04 PM 0 comments Links to this post

Suasana Pengundian Penuh Seribu Satu KemungkinanDi bawah ini adalah beberapa berita ringkas yang saya petik daripada Bernama dan juga berasaskan SMS serta panggilan telefon dari sahabat-sahabat saya yang berada di beberapa kawasan mengundi di seluruh negara.

Menurut Bernama, setakat jam 1.00 tengahari, dan Datin Seri Jeanne Abdullah telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pula mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang.

KEPALA BATAS:
Pada jam 12.00 tenghari ada buletin ringkas radio menyiarkan kenyataan pengarah pilihan raya Kepala Batas merayu pengundi keluar mengundi. Katanya, setakat tempoh itu baru 27 peratus pengundi keluar mengundi di Kepala Batas. Kenapa begitu keadaannya?

JERLUN:
Seorang petugas Datuk Mokhriz Mahathir menelefon saya bahawa keadaan di Jerlun agak muram. Tetapi, Mokhriz mempunyai harapan menang. Katanya, malam tadi terdapat beberapa kumpulan individu yang datang dengan kereta bernombor plet Kuala Lumpur, menabur duit supaya pengundi tidak memilih Mukhriz.

PERMATANG PAUH:
Seorang sahabat yang meninjau Parlimen Permatang Pauh mengirimkan SMS. Katanya, jentera BN seolah-olah ditenggelami jentera PKR yang kelihatan di mana-mana.

KULIM BANDAR BAHARU:
MS dari Kulim Bandar Baharu pula menyatakan keadaan di sana kelihatan memihak kepada PKR

WANGSA MAJU:
SMS dari Wangsa Maju menyatakan bahawa keadaan di sana setakat jam 1.00 juga menunjukkan memihak kepada PKR.

REMBAU:
Bernama menyiarkan berita bahawa Khairy Jamaluddin mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kampung Gadong, Kota. Satu SMS dari Rembau pula menyatakan bahawa sumber-sumber yang tidak rasmi menegaskan sejak malam tadi keadaan dikatakan 65 peratus memihak kepada PKR.

PARIT SULONG:
Proses pengundian di sini lancar. Bagaimanapun, sesetengah kalangan khuatir segolongan warga BN memainkan strategi 1:0 iaitu mereka undi BN untuk kerusi Parlimen dan undi pembangkang untuk kerusi DUN.

MARANG:
Satu SMS dari DUN Rusila, Terengganu, menyatakan bahawa keadaan di sana agak tegang. Anak Datuk Seri Hadi Awang diberitakan telah ditahan polis. Pihak FRU dikatakan telah melepaskan 50 bedilan gas pemedih mata akibat kekecohan. Ini menyebabkan sesetengah rakyat takut untuk keluar mengundi.Blog ini akan cuba mengemaskini berita-berita di atas dari semasa ke semasa. – Ruhanie Ahmad

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.