Friday, March 14, 2008

Anwar Dan NED

Baru-baru ini kita telah membaca sebuah rencana hujung minggu tulisan Zin Mahmud, berkaitan dengan hubungan erat bekas pemimpin tertinggi negara yang dipecat dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.Buat pengetahuan pembaca juga yang belum membaca mengenai Paul Wolfowitz ini, beliau adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan regim Yahudi di Palestin. Wolfowitz adalah merupakan salah seorang tokoh yang dibentuk daripada gerakan Yahudi ‘The Jewish Institute for National Security Affairs’ (JINSA), dan telah dilihat sebagai salah seorang yang bertanggungjawab sebagai pencetus perang dan malapetaka politik di Iraq pada tahun 2003, selain arkitek perang di Afghanistan.

Dijelaskan juga bahawasanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan Utusan 19 Mei 2007, “Saya mengaku pernah bertemu dengan Wolfowitz di Jerman selepas saya keluar dari penjara tetapi pada pertemuan itu saya mengatakan kepadanya Amerika Syarikat (AS) perlu keluar dari Iraq."

Apakah benar beliau hanya berjumpa Wolfowitz itu sekali? Ataupun mungkin juga dua tiga kali sebelum dan sesudah itu? Ataupun selalu berjumpa dengannya terutama ketika sebelum,semasa dan selepas memegang kuasa dalam kerajaan? Apakah tidak mungkin ada atau wujudnya agenda-agenda yang terselindung di sebalik pertemuan-pertemuan tersebut?

Dijelaskan di dalam rencana itu juga, kaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shaha (teman wanita Wolfowitz) dan Biro Hal Ehwal Timur Dekat yang membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean. "…Dalam perkara ini, Shaha bertanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut. Yayasan itu dinamakan ‘Foundation for the Future’, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Manakala organisasi yang bernama, ‘National Endowment for Democracy’ (NED), yang telah ditubuhkan pada tahun 1983, pada zaman pentadbiran Ronald Reagan,adalah merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang bebas dan bukan bermatlamatkan keuntungan, berperanan membantu menguruskan institusi demokrasi menerusi badan-badan bukan kerajaan yang ada di serata dunia. Pentadbiran Reagan pada ketika itu telah meluluskan peruntukan sebanyak USD 65 juta untuk tujuan promosi demokrasi Amerika ke seluruh dunia menerusi NED ini. Carl Gershman adalah seorang yang berbangsa Yahudi, yang telah menjadi Presiden kepada badan ini sejak April 1984.

Secara kesimpulannya, di dalam pertubuhan NED ini mempunyai ramai lagi tokoh Yahudi yang berselindung di dalam perjuangan demokrasi, tetapi matlamat utama mereka adalah melindungi segala kepentingan Yahudi di serata dunia dan menganggu-gugat ketenteraman dunia-dunia Islam dengan ‘misi demokrasi’ mereka yang tidak pernah kunjung reda, dengan harapan dunia Islam menjadi kucar-kacir dan huru-hara, supaya mudah mereka menakluki ekonomi dan pentadbiran negara-negara tersebut terutamanya negara-negara Islam.
Di dalam laman web GERAK yang dipimpin oleh Saudara Ezzam, anak didik Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada capaian kepada USAID, sebuah pertubuhan yang sama seperti NED tetapi berselindung di bawah program bantuan kemanusiaan.

Harus diingatkan di sini bahawasanya, oleh kerana laporan sebuah laman web menyebabkan bekas ketua sebuah agensi kerajaan disiasat kerana kemungkinan salah guna kuasa, bagaimana pula laporan rencana mengenai bekas pemimpin negara dan partinya yang mungkin menjual kepentingan negara?Apakah tiada tindakan diambil lantaran takut dengan ’suara demokrasi sumbang’ yang dilaungkan?

Lantaran itu, saya sangat menyokong kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin, supaya sahabat baik kepada arkitek perang terhadap Afghanistan dan Iraq ini, menjelaskan hal tersebut dengan terperinci, kerana kita khuatir dan sangat mengambil berat andai ada pengkhianat yang cuba menjual kepentingan negara dan bangsanya sendiri.

Tambahan pula kita rakyat Malaysia, sangat tidak selesa terhadap orang dalam negara ini, yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang terbabit dalam skandal dan salah guna kuasa serta perang di Asia Barat. Berkata benarlah walaupun pahit.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.