Thursday, March 27, 2008

Kemelut Kepimpinan Perlis: Satu Lagi Sebab Mengapa Paklah Perlu Berundur

Perlantikan orang kuat Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis menimbulkan tanda tanya tentang siapa yang berkuasa dalam UMNO? Shahidan telah dipersetujui sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya sebagai Menteri Besar Perlis. Pak Lah sudah mengeluarkan watikah. Mengapa boleh berubah?Semua orang perlis tahu Md Isa Sabu adalah hulubalang setia Radzi. Kata pemimpin UMNO Perlis, kalau toreh tangan Md Isa ini, darah yang keluar pun pasti akan tertulis radzi!radzi!radzi.

Mungkin siapa yang berkuasa dalam UMNO ialah pertanyaan terbaik sekarang. Sudah lama kedengaran jika pentadbiran negara menjadi alat percaturan penasihat-penasihat bernama Khairy Jamluddin, Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Kamarulzaman (TV3), Datuk Annuar Zaini (Bernama) dan Datuk Kalimullah Hassan Mesrul (NSTP); maka Radzi Sheikh Ahmad, Muhd Taib dan Bg. Jen (Bersara) Husaini menguasai UMNO.Mereka tidak dipilih secara demokratik oleh ahli parti. Berbeza zaman Tun Mahathir yang mana jawatan-jawatan lantikan hanya bertanggungjawab melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO, hari ini jawatan lantikan seperti Setiausaha Agung UMNO, Ketua Penerangan UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO sudah menjadi pencatur politik UMNO seluruh negara.

UMNO sudah tenat kerana hak demokrasi ahli tidak diiktiraf oleh Pak Lah. Ketua Bahagian dibuang sesuka hati (Ibrahim Ali), digantung tidak bertali ahli MT (Zaid Ibrahim), dihina secara terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO (Shahidan Kassim) dan ada ahli MT (Khir Toyo) diserang bertubi-tubi oleh media massa (kerana dilihat bakal menjadi ancaman kepada kerjaya politik Khairy) sehingga tumbang negerinya.Setelah kalah banyak dalam pilihan raya, hilang majoriti dua pertiga, gagal mengawal politiking dalam parti akibat pegawai yang dilantik oleh beliau sendiri, tertangguhnya perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, keputusan flip flop dalam perlantikan Menteri Besar Perlis; masih layakkah Pak Lah menjadi pemimpin UMNO?

Mahukah kita tunggu UMNO kalah secara pukulan KO baru mahu menukar Abdullah? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin tidak menghormati keputrusan akar umbi dan ahli? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika pemimpin sewenang-wenangnya memecah belahkan parti, menghina pemimpin terdahulu? Apa erti kesetiaan kepada pemimpin jika dasar, polisi dan peribadi beliau sudah ditolak oleh akar umbi dan rakyat Malaysia?Apakah kita mahu menunggu sehingga rakyat menolak UMNO dan BN secara total sebelum melakukan perubahan?Menyokong Datuk Seri Shahidan Kassim

Cukuplah Pak Lah! Penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Isa Samad, Datuk Zaid Ibrahim, dan terbaru Datuk Seri Shahidan Kassim. Tidak lama lagi mungkin Datuk Seri Idris JUsoh pula.

Cukuplah! Ketika laman ini mendedahkan betapa UMNO sedang diancam oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan "coup de tat." Pak Lah terus memecah belahkan UMNO dengan politiking belakang tabir oleh beliau, Khairy dan Radzi. Cukuplah ahli UMNO semua. Terimalah hakikat bahawa keadaan sudah genting dan Pak Lah tidak menunjukkan tanda untuk berubah atau mengukuhkan parti. Sebaliknya ia hanya membenarkan parti terus menjadi huru hara, DEB diperlekehkan dan parti komponen kehilangan kerusi.

Perlakuan Pak Lah dan Radzi Sheikh Ahmad (kedua-duanya punca antara punca UMNO diharamkan pada 1988) terhadap Datuk Seri Shahidan Kassim adalah satu penghinaan kepada Majlis Tertinggi UMNO, UMNO Perlis dan ahli UMNO sendiri.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.