Semakin kuat dan semakin jelas suara-suara yang mahukan Pak Lah letak jawatan. Suara reformasi dalam UMNO semakin kuat kedengaran. UMNO sudah mula sedar akan ketirisan pegangan kuasa yang ada pada mereka. Tuntutan perubahan dijangka dapat mengendurkan keadaan dalam UMNO khususnya apabila kabinet di umumkan. Namun malang kabinet yang di umumkan tidak melambangkan perubahan yang mampu membuat UMNO diterima semula, tidak dalam masa yang terdekat ini. Perubahan drastik perlu dan perubahan drastik ini nampaknya semakin mengisyaratkan agar Pak Lah LETAK JAWATAN.
Keadaan politik semakin meruncing. Barisan Nasional yang memegang kerajaan sekarang ini tidak menyeluruh. Kuasa yang tidak lengkap dan negeri-negeri yang berpotensi berada di bawah pegangan Barisan Rakyat menyulitkan pentadbiran. Moralnya Barisan Nasional dan UMNO sudah tewas dan diambang kemelut besar. Malah kedudukan ini lebih menyulitkan bila rakyat di uar-uarkan bahawa terdapat lebih dari 30 ahli parlimen akan melompat masuk ke Barisan Rakyat. Satu jumlah yang mampu mengubah kerajaan memerintah dari Barisan Nasional ke Barisan Rakyat. UMNO mungkin akan terus mengalami saat merudumnya.
Berita peralihan sokongan ini semakin kuat kedengaran. Berita mengenai semakin jelas Anwar Ibrahim akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri sudah berkumandang. Betul atau tidak, masih terlalu awal untuk kita ketahui tetapi berita seperti ini memberi “advantage” kepada Barisan Rakyat. Benar atau tidak, usaha Barisan Nasional khususnya UMNO perlu dilipat gandakan untuk menuntut perubahan dalaman. UMNO khususnya perlu melakukan reformasi dalaman atau akan berdepan dengan keadaan yang semakin kritikal. Setakat hari ini, UMNO khususnya masih lena. Masih seperti dahulu dengan pendekatan-pendekatan ortodoks.
Reformasi dalam UMNO perlu dan laman ini sendiri di bentuk untuk menuntut perubahan dalam UMNO. Selagi reformasi menyeluruh ini tidak berlaku, selagi itulah Barisan Nasional dan UMNO khususnya akan tertinggal dan terus tidak relevan. Hari ini liabiliti dalam UMNO perlu dikurangkan dan pengurangan ini memerlukan pengorbanan besar. Mungkin tidak sampai kepada Pak Lah suara-suara sebenar dalam UMNO tetapi suara rakyat sudah menghukum Barisan Nasional dan UMNO. Ini berlaku di bawah kepimpinan Pak Lah.
Justeru itu Pak Lah mungkin sedar bahawa perubahan ini mungkin melibatkan pengunduran beliau. Sudah sampai keadaan bila ahli UMNO perlu memilih, Selamatkan Pak Lah – hancur UMNO atau korbankan Pak Lah – memberi sedikit nafas untuk UMNO. Mungkin inilah pilihan yang ada pada ahli UMNO sekarang ini. Tepuk dada tanya selera.
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment