Sudah tentu ramai orang teruja bila membaca laporan bahawa, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaman Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana mendakwa beliau pengkhianat orang melayu dan agen Amerika Syarikat. Jika benar Anwar menyaman Khairy maka pasti kita akan meliaht satu lagi perbicaraan sensasi dan berprofail tinggi. Namun, apa pun kata-kata atau tindakan Anwar ke atas kenyataan Khairy, ia tidak menafikan realiti dan fakta yang muncul sepanjang kerjaya politik Anwar. Pengkhianat Orang Melayu Apakah Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak? Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990.
Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan. Mengapa Anwar gagal meningkatkan ekuiti Bumiputera sedangkan pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan begitu banyak syarikat swasta, mahu pun yang berkaitan kerajaan, disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)? Bukankah Anwar memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 dengan politik wang dan politik "pink form" Kementerian Kewangan? Bukankah Ezam dan Azmin menjadi pengedar "pink form" nombor wahid di seluruh negara? (Pink Form ialah borang pengagihan saham syarikat yang bakal disenaraikan di BSKL atas kuota Bumiputera).
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai penerima kontrak dan agihan saham sebagai membuktikan ramai orang Melayu, bukan orang tertentu atau kroni sahaja, yang menerima kontrak dan agihan saham. Malangnya Anwar yang melaungkan ketelusan dan menolak kronisme dalam sidang IMF di Hong Kong pada tahun yang sama diam membisu seribu bahasa mengenai senarai Kementerian Kewangan di bawah pimpinannya. Mengapa? Apakah gagalnya pemilikan ekuiti Melayu dalam syarikat di BSKL kerana anwar mengamalkan konsep seperti dalam IOI Berhad di mana bapanya menjadi pengerusi tetapi saham-saham dimiliki oleh bukan Melayu? Jika polisi DEB dalam sektor pendidikan berjaya melahirkan ratusan ribu profesional Melayu pada 1990-an di bawah beberapa Menteri Pendidikan termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Anwar gagal di Kementerian Kewangan? Apakah salah UMNO jika kementerian lain bawah UMNO dapat menjayakan polisi DEB tetapi Anwar gagal?
Hari ini, Anwar ke hulu ke hilir mendakwa DEB gagal kerana UMNO hanya mementingkan kroni dan orang tertentu. Soalnya siapakah dalam UMNO yang menggagalkan pemilikan ekuiti orang Melayu ini? Hari ini, bila dipecat dari UMNO atas salah laku seks dan pecah amanah, Anwar menggesa supaya semua isu-isu orang Melayu dalam DEB dihapuskan keranan kononya disalah guna oleh UMNO. Berdasarkan fakta tadi, apakah bukan terbukti Anwar pengkhianat orang Melayu? Satu masa dahulu beliau mengkhianati amanah membangunkan kekuatan ekonomi orang Melayu yang diberikan oleh Perdana Menteri dan UMNO. Hari ini beliau menyalahkan orang lain atas kegagalan tersebut dan menyarankan DEB dihapuskan terus. Kalau bukan pengkhianat apa namanya pemimpin jenis ini?
Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dan Yahudi bukanlah difahami dalam konteks ejen perisikan seperti CIA. Sebaliknya Anwar dilihat ejen agenda Amerika Syarikat dan Yahudi di negara ini. Bukti yang jelas ialah pembabitan serius Anwar dengan Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) yang direncanakan oleh Paul Wolfowitz untuk menyebarkan fahaman dan ideologi Amerika Syarikat di kalangan negara Arab dan negara Islam lain. Selain itu, Anwar tidak dapat memisahkan diri dengan Institut Kajian dasar (IKD). IKD merupakan think tank Anwar sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Apabila Anwar dipecat, IKD di bawah Khalid Jaafar turut menentang kerajaan dan UMNO. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. Sumbangan kepada IKD oleh organisasi Yahudi ini bukan sahaja selepasAnwar dipecat, malah ketika penubuhannya pun (Anwar ketika itu merupakan "putera mahkota UMNO") IKD menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF). KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Pada 1997, apabila berlaku krisis ekonomi Asia akibat kejatuhan matawang, Anwar melaungkan mantera Amerika Syarikat dan Yahudi mengenai nepotisme dan kronisme sebagai punca keruntuhan ekonomi Asia.
Lebih menarik, Anwar meletakkan semua kesalahan itu atas Dr. Mahathir Mohamad, sedangkan ketika itu, kroni-kroni Anwarlah yang paling hebat dan gagah mengaut projek-projek negara. Bagi melaksanakan mantera Amerika dan Yahudi ini, Anwar membuat ucapan yang bertentangan dengan ucapan dr. Mahathir di Forum Ekonomi Dunia 1997 di Hong Kong. Dalam negara pula, Anwar menggunakan Ahmad Nazri Abdullah (ketika itu Ketua Pengarang Berita Harian), Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Rustam A. Sani, kolumnis tamu Utusan 'belaan' Anwar. Rustam ketika itu menulis dalam Utusan Malaysia menyindir Dr. Mahathir ketika itu sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mengkritik spekulator matawang.
Hubungan rapat Anwar dengan Tabung Mata Wang Antarabngsa (IMF) dan Menteri Kanan Clinton yang berbangsa Yahudi termasuk William Cohen dan Madeline Albright telah mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. Anwar sebagai Menteri Kewangan menaikkan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Faedah Kad Kredit dengan begitu tinggi mengikut formula IMF. Anwar juga dan menyingkatkan tempoh hutang lapuk dan cuba menghapuskan beberapa subsidi. Ini menyebabkan ramai orang hampir muflis, gulung tikar dan hutang meningkat secara mendadak. Kadar inflasi meningkat, kuasa beli menurun dan pengangguran kian bertambah. Tindakan-tindakan ini tidak lain dan tidak bukan digerakkan oleh Anwar atas sokong pemimpin tertentu di Amerika Syarikat yang mahu melihat perubahan kepimpinan di Asia yang gagal mereka kuasai sepenuhnya seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Bukankah ketika itu Anwar juga bekerjasama dengan Amin Rais seorang tali barut Amerika di Indonesia. Bukankah Amin Rais ketika riuh rendah reformasi di Indonesia dan Malaysia tengah gawat ekonomi, pernah berkata kepada Anwar bahawa "inilah masa terbaik untuk mengambil alih kepimpinan." Anwar mungkin bukan ejen US seperti perisikan Yahudi. Namun tidak dinafikan bahawa banyak contoh yang menunjukkan hubungan Anwar dengan US lebih daripada hubungan diplomatik atau sahabat biasa.
Berapa ramai bukan pemimpin nombor satu negara asing menerima sambutan karpet merah dan tembakan meriam di Washington DC seperti anwar perolehi? Berapa ramai tokoh poltik yang bersalah atas tuduhan pecah amanah, penyelewengan kuasa dibela oleh pemimpin tertinggi US?
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
1 comment:
Dsai talibarut Amerika.....?? Obama dapat carpet merah ni kau kategori kan ape pulak..??...siap bermalam kat kL nie....??
Post a Comment