Friday, March 14, 2008

Pak Lah Apa Cerita??? Presiden UMNO syok sendiri...

Saya tidak akan letak jawatan - Abdullah09/03/2008 6:54pm

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan. — BERNAMA.

PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan

Oleh Zulkiflee Bakar, Fauziah Arof dan Helmi Mohd. Foad

SOKONGAN... Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.
Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.
“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.

Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

‘‘Kehadiran saudara-saudari memberikan saya semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini kerana agenda kita belum habis lagi. Saya hendak pastikan rakyat bahagia dalam negara kita ini,” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi BN itu meminta ahli-ahli komponen parti berkenaan tetap teguh, kuat dan terus bersemangat serta menyokong parti berkenaan.

‘‘Terima kasih dengan sokongan yang diberikan kepada saya dan saya tidak akan mengecewakan saudara-saudari semua.

“Saya mahu saudara-saudari sekalian menjadi tenaga untuk perpaduan, tenaga untuk menyatukan ahli-ahli dalam parti kita, tenaga untuk memberi kekuatan.

“Ia akan menjadi tenaga untuk segala perjuangan dan usaha-usaha kita bagi membolehkan parti kita lebih teguh dan menjadikan kerajaan kita lebih berjaya pada masa depan dengan melaksanakan apa yang terbaik,” katanya.

Abdullah kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan melaungkan slogan Hidup UMNO! Hidup Barisan! dan bersama-sama hadirin menyanyikan lagu Barisan Kita serta membaca surah Al-Fatihah.

Di Kuala Lumpur sebelum itu, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Jalan Tun Razak bagi membincangkan usaha membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Kehilangan

Kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri menjadi bualan apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga selepas hanya mampu memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.

Malah, parti komponen itu turut kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor serta gagal merampas Kelantan.

Keseluruhannya BN kehilangan 58 kerusi Parlimen kepada parti pembangkang berbanding keputusan pilihan raya umum 2004. Pada tahun itu, BN menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Beberapa menteri kanan Abdullah turut kecundang dalam pilihan raya 2008 yang dianggap paling buruk dalam sejarah BN sejak 1969 dan disifatkan sebagai tsunami politik.

Mereka yang tewas ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin. Turut tewas ialah 10 timbalan menteri.

Di Pulau Pinang, BN bukan sahaja gagal mempertahankan negeri itu malah Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut kecundang di Parlimen Batu Kawan.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.