Friday, March 14, 2008

Kuasa Politik Melayu Islam: Menang Sorak Kampung Tergadai

Hanya selepas keputusan rasmi satu demi satu keluar, sebahagian besar orang Melayu Islam akhirnya baru terpana, sesetengahnya ada yg masih sakan gembira kepuasan.

Dalam pada keghairahan sesetengah kita (Pas & PKR) meraikan 'kejayaan' menumbangkan UMNO dan BN di 5 negeri dan merayakan 'kejayaan' meleburkan penguasaan 2/3 kerusi parlimen BN di Dewan Rakyat, kini jauh disudut hati ramai kalangan penyokong Pas, PKR dan UMNO yg berketurunan Melayu, beragama Islam dan bergelar Bumiputera mula terdetik keraguan, bimbang, menyesal, kesal malah berkecamuk dengan seribu satu perasaan yg sukar digambarkan dengan tepat.

Pada malam keputusan PRU12 diumumkan satu demi satu, penulis bersama abang ipar, bapa saudara dan 3 orang lagi rakan sedang menonton TV3 disebuah gerai makan di Besut (berhampiran rumah nenek isteri penulis) menanti keputusan penuh pilihanraya. Setiap kali keputusan memihak kepada Pas, PKR atau DAP mereka berlima bersorak gembira, manakala penulis hanya tersenyum sambil memberi komen-komen hambar.

Bila keputusan satu demi satu ada yg memihak kepada UMNO/BN, mereka mula menghentam dan mengkritik SPR dan UMNO, tatkala keputusan tidak rasmi tersebar melalui SMS bahawa UMNO/BN kekal di Terengganu mereka makin hangat mencela Idris Jusoh, UMNO dan SPR sebagai pembela pengundi hantu. Itu antara suasana yg masih lekat dalam ingatan penulis.
Apabila keputusan mula menunjukkan DAP hampir pasti memerintah Pulau Penang, Pas menang satu demi satu dan pasti memerintah kembali Kelantan, PKR, DAP dan Pas menang kian banyak kerusi di Perak, Selangor, Pahang dan Kedah, suasana bertukar hangat dengan sorakan gembira ditambah pula pengunjung pro Pas & PKR makin bertambah hampir 10 orang.
Tatkala keputusan kian pasti memihak kepada DAP dan PKR di Penang, sama ada secara sedar atau tidak, penulis tiba-tiba menyebut "kafir harbi"... Tidak pasti terlampau kuat atau perlahan, tetapi suasana yg kecoh ketika itu tiba-tiba senyap sunyi hanya suara TV sahaja yg kedengaran.
Pada masa itu, penulis seakan kembali sedar bila abang ipar dan bapa saudara mencuit tangan penulis. Paling ke kanan, ke kiri, baru penulis sedari semua mata memandang penulis mungkin dengan seribu tanda tanya, marah atau geram kerana penulis mengganggu mood mereka.

Kemudian seingat penulis, 2 atau mungkin 3 orang dari pengunjung di situ mula bersuara seakan tidak berpuas hati... manakala abang ipar penulis bersama seorang rakan bertanya apa yg kafir harbi tu?.. Selang sekitar 1 atau 2 minit, penulis hanya diam membisu, tetapi penulis akui dapat rasakan banyak mata masih memandang mahukan penjelasan walaupun penulis cuba mengawal diri dari meluahkan kerisauan disudut hati dengan cuba membaca keputusan PRU di kaca TV3.

Barangkali, kerana tidak tahan menanti, seorang pakcik datang menepuk bahu penulis dan bertanya siapa "kafir harbi.. siapa kafir harbi"... diikuti beberapa kenalan, pengunjung lain menghampiri mengulangi soalan yg hampir sama.. "siapa kafir harbi,.. apa benda kafir harbi..."
Bapa saudara penulis mencuit kaki penulis dengan hujung kakinya dan bersuara,.. "tu orang tanya tu, jawab la"... Memang berasa sedikit kesal dalam hati kerana seolah-olah dipandang cuba mencemari saat gembira mereka ketika tu. Terasa macam nak ditampar-tampar mulut dan kepala ketika itu.. Entah la..

Penulis akhirnya cuba menyusun kata-kata sebaik dan sesopan mungkin utk mengelakkan abang ipar, bapa saudara dan rakan serta pengunjung-pengunjung di situ dari terasa hati atau mungkin menemplek kembali penulis. Antara yg masih penulis ingat kata-kata yg rasanya ringkas yg keluar dari mulut penulis ketika itu lebihkurang begini, "DAP... kafir harbi pegang Perak, Selangor, Pulau Pinang.. Kafir Harbi... Habis la masa depan kuasa politik orang Melayu sana.. Kerusi demo tu banyak dari PKR dengan Pas.. Habis la..."

Masa itu juga, Pakcik yg menepuk bahu penulis bersuara mungkin membalas balik kata-kata penulis, katanya seakan begini,.. "tu Cina MCA, Gerakan pun kafir, UMNO duk saing (berkawan) jugak"...

Penulis hanya mampu membalas dengan nada perlahan, rasanya jelas pada pendengaran orang lain ketika itu.. "Kafir Zimmi tak pertikai hak orang Islam... ada beza dengan DAP si kafir Harbi suka perlekehkan kemampuan dengan hak orang Melayu Islam"... "Pas menang, PKR menang,.. tapi akhirnya bekerjasama dengan kafir harbi utk bantu tubuh kerajaan DAP di Pulau Pinang"... (masa itu keputusan penuh belum keluar lagi utk Selangor dan Perak)...

Ketika itulah, mula kedengaran suara-suara lain,... "kesian orang Melayu Penang"... "Apa jadi nasib demo tu"... "Kita dah tolong hancurkan lagi orang Melayu di Penang"... "ni 2x5 la, dulu kata Penang UMNO serah ko Cina, lo ni Anwar, Pas serah ko Cina juga, lagi teruk dari Cina MCA"...
Selepas itu, masing-masing bersosek-sosek sama sendiri di meja masing-masing, manakala abang ipar penulis hanya geleng kepala, bapa saudara hisap rokok sambil hembus dan mengeluh, ketika tu jugak sekumpulan anak mudan jentera UMNO berkonvoi meraikan kejayaan UMNO/BN sambil membunyikan hon dan berselang seli laungan "Hidup UMNO, Hidup Melayu".. Selang beberapa ketika (mungkin 5 minit) kelihatan beberapa anak muda bermotosikal dari arah bertentangan berkonvoi membawa bendera Pas dan PKR, kedengaran pekikan, "UMNO kalah di Pulau Pinang, UMNO kalah banyak di Perak"... "padan muka UMNO"...

Dalam suasana diam dan sepi selepas beberapa saat konvoi Pas hilang, seseorang di 2 meja berselang dari meja penulis bersuara,.. "kita menang... menang sorak jah, DAP juga menang besar"...

Selepas itu penulis meminta diri, beberapa pengunjung dan rakan juga beransur angkat punggung... abang ipar dan bapa saudara penulis masih lagi menonton bersama 2, 3 pengunjung lain.

Esoknya selepas subuh, ketika minum kopi di ruang tamu, abang ipar bersuara, "Selangor pun lingkup"... Penulis hanya mampu mengeleng kepala... Memang parah.. itu saja yg terdetik dalam kepala penulis ketika itu..

Selang beberapa ketika bila penulis masih senyap tak bersuara, abang ipar berkata lagi.. "DAP menang besar juga sana... Nampak gaya betul mung kata PKR, Pas tolong kafir harbi, beraya sakan demo tu".. Penulis hanya mampu senyum tawar... Tiada guna marah atau kesal dengan gelagat emosi orang Melayu.

(nota: utk makluman, dialog atau kata-kata yg penulis tulis tersebut, kebanyakkannya diungkap dalam dialek kelantan kerana masyarakat di Besut kebanyakkannya bercakap dalam dialek yg hampir sama dengan orang Kelantan dan mempunyai pertalian saudara yg rapat antara satu sama lain. Tidak semua kata-kata yg ditulis tersebut 100% sama, penulis hanya menulis berdasarkan ingatan penulis, mungkin ada yg penulis tersilap dengar atau lupa, harap maklum)
Teringat penulis sehari sebelum pengundian ketika seharian berjalan-jalan di Bilik Gerakan BN di Kota Bharu, Ketereh, Pasir Puteh dan Jerteh, rata-rata rakan-rakan penulis yg bertugas di sana, secara sosek-sosek mengakui mereka akan undi Pas atau PKR untuk protes Pak Lah dan Khairi habis-habisan kali ini, asasnya kerana nak perbetulkan UMNO, nak baiki supaya UMNO sedar supaya kejutkan Pak Lah jangan terikut nasihat Khairi.. Isu kenaikan mendadak harga minyak 60sen dalam masa setahun dan kenaikan harga barang turut dijadikan asas protes.
Ketika itu penulis hanya mampu mengulangi kata-kata, "jangan bakar kelambu, jangan ikut emosi yg rugi kita orang Melayu"... Tapi, penulis teruk dihentam sehingga satu peringkat di Ketereh misalnya, 5 orang ahli/penyokong UMNO di Bilik Gerakan UMNO berselang seli mengeluarkan hujah kenapa penulis berpihak kepada Pak Lah sedangkan Pak Lah dan Khairi sedang merosakkan perjuangan UMNO.. Penulis ketika itu terpaksa meninggikan suara utk menjelaskan bahawa penulis sama sekali tidak menyokong Pak Lah mahupun Khairi, tetapi penulis juga sama sekali tidak sanggup membantu usaha Pas, PKR dan DAP menghancurkan kuasa politik Melayu Islam yg dimiliki UMNO.

Jika penulis turut serta mengundi pembangkang seperti mereka, bermakna penulis turut meletakkan saham dalam meranapkan kuasa politik Melayu yg dipegang UMNO. Itu pandangan penulis,.. sampai kini penulis sukar menerima hakikat, ramai kalangan ahli dan penyokong setia UMNO lebih sanggup korbankan UMNO secara keseluruhannya demi menyatakan protes pada Pak Lah dan Khairi.

Sukar diakui, namun.. setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.. Mujur barangkali UMNO dan BN masih menguasai sebahagian besar Kerajaan Negeri dan turut kekal memerintah Malaysia... Moga-moga ada kalangan kita di peringkat atas pimpinan UMNO mampu menterjemahkan signal yg terbit dari keputusan PRU12 kali ini utk memperbetulkan kembali UMNO. Ibarat menelan ubat yang pahit namun baik utk melegakan kesihatan. Tolong sampaikan suara hati rakyat ini kepada Pak Lah dan MT UMNO. Kita harus bersyukur ke hadrat Illahi, kerana kuasaNya lah maka undi protes kali ini walaupun memberi kesan besar dengan kehilangan 5 negeri ke tangan pembangkang, namun Allah s.w.t Maha Kuasa dan Bijaksana bilamana tidak menyeluruhkan kesepakatan undi protes kali ini.. Jika tidak keranaNya maka hanyut dan hancur dan karamlah bahtera UMNO dan BN dilautan politik Malaysia utk selamanya...

Diharapkan kali ini, dengan penuh keinsafan dan kesedaran, penyokong, ahli dan pendokong setia UMNO dapat kembali bersatu tenaga dan fikiran, setidak-tidaknya utk memberi tekanan dan gesaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Pusat dan Pemuda, supaya Pak Lah terbuka hati utk berundur. Tiba masa untuk Pak Lah letak jawatan, tiba masa untuk undi tidak percaya kepada Khairi, tiba masa untuk perbetulkan kembali UMNO ke landasan yg sepatutnya.
Mudah-mudahan, Dato' Seri Najib, jika ada hikmah dan baiknya naik menjadi Pemangku kemudian Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kelak, akan mampu mengembalikan semula sokongan jitu utk UMNO dan BN.

Moga apa yg terjadi alam PRU12 ini menjadi sempadan utk semua, emosi kita biar bertempat, jangan menang sorak kampung tergadai.
Salam Perjuangan Untuk Semua Ahli dan Penyokong UMNO.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.