Thursday, March 13, 2008

Barisan Nasional KEGAGALAN moral


Pak Lah perlu lepaskan jawatan Perdana Menteri


Suara rakyat sudah mula kedengaran - Kedudukan BN parah dan secara relatifnya Barisan Nasional dan parti dominannya UMNO sudah tewas. Ah ..ha tak tahu, apa yang Pak Lah dah buat pada Barisan Nasional dan UMNO. Keputusan buruk ini hanya menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pak Lah. Ini mungkin berpunca dengan harapan yang terlalu tinggi diletakkan oleh rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional sewaktu Pak Lah melangkah masuk menjadi Perdana Menteri tetapi keputusannya hambar.

Hari ini rakyat menyuarakan haknya. Suara kritikan yang sebelum ini tidak mahu beliau didengari kini diterjemahkan kepada keputusan untuk mencubit kerajaan Barisan Nasional dengan keputusan pilihan raya yang memalukan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang setakat penulisan artikel ini, telah rebah kepada pembangkang. Negeri lain yang bakal menyusur adalah Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Ini jelas menunjukkan Barisan Nasional GAGAL dan kegagalan ini seharusnya di pikul oleh Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Lebih dari itu pula Pulau Pinang – tumbang dan Pak Lah adalah anak negeri itu.
Pak Lah sewajarnya mengambil tindakan yang budiman, untuk tidak dilantik menjadi Perdana Menteri lagi. Itu sepatutnya satu keputusan yang perlu diambil bagi menebus dosanya yang membawa Barisan Nasional kepada lembah kehinaan ini. Kritikan mengenai Pak Lah hilang kuasa pegangan terhadap parti juga adalah sebab kenapa Pak Lah sepatutnya turut meletak jawatan.
Namun satu bentuk kritikan yang perlu Pak Lah soroti dosanya adalah perubahan dan reformasi dalam UMNO itu sendiri. Kegagalan UMNO dalam berubah, masih terikut retorik pemimpin sebelumnya dan ditambah pula dengan kehadiran orang seperti Khairy Jamaluddin dan angkatannya menyumbang kepada keruntuhan moral Barisan Nasional.

Kini apa susah terjadi. Kepimpinan lemah Pak Lah dan hilangnya pegangan sebagai Perdana Menteri Malaysia menghasilkan keputusan yang amat buruk. Maka sungguhpun kemungkinan Pak Lah dapat mengekalkan 2/3 majoriti untuk memerintah tetapi beliau sendiri perlu digugurkan akibat prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO sendiri.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.