KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Thursday, June 23, 2016
MAHATHIR MENGGADAI PRINSIP BERKAWAN MUSUH ISLAM - PAS TUAN GURU HARON DIN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.
“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa tindakan Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PAN akan membawa kemudaratan lebih besar kepada orang Melayu.
Haron yang juga Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berpandangan, Dr. Mahathir mungkin bersikap emosional kerana hasratnya untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjaya.
Beliau memberitahu, hasrat Dr. Mahathir sebelum ini dikatakan semuanya dapat dicapai.
“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah,” jelasnya.
Menurut Haron, sebagai seorang ahli politik veteran yang matang, Dr. Mahathir sepatutnya tahu apa yang beliau lakukan.
“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” katanya.
Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment