Thursday, December 27, 2012

RAKYAT MALAYSIA WAJAR KEMBALI SOKONG BARISAN NASIONAL SEPERTI RAKYAT JEPUN KEMBALI MENYOKONG PARTI LDP

Pilihan raya umum Dewan Perwakilan Rendah Jepun (Diet) yang menyaksikan kemenangan semula parti pimpinan Shinzo Abe iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP) selepas tumbang dan kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum 2009 kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ) selepas memerintah Jepun lebih 50 tahun.
LDP JAPAN
 

Rakyat Jepun kembali memberi kepercayaan kepada LPD selepas menyedari Parti DPJ yang dipilih mereka bagi menggantikan LDP GAGAL menunaikan janji-janji semasa pilihanraya 2009 dan begitu banyak masalah timbul semasa pemerintahan Parti DPJ. Parti DPJ juga tidak bertidak selari dengan hasrat rakat seperti janji semasa memenangi pilihanraya 2009 sebaliknya memperkenalkan Polisi yang menekan rakyat.Di sebabkan inilah Rakyat Jepun kembali MEMILIH LDP kerana sedar parti yang diberikan peluang hanyalah retorik dan hanya mahu berkuasa berbanding menunaikan janji kepada rakyat. BACA ARTIKEL (klik)


SINOMIM keadaan di Jepun dengan Parti LDP dan di Malaysia iaitu Parti Barisan Nasional (BN) telah menerima kekalahan paling buruk pada 2008 yang mana rakyat telah memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dengan pembangkang berjaya menguasai Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor malah Perak sebelum berlaku peralihan kuasa kepada BN. Walau berjaya mengekalkan kerajaan di peringkat Pusat, BN tewas dari segi maruah, moral dan kepercayaan pengundi. Setelah tewas LDP telah melaksanakan trasnformasi politik dalaman dan lebih prihatin kepada rakyat.



Barisan Nasional (BN)

BENAR dan tidak disangkalkan bahawa kekalahan BN dan perubahan pengundi adalah disebabkan KELEMAHAN dan KURANGNYA keprihatinan Kerajaan BN ketika itu kepada suara dan kehendak rakyat. Namun Kerajaan BN sekarang ini AMAT-AMAT BERBEZA dibawah DS Najib Tun Razak dengan pelbagai pendekatan yang menguntungkan rakyat juga program transformasi yang diperkenalkan mengubah seluruh lanskap peranan Kerajaan juga parti politik BN. Amat banyak sekali usaha dilakukan DEMI rakyat oleh Kerajaan BN dibawah DS Najib Tun Razak hinggakan kesemua peringkat dan golongan mendapat manafaat hasil keprihatinan Beliau. BN telah melaksanakan TRASFORMASI dan seharusnya BN mendapat lebih kepercayaan dari anda dan diterjemahkan menerusi sokongan serta UNDI anda kepada BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.
 
Berbeza dengan negeri yang diperintah Pembangkang atau Pakatan Rakyat... Tanyalah diri anda... 

1. Apakah janji-janji manis Pakatan Rakyat tertunai selepas anda mengundi dan memberikan kuasa kepada mereka atau mereka memberikan 1001 alasan dengan alasan dan menagih janji tersebut akan tertunai sekiranya anda terus menyokong mereka???  

2. Adakah pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat menjadikan Negeri dan Hidup anda jauh lebih baik atau menjadi lebih buruk dari semasa BN memerintah dahulu???

3. Apakah pemimpin Pakatan Rakyat prihatin dengan masalah anda dan sentiasa turun kekawasan selepas mereka menang disebabkan undi Anda atau mereka HILANG dan sentiasa sibuk mengumpul harta sendiri serta urusan politik di luar berbanding kebajikan anda???

4. Apakah Pakatan Rakyat bersikap terbuka atau hanya mementingkan pandangan kumpulan penyokong, kroni dan keluarga sahaja dari kepentingan MAJORITI rakyat dalam membuat sesuatu keputusan penting untuk masa depan Negeri???

5. Apakah pemimpin, penyokong, kroni dan keluarga Pakatan Rakyat bersikap sederhana dan membantu anda sebagai rakyat biasa atau mereka sibuk mengumpul dan mengaut segala harta kekayaan, projek dan peluang perniagaan memandangkan mereka sedang memerintah???

6. Apakah korupsi, nepotisme, krionisme dan penyelewengan lebih baik semasa Pakatan Rakyat memerintah atau amalan ini menjadi lebih buruk, merebak dan lebih teruk lagi???

Sebagai pengundi rakyat harus bersikap rasional bukan sekadar mengikut emosi semata-mata dalam menentukan Parti dan Pemimpin yang WAJAR memerintah dan seterusnya mencorakkan masa depan negara.

Kini anda boleh menilai sama ada mengundi dan menyokong Parti Barisan Nasional yang bersikap PRAGMATIK, Menunaikan JANJI dan Memandang jauh kehadapan (wawasan 2020) demi membahagiakan rakyat ATAU memilih untuk  memberikan undi dan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat yang Terbukti GAGAL menunaikan segala JANJI, GAGAL mentadbir Negeri dan Berjuang hanya berlandaskan "kebencian" untuk MERAMPAS Putrajaya seterusnya Menumbangkan Parti BN selain tiada hala tuju serta matlamat jelas bagi mentadbir negara dengan jaya seterusnya membahagiakan rakyat.

Kegagalan kita memilih Parti pemerintah YANG BAIK akan membawa bencana kepada negara. Kita wajar belajar sebagaimana yang dialami oleh Rakyat Jepun yang menolak LDP bagi memberi peluang kepada DPJ yang akhir kembali memberikan kuasa kepada LDP.

Kadangkala "Anugerah Terbaik dari Allah" itu sudah ada di genggaman kita namun kita gagal menghargainya kerana merasakan ada yang lebih baik lagi... walhal yang lain itu adalah pembawa kehancuran kepada kita.

Parti Barisan Nasional WAJAR diberikan peluang sekali lagi oleh rakyat menerusi undi dan sokongan anda dalam pilihanraya nanti.

Kepada ALLAH Berserah!  

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.